Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, May 27, 2012

SALAHKAH BAWA KANAK-KANAK MENDENGAR CERAMAH? Dua berita tidak gembira menarik hati Yong sepanjang minggu ni. Pertama mengenai seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang mengikut ayahnya mendengar ceramah DSAI tercedera terkena batu dibaling oleh makhluk yang tidak bertanggungjawab. Kedua, tentang 500 artis yang dipanggil untuk menghibur himpunan 1juta belia di Putrajaya.  SUMBER PASPB2 Pada awal reformasi Yong bawa 2 orang anak Andak mendengar ceramah pro-reformasi. Mesti si katak Ezam, Hanafiah, Lokman Adam dan lain-lain perasan ada kanak-kanak yang hadir ceramah mereka di Perak kerana Yong sentiasa duduk dekat pentas. Anak-anak Andak mahu duduk depan. Yong terpaksa ikut je, sebab kena jaga budak-budak tu. Bila ada jeritan reformasi, takde siapa suruh. Budak-budak tu bersemangat! Sekarang, kedua budak sudah dewasa. Kak Cik sudah jadi akauntan di sebuah syarikat antarabangsa di luar negara. Adik berada di tahun akhir kursus kejuruteraan universiti tempatan. Yong bangga kerana kedua anak saudara menjadi orang yang berjaya. Mereka tak jadi bohsia, artis dedah atau mat rempit. Ini kerana kami dalam keluarga mementingkan didikan yang berlandaskan Islam. Yong pernah cerita tentang pengaruh YB Nurul Izzah terhadap Kak Cik di sini.  Jangan kata kami tak kenang budi kerajaan BN ye. Kedua-kedua anak Andak tak guna satu sen pun duit PTPTN! Keluarga Andak bukan billionaire macam anak mantan PM Malaysia, tapi mereka tak suka berhutang! Yong minta pada ibu bapa yang anaknya tercedera, bersabarlah! Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Lihatlah himpunan sejuta belia di Putrajaya, tiada siapa yang baling batu. Tiada siapa yang maki hamun dalam ceramah. Tapi kemalangan berlaku dan ada yang cedera. Yong hanya mampu simpati kepada yang cedera. Di harap cepat sembuh. Percayalah, wassatiyah, infaq dan jihad cuma retorik UMNO sahaja. BN hanya mahu belia khayal dengan hiburan ala-ala porno!  Bagi yang asyik giler hiburan, insaflah. Baik komer pergi ke ceramah ustaz Azhar Idrus.

Thursday, May 24, 2012


GEORGE SOROS KutuK Mahathir.Kaw-Kaw Punya. Takkan Nyesal baca.

23 May 2012 - Mahathir, PM ke 2 paling Rasuah di dunia - Wartawan Dunia.

MAKLUM BALAS SI YAHUDI SOROS KEPADA MAHATHIR ADALAH LEBIH JUJUR DAN LEBIH BOLEH DI PERCAYAI. 

SOROS MENJAWAB BEGINI, UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI DARI TUDUHAN UMNO. 

''Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri.Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum.

Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri. Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara.
Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu. Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan.

Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter. Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.

Perkara yang utama ialah anda memang bodoh dan adalah wang itu milik rakyat Malaysia. Anda memperolehi 20% dalam setiap projek, anda mempunyai hartanah di Jepun dan berbilion-bilion saham melalui rasuah telah diperolehi.

Ketiga-tiga anak lelaki anda mempunyai harta bernilai 8 bilion USD. Di manakah mereka mendapat wang ini? Sudah tentu, rasuah. Anda dikenali sebagai Marcos Malaysia, memperkayakan diri sendiri sehingga berbilion ringgit.

Anda berani untuk menitiskan air mata buaya semasa mesyuarat perwakilan UMNO mengenai gejala rasuah.Tetapi kamu adalah yang paling rasuah diantara semua perdana menteri sebelumnya.
Si pencuri menangis dan berharap rakyat akan memfokus kepada yang lain. Siapa yang berani untuk berkata apa-apa apabila ketua terperangkap dengan tangannya di dalam balang gula-gula?

Anda berkata kebijaksanaan bukan milik orang Barat sahaja. Begitu juga kebodohan. Anda mempunyai kebodohan yang lebih sehinggakan orang tidak akan percaya.

Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina dua bangunan tinggi Petronas, bangunan yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya mereka hanya menambah kesesakan lalu lintas. Apa pula dengan kes mendapatkan semula 10 pulau di Kedah? Sama sekali tidak masuk akal dan bodoh. Sudah tentu faedah anda 20%.

Dan jambatan di seberang dari Melaka ke Sumatera merentasi perairan antarabangsa? Mengapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti anda masih boleh mendapatkan 20% anda. Anda memanggil saya penyangak. Bagaimana penyangak boleh mendapatkan begitu banyak wang.

Dengan membenarkan jualan masa singkat dan meminjam berjuta-juta saham daripada bank, kami sebagai pengurus dana telah memperolehi berjuta-juta untung akibat kurangnya pengalaman dan peraturan-peraturan anda yang lemah.

Anda kehilangan semua wang rakyat Malaysia, oleh itu andalah sebenarnya penyangak. Sekarang anda tahu sudah terlambat untuk menyesal.

Dari diktator rasuah kepada IBM Yang Terkecil Di Australia, anda dikenali sebagai egomaniak mulut jahat, di UK sebagai perasuah haram jadah kerana pembelian bodoh studio filem dan loji kereta lumba Lotus bernilai 290 juta ringgit dan empangan Pergau hasil dari pinjaman tidak bijak dari pihak UK.

Semua ini tidak berguna kepada kami tetapi anda masih mahukannya. Bagaimana pula dengan peristiwa membeli kapal selam rosak British melalui ejen anda, sudah tentu. Ejen atau broker diadakan untuk memperoleh berjuta-juta daripada kerajaan Malaysia.

Pembelian anda sudah tentu kurang 50% lebih daripada apa yang anda bayar. Pembelian 9 hospital dari UK, arkitek kami tidak menyokong kesemua industri tempatan anda dan British menghantar peralatan perubatan yang telah usang.

Reka bentuk yang teruk, dari satu hujung ke hujung yang lain adalah sejauh setengah kilometer dan tiada CT-scan, keperluan yang mustahak sekali.

Di UK muka anda muncul dalam tidak kurang daripada 17 akhbar sebagai diktator yang Rasuah. 
Di Malaysia, anda dikenali sebagai IBM atau Mulut Tempayan antarabangsa.
Di Jepun mereka memanggil anda si otak kecil.

Di pulau-pulau Pasifik, di panggil Santa Claus kerana memberi nasihat kiri dan kanan.   
Di Amerika Selatan, mereka memanggil anda burung nuri kerana seorang bercakap banyak tetapi tidak tahu apa yang dicakapkannya. 
Di Manila Marcos yang masih hidup.

Di Malaysia, berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menarik pelancong tetapi anda bercakap benda yang bukan-bukan sehingga menakut-nakutkan pelancong asing. Apabila dia senyap orang akan meragui sama ada dia bodoh, tetapi, apabila dia membuka mulutnya semua keraguan ini ternyata hilang.

Begitu hebat senarai salah laku anda
Walaupun saya bersetuju kebijaksanaan tidak dimonopoli Barat kesemuanya, namun tindakan anda tidak mencerminkan kebijaksanaan juga.

Wednesday, May 23, 2012


Debat Sinar: 'Kita sudah matang berpolitik'

SHAH ALAM - Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan’.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.

“Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara.”

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

“Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor. - SH

Tuesday, May 22, 2012


Mr Bean Kira Biri-biri


Ingat tak sitkom popular Mr Bean kira kambing biri-biri pada suatu malam kerana tidak boleh tidur. Kini Rais Yatim meniru Mr Bean membuat kiraan peserta Bersih 3.0.
Rais ambil 7 keping gambar dan Rais kira dan Rais dapatlah jumlahnya 22, 270 orang. Entah gambar mana yang rais kira. Kalau Rais betul-betul nak tiru Mr Bean tunjukkan gambar tersebut.
“Gambar-gambar itu diambil dari pukul 11.53 pagi hingga 12.52 tengah hari pada 28 April oleh jurufoto-jurufoto kami yang berada di dalam helikopter polis”, kata jurucakap Rais.
“Jurufoto-jurufot kami” dah tentu akan bertindak memilih sudut yang paling buruk jumlahnya untuk ditunjukkan kepada Rais.
Kata mereka kumpulkan gambar-gambar dari tujuh lokasi sekitar bandar raya ini dan menggunakan sistem memblok foto untuk memutuskan anggaran tersebut. Canggih sistem itu agaknya sehinggga dapat Rais memperbodohkan orang.
Elok juga Rais ambil tempat ganti Mr Bean!!

credit: http://www.ekeleh.com/mr-bean-kira-biri-biri

Thursday, May 17, 2012


Puisi 'Selamat Hari Guru' Paling Sempoi 

Sepanjang Zaman
















Puisi 1
Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti
Puisi 2
Guru bagaikan NTV7
kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV 3
kerana “menjadi inspirasi hidupku”
yang pasti
Guru bagaikan serifm “sentiasa di hati”
dan yang paling penting
guru bagaikan pakej astro kerana
“macam macam ada”
Puisi 3
Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik


kredit: 
http://mzfaizal.org/blog/?p=804
Sori bro. Kena letak tajuk panass kalau tak lu orang tanak baca. hehe!
Terima kasih kepada penyajak blues tu
cantekkk punya puisi.
wa suka lu

LFC Part Company with Dalglish


FENWAY SPORTS GROUP AND LIVERPOOL FOOTBALL CLUB PART COMPANY WITH MANAGER KENNY DALGLISH
 Search for new Manager begins immediately as owners pay tribute to                            'legend' Dalglish

Wednesday, May 16, 2012

'DAKWAH UMNO'


Inilah agaknya cara 'dakwah' yang diajar United Malay National Organisation!

Jangan Marah Mereka.. Mereka Sekolah Darjah 6 Saje...

..kesian kerana dihujung usia mereka diperalatkan sebegini hina..

Perangai beberapa orang ahli Persatuan Veteran Tentera Malayu yang membuat demonstrasi ‘biadap’ di hadapan rumah Ambiga pada hakikatnya tidak langsung menghasilkan apa-apa makna positif dan baik, malah sebaliknya ia jelas menggambar, sudahlah veteran, tidak sedar diri pula!

Berdemonstrasi di hadapan pintu pagar rumah Ambiga mungkin tidak salah tetapi yang menggambarkan betapa mereka itu veteran yang tidak sedar diri ialah pelakuan ‘biadap’ menayang buntot itu!

Apa faedahnya menunggeng buntot ke arah rumah Ambiga melainkan perbuatan bodoh dan keanak-anakan dalam melayan emosi yang tidak terkawal. Sebagai veteran tentera sewajarnya mereka terlatih dalam mengawal emosi bukan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan memalukan diri mereka sendiri. 

Sebenarnya Ambiga tidak akan malu dengan perbuatan veteran tentera itu malah tidak menjatuhkan maruah dia langsung, veteran tentera itulah yang sepatutnya berasa malu jika mereka ada akhlaq dan moral kerana pada pandangan umum kini betapa pandir dan tidak ada maruahnya mereka! Lainlah kalau mereka memang sudah tidak berakhlaq dan bermoral.

Bagaimana tidak bersetuju sekali pun mereka dengan Ambiga bukan  dengan cara  menjatuhkan maruah ke tahap kera, sampai menayang buntut ke arah orang lain! Apakah ini sebenarnya akhlaq Islam? Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar akhlaq seperti ini. 

Apakah si veteran yang tidak sedar diri ini suka kalau dikatakan perbuatan mereka itu sebagai akhlaq orang Melayu? Sungguh menjatuhkan maruah bangsa sebenarnya kerana bangsa Melayu hakikatnya ialah bangsa yang sangat berani kerana benar namun cukup bersopan!

Inilah padah 54 tahun mendapat didikan dan asuhan United Malay National Organisation yang begitu asabiyyah dan sangat perkauman. Rupa-rupanya asabiyyah dan perkauman yang diajar oleh United Malay National Organisation amat jauh dari panduan Islam, ia bukan menghasilkan natijah yang baik, sebaliknya melahirkan akhlaq kalau seorang Perdana Menteri, Perdana Menteri yang suka memaki haramjadah rakyat dan kalau veteran tentera, veteran tentera yang hanya tahu menonggeng buntot pada orang lain! Nak ajak berdebat dan berwacana ilmiah, kepala otak dan tingkah-laku bodoh macam lembu, tidak langsung menyumbang kepada dakwah Islamiah!

Thursday, May 10, 2012


UMNO Ni Dari Muda Sampai Ke Tua Nyanyok Asyik Dok Kencing Orang Saja

ULANGTAHUN KE 66 : UMNO TIPU RAKYAT LAGI?

Umno mendakwa bahawa tahun ini mereka menyambut ulang tahun kelahiran parti itu kali ke 66. Namun tidak ramai yang perasan dan ingat bahawa Umno yang ada pada hari ini adalah Umno Baru yang didaftarkan semula pada tahun 1987. Umno yang ada sekarang adalah United Malay National Organization (Baru) bukan lagi Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946.

Umno asal telah meninggal dunia pada tahun 1987 diharamkan oleh Mahkamah kerana pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Akhirnya Dr Mahathir terpaksa mendaftarkan semula sebuah parti baru yang menggunakan nama United National Malay Organization Baru.
Jadi jika Umno mendakwa bahawa tahun ini adalah ulangtahun ke 66 maka terbukti parti itu menipu rakyat dan cuba memutarbelitkan fakta sebenar.

Umno sepatutnya meletakkan perkataan baru dihadapan nama Umno kerana nama sebenar Umno sekarang ialah Umno Baru.

Blog ini menggesa Pendaftar Pertubuhan supaya memastikan Umno meletakkan perkataan BARU dihujung nama United Malay National Organization (Umno). Jika Umno berdegil pihak Pendaftar Pertubuhan boleh mengambil tindakan ke atas yang memakai nama Inggeris tersebut.

Uumaakk!! Ngeri aku!!

Komer baca status Seligi Alpha ini, pasti komer akan ngeri,kecut perut. Kalau UMNO/BN terus memerintah Malaysia... mampoih kita!! Lingkup negara!! 



Ketika ini hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5 – 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah ditetapkan Kementerian kewangan (MOF) setakat ini iaitu pada paras 55%. Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Awang Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.

Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang. Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.

Tetapi dalam pada masa yang sama, tiada satu iltizam yang benar-benar menunjukkan keyakinan kepada semua yang Malaysia sedang berusaha mengatasi kadar hutang negara yang tinggi ketika ini.

Akhirnya, kita akan terus melihat kadar hutang negara terus bertambah daripada tahun ke tahun selama 15 tahun lamanya

Jika kerajaan tidak melakukan pelan pengurangan fiskal yang mampu memberikan keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan dididik di kaca televisyen & di akhbar arus perdana, di mana Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.

Terkini semakan kami kepada laporan berita daripada Channel News Asia bertajuk (Malaysia faces credits rating cut) yang dimuatkan di ruangan perniagaan menunjukkan telah terdapat beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA yang telah memberikan “peringatan dan amaran awal kepada Malaysia”. Antaranya ialah seperti:

Wednesday, May 9, 2012


Pics: Reds say thanks to fans

    Following our 4-1 thrashing of Chelsea in our final home game of the season, the Liverpool 
    squad embarked on a lap of honour to pay tribute to the fans who have supported them 
    so loyally throughout the campaign.



Tuesday, May 8, 2012


RESPON TERHADAP FATWA PENGHARAMAN BERSIH 3.0 YANG DIKELUARKAN MUFTI2 PEMBODEK UMNO.

Respons fatwa Bersih 3.0

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqPROq7GUUkmWBvtKHQUHvqoCzOLZuKhnlTJmW3qb_kQtnSp9U1xVq39KPDLuYI-HNVecku52OiHOrN2FUACKbnMj9agMX3q9ONAIcOQj2sGCzBDYzP1KivpXI8HscDfqlNNGminMO_bdr/s1600/fatwa.png

Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.

Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.

Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam.

Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.

Saya agak keliru, apakah sumber Majlis Fatwa yang mengatakan niat BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan? Sedangkan web rasmi BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.

Tuntutan pilihanraya bersih dan adil adalah wajib. Manakala menang dan 'menumbangkan kerajaan' melalui pilihanraya adil dan bersih adalah sah di sisi syarak. Maka, sebab pertama adalah secara rasmi tertolak.

Manakala tuduhan yang mengatakan BERSIH berniat untuk merusuh pula agak keterlaluan. Saya menjadi pemerhati BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Hemat saya mudah, majoriti peserta BERSIH datang dengan tenang dan aman. Namun, provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari meriam air.

Satu perkara yang harus difikirkan sejenak, ketika mana peserta BERSIH datang dengan botol susu anak dan botol mineral serta sebungkus popia, pihak keselamatan telah bersiap siaga dengan peluru gas, meriam air, gari plastik, malah peluru hidup. Siapa yang bersedia untuk mengganas?
Dan satu soalan cepu emas, sejak bila Majlis Fatwa Kebangsaan pandai membaca niat orang? Kalian bedah dada mereka? (Asyaqaqta Qalbah? : Hadith)

Manakala untuk kes BERSIH 3.0, saya fikir, Majlis Fatwa tidak cermat apabila terus menghukum BERSIH haram dek kerana sebilangan kecil perusuh yang masih belum dikenal pasti siapa mereka, dan kenapa mereka bertindak sedemikian. Alangkah baiknya, kalau selepas mengambil sumber dari pihak polis dan agensi kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu pula dengan pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukankah mendengar dari kedua-dua pihak itu wajib dan dituntut sebelum memberi hukum?

Cadangan saya untuk Majlis Fatwa Kebangsaan demi menjamin kredibiliti Majlis yang dinaungi Majlis Raja-Raja:

1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai, termasuk sumber yang kontra. Dalam hal BERSIH, sumber dari penganjur dan peserta BERSIH sangat penting.

2. Benar-benar bertindak sebagai badan bebas yang menjaga kesucian agama Islam dan menonjolkan imej tersebut. Sedangkan sekarang, majlis fatwa kebangsaan hanya dilihat memberi fatwa secara selektif dan dianggap sebagai lidah pembela kerajaan Malaysia.

3. Saya tertanya-tanya, apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap :

.Penyebaran video dan gambar lucah
.Tuduhan tanpa bukti dan saksi
.Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
.Penyalahgunaan wang zakat
.Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
.Hukum menipu dalam pilihanraya
.Hukum menafikan hak royalti Kelantan


HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
www.hasanhusaini.com
*Penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan.

SUMBER:HARAKAHDAILY

Monday, May 7, 2012


“Buku Harian Sang Pramugari” membuat para Netter terharu membacanya


Seorang ayah tua yang datang dari desa,menempuh jarak jauh pergi menjenguk anaknya yang sedang kuliah di Beijing, tindak tanduknya selama di pesawat telah membuat seorang pramugari yang baik hati menjadi terharu. Pramugari tersebut menuliskan rasa harunya itu ke dalam buku harian dan disebar luaskan di internet, “Buku Harian Sang Pramugari” ini dengan cepat telah membuat puluhan ribu Netter terharu…


Saya adalah seorang pramugari biasa dari Eastern Airlines, kerana masa kerja saya belum lama, jadi belum menjumpai masalah besar yang tidak boleh dilupakan, setiap hari terlewati dengan hal-hal kecil yaitu menuangkan air dan menyediakan teh. Tidak ada kegairahan dalam bekerja, sangatlah hambar. Tapi hari ini, tanggal 7 Jun, saya telah menjumpai suatu kejadian yang merubah pemikiran saya terhadap pekerjaan dan pandangan hidup.

Hari ini kami melakukan penerbangan dari Shanghai ke Beijing, penumpang saat itu sangat banyak, satu unit pesawat terisi penuh. Di antara rombongan orang yang naik pesawat ada seorang pak tua dari desa yang tidak menarik perhatian, dia membawa satu karung guni besar di punggungnya, dengan membawa aroma tanah yang khas dari pedesaan.

Saat itu saya sedang berada di depan pintu pesawat untuk menyambut para tamu, fikiran pertama yang menghampiri saya saat itu adalah masyarakat sekarang ini sudah sangat makmur, bahkan seorang pak tua dari desa pun memiliki wang untuk naik pesawat, sungguh lumayan.

Ketika pesawat sudah mulai terbang , kami mulai menuangkan air, hingga tiba di baris kerusi ke 20-an, terlihat pak tua tersebut, dia duduk dengan sangat hati-hati, tegak tidak bergerak sama sekali, karung guninya juga tidak diletakkan di tempat bagasi bawaan, tingkah si pak tua itu menggendong karung guni besar sekilas seperti rak penyangga bola dunia (globe), tegak seperti patung.

Thursday, May 3, 2012


KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KILAT BUKAN URUSAN KAMU DATUK BANDAR?


SIAPA NAK TANGGUNG KERUGIAN INI? (GAMBAR DARI KL POS)
Ya betul. KL sentiasa dilanda banjir kilat apabila hujan lebat. Tetapi sudah beberapa minggu lembah Kelang dilanda panas terik, sesuai dengan berakhirnya musim tengkujuh dan bermula musim panas di negara tropika.

Tiba-tiba seluruh Lembah Kelang dilanda hujan lebat dan beberapa kawasan dilanda banjir. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata, banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter. Sehingga pagi ini tiada laporan terperinci tentang banjir ini dan gambar dari akhbar pencacai dalam edisi online mereka. Cuma petikan dari BERNAMA sahaja.

Datuk bandar Kuala Lumpur, ketua pencacai ibukota, bukankah kerja jaga saliran di Kuala Lumpur ini kerja kamu? Dalam DBKL ada bahagian yang bernama Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran yang diketuai oleh seorang pegawai JUSA C. Ada beratus-ratus orang pekerja di bawahnya. Jadi Datuk Bandar tak boleh sorok kepala dalam lumpur, urusan banjir di KL adalah urusan kamu. Tapi disebabkan kamu sibuk jadi pencacai untuk merosakkan dan menganiaya usaha rakyat Malaysia mendapatkan sistem pilihanraya yang bersih, kamu lupa tanggungjawab hakiki kamu.

Ingat! Dalam Surah Al-Mukmin, ayat 40: Allah berfirman:

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia akan dibalas sebanding dengan kejahatan itu.

Allah sudah bayar ansuran cash kepada kamu. Ini hanya sebahagian kecil sahaja. Tidakkah kamu berasa malu kerana ketidakcekapan kamu?


http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/05/kuala-lumpur-dilanda-banjir-kilat-bukan.html

Wednesday, May 2, 2012


Letak CCTV dalam toilet, umno kantoi bodoh

Umno ni, banyak kali dah pesan, kalau betul-betul anak jantan yang ada keris mari lah bertarung dalam gelanggang sama rata, bukan dalam padang senget sebelah, ini tidak, pilihanraya negara ni tak pernah adil, mana kan tidak, pengerusi SPR dan timbalannya pon orang umno, dah sah lah berat sebelah. 

Umno sekarang dah macam pondan, bertarung tak pernah beri fakta, merapu meraban tak habis-habis burukkan pemimpin pakatan, tak kira la di Tv ke, di surat khabar ke, pernah tak najib dikritik teruk, terutama kes pembunuhan altantuya yang ada kaitan dengan kapal selam tak boleh menyelam tu?. ada tak?

Yang ada cumalah, Anwar ini ejen yahudi, ejen komunis, Anwar ini liwat saiful, anwar dan China Doll, kisah Anwar dijemput negara luar untuk ucaptama tak mahu pulak siar, yang dok siar ceritakonon rakyat sayang najib, padahal semua tahu berapa banyak duit ditabur sana sini. tak payah la jadi wartawan yang bodoh dengan membodek PM yang bakal disingkirkan tu.

Media pro umno yang terkesan dari kegagalan taktikal dengan melapor berita berat sebelah apabila menyalahkan peserta himpunan Bersih tempoh hari dilihat cuba menmatikan kisah teruk belasahan rakyat oleh polis atas arahan "tangan Ghaib", hari ini mereka terpaksa memuntahkan peluru lain supaya isu himpunan bersih senyap.

Azmin Ali hari ini jadi mangsa pula, tak cukup sebelum ini Azmin ali difitnah kejam, media pencacai umno cuba membunuh watak politik Azmin Ali, dan paling malang bila utusan memaparkan sebesar-besar gambar yang mereka cuba kaitkan sebagai Azmin Ali di utusan meloya , yang rata-rata tahu itu akbar umno ( cuma org umno kampung saja tidak tahu )

Apa motif semua ini, Akhbar sudah jadi akhbar lucah, siapa lagi selepas ini pemimpin pembangkang yang akan diburuk-burukkan oleh utusan, kala umno sudah kehabisan modal, mereka mengubah hala dengan menuduh pemimpin pembangkang macam-macam.

Seolah-olah kita sudah lupa taktik yang mereka guna bila mereka menghasilkan video yang kononnya Anwar, kini cara serupa mereka lakukan pada Azmin.

Dan paling lawaknya, 
mereka terlupakah, hanya orang gila letak CCTV dalam TANDAS...

Buat umno, kalau terdesak mahu menipu dan kalau menipu itu cara untuk terus berkuasa sampai lupa dosa pahala, biarlah bijak, jangan sampai kene gelak.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails