Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Tuesday, July 16, 2013

Happy Birthday Baby Irdina... 2 tahun

14 Julai 2013, genap 2 tahun kelahiran Che Isma Irdina Shafiyya. Happy birthday baby Omei.....
Mengambil berkat bulan Ramadhan, alhamdulillah kami sempat beriftar di Restoran Jeddah, bukan Jeddah Arab Saudi tapi sebuat restoran berkonsep makanan Arab terbaru di Kota Bharu.

Nah, ini sebahagian menu yang kami order petang tu. Nasi mandy kambing/ayam tu antara menu standard larr kat restoran arab begini. Utk appetizer tu bolehlah kita pekena roti canai ala roti nan yang boleh tahan rasa dia. Tapi kat sini pilihan air minuman yg disediakan agak terhad sikit.... ada jus or blended manggo, carrot/oren, tea chengkih, teh o pudina.... tiada milo, strawberyy, laichi etc kat sini.

 Sambil tunggu makanan sampai sempatlah pulok baby omei bergyiomi dgn kakak. 
Kakak pun nasib baik jugalah di bulan puasa ni boleh berulang alik balik rumah, kalau tidak makan nasi kawah kat asramalah gayanya....

 Babang hensem pun nak posing jugak petang ni. Setakat posa ni, nampak slim semacam je.... kalu gewe tengok mesti berkenan sakan ni.
So, kita posing sekali lagi sebelum buka puasa. 
Mana Odik ni..... tiada dlm gambar. 
Oh.... Odik yg jadi photographer petang ni rupanya.


Yeahhh. Last posing.



Prestasi Setahun Pemerintahan Mursi yang Tak diketahui Orang Ramai

"Prestasi Setahun Pemerintahan Mursi yang Tak diketahui Orang Ramai Presenter terkenal Aljazeera Ahmad Manshur menulis tentang prestasi Mursi yang tidak diketahui masyarakat umum setahun pemerintahannya. Mursi telah mengeluarkan Mesir dari pergantungan ekonomi pada Amerika dengan kejayaannya dalam program sara diri gandum sampai 70% selepas menghasilkan gandum dengan kualiti baik dan harga yang murah. Mursi telah mencetuskan projek besar di Terusan Suez untuk memperbaiki kapal-kapal yang masuk Mesir. Hal ini boleh meningkatkan pendapatan Mesir selama sepuluh tahun ke depan dari 3 Milion USD menjadi100 Milion USD pertahun. Hal ini membuat Tel Aviv (Israel) dan Dubai marah. Mursi membuka zon industri, pertama di bawah naungan Qatar dan zon industri kedua di bawah naunganTurki Mursi membuka cawangan syarikat Samsung untuk pengeluaran-bukan pemasaran-yang memberikan jaminan lapangan pekerjaan yang selamat untuk rakyat Mesir. Mursi mengawasi syarikat ipad Mesir dengan keahlian, industri dan spesifikasi Mesir. Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sampai ke kerusi pemerintahan pada masa Mesir telah mempunyai hutang dalam dan luar negera hingga 1.300.000.000.000 Le (satu trilion, tiga ratus bilion pound) yang tidak ada hubungan sama sekali dengan pemerintahan Mursi. Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sebelum ia menjabat telah terjadi penyeludupan kekayaan Mesir? Sebahagiannya dicuri dalam jangka antara pemilihan presiden dan sebelum ia benar-benar dilantik menjadi presiden Mesir? Bagaiamana Mursi boleh memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh kaum liberal selama 60 tahun? Apa yang kalian inginkan dari Mursi yang telah memberikan kebebasan pada bangsa Mesir pada masa pemerintahannya yang kalian tidak mendapatkan kebebasan itu pada masa pemerintahan liberal yang melakukan kerosakan berjamaah .. Penjara-penjara telah kosong yang sebelumnya diisi oleh tahanan hati nurani, penyiksaan dan kezaliman! Lalu siapa yang memimpin kempen pemberontakan atasnya? Siapa yang memimpin gerakan Tamarrud? El Baradei, yang datang atas nama Amerika ke Iraq lalu menghancurkan Iraq hingga menjadi kerajaan bermazhab. Amru Musa, Menteri Luar Negera rejim Mubarak, adalah seorang agen cemerlang Mosad. Hamdeen Sabbahi, orang penting Iran di Mesir Pihak Kristian, yang telah menghembuskan isu bahawa Islam akan menguasi Arab Mesir dan Dhahi Khalfan yang melarang mengkritik atas rejim Syria di atas mimbar-mimbar dan pentas. Sisa-sisa rejim lama, yang menguasai media-media kotor dan korup dan wang-wang hasil jarahan atas rakyat miskin. Tel Aviv, yang mengeluarkan Mursi dari jabatannya dan mengeluarkan Mesir dari camp-campnya. Washington, yang menghentikan aliran bantuannya ke Mesir sejak Mursi memerintah. menteri luar AS mengatakan bahawa demonstrasi yang meluas jika berhenti Mursi mengembalikan peranan perjanjian Camp David, terutama masalah ekonomi. Iran, yang pernah dengan tegas Mursi bercakap tentang Fadhilah para Sahabat di sana. Padahal majoriti rakyatnya adalah syi'ah. Chanel TV Alarabiya, yang untuk saat ini lebih akrab dengan idealisme zionis dan gemar sebarkan dusta. Apa yang terjadi di Mesir adalah usaha Tel Aviv untuk mengembalikan Kaherah ke kem-kem binaan Zionis atau menyingkirkan keduanya. Kerana mereka berjalan untuk membina kekuatan ekonomi secara bebas yang akan menaikkan kehormatan Arab dan Islam, sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Tzipi Livni, kerana mereka telah keluar jalur dan keluar dari campur tangan Israel.Presenter terkenal Aljazeera Ahmad Manshur menulis tentang prestasi Mursi yang tidak diketahui masyarakat umum setahun pemerintahannya.

Mursi telah mengeluarkan Mesir dari pergantungan ekonomi pada Amerika dengan kejayaannya dalam program sara diri gandum sampai 70% selepas menghasilkan gandum dengan kualiti baik dan harga yang murah.

Mursi telah mencetuskan projek besar di Terusan Suez untuk memperbaiki kapal-kapal yang masuk Mesir. Hal ini boleh meningkatkan pendapatan Mesir selama sepuluh tahun ke depan dari 3 Milion USD menjadi100 Milion USD pertahun. Hal ini membuat Tel Aviv (Israel) dan Dubai marah.

Mursi membuka zon industri, pertama di bawah naungan Qatar dan zon industri kedua di bawah naunganTurki

Mursi membuka cawangan syarikat Samsung untuk pengeluaran-bukan pemasaran-yang memberikan jaminan lapangan pekerjaan yang selamat untuk rakyat Mesir.

Mursi mengawasi syarikat ipad Mesir dengan keahlian, industri dan spesifikasi Mesir.

Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sampai ke kerusi pemerintahan pada masa Mesir telah mempunyai hutang dalam dan luar negera hingga 1.300.000.000.000 Le (satu trilion, tiga ratus bilion pound) yang tidak ada hubungan sama sekali dengan pemerintahan Mursi.

Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sebelum ia menjabat telah terjadi penyeludupan kekayaan Mesir? Sebahagiannya dicuri dalam jangka antara pemilihan presiden dan sebelum ia benar-benar dilantik menjadi presiden Mesir?

Bagaiamana Mursi boleh memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh kaum liberal selama 60 tahun?

Apa yang kalian inginkan dari Mursi yang telah memberikan kebebasan pada bangsa Mesir pada masa pemerintahannya yang kalian tidak mendapatkan kebebasan itu pada masa pemerintahan liberal yang melakukan kerosakan berjamaah .. Penjara-penjara telah kosong yang sebelumnya diisi oleh tahanan hati nurani, penyiksaan dan kezaliman!

Lalu siapa yang memimpin kempen pemberontakan atasnya?

Siapa yang memimpin gerakan Tamarrud?

El Baradei, yang datang atas nama Amerika ke Iraq lalu menghancurkan Iraq hingga menjadi kerajaan bermazhab.

Amru Musa, Menteri Luar Negera rejim Mubarak, adalah seorang agen cemerlang Mosad.

Hamdeen Sabbahi, orang penting Iran di Mesir

Pihak Kristian, yang telah menghembuskan isu bahawa Islam akan menguasi Arab Mesir dan Dhahi Khalfan yang melarang mengkritik atas rejim Syria di atas mimbar-mimbar dan pentas.

Sisa-sisa rejim lama, yang menguasai media-media kotor dan korup dan wang-wang hasil jarahan atas rakyat miskin.

Tel Aviv, yang mengeluarkan Mursi dari jabatannya dan mengeluarkan Mesir dari camp-campnya.

Washington, yang menghentikan aliran bantuannya ke Mesir sejak Mursi memerintah. menteri luar AS mengatakan bahawa demonstrasi yang meluas jika berhenti Mursi mengembalikan peranan perjanjian Camp David, terutama masalah ekonomi.

Iran, yang pernah dengan tegas Mursi bercakap tentang Fadhilah para Sahabat di sana. Padahal majoriti rakyatnya adalah syi'ah.

Chanel TV Alarabiya, yang untuk saat ini lebih akrab dengan idealisme zionis dan gemar sebarkan dusta.

Apa yang terjadi di Mesir adalah usaha Tel Aviv untuk mengembalikan Kaherah ke kem-kem binaan Zionis atau menyingkirkan keduanya. Kerana mereka berjalan untuk membina kekuatan ekonomi secara bebas yang akan menaikkan kehormatan Arab dan Islam, sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Tzipi Livni, kerana mereka telah keluar jalur dan keluar dari campur tangan Israel.

Tuesday, July 9, 2013

Jadual Harian Seorang Muslim Di Bulan Ramadhan

30 Syaaban 1434 H. [MOD] - 
http://naimqlate.blogspot.com

4.00 pagi Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan Sahur - Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tghr Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhanyg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails