Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Tuesday, January 19, 2010

SEJARAH DAERAH BESUT- Catatan Munsyi Abdullah



Latarbelakang

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN dan dari buku TUFFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.

Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul BESUT.

Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam . Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.

Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar RAJA SANG NYANYA. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.

Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYAN ABDULLAH KE KELANTAN dari buku TUHFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.

Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari PATTANI ( Selatan Siam ) telah datang ke BESUT dengan diketuai oleh seorang yang bernama CIK LATIF. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari SUMATERA dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan SEGANTANG MATA KAIL dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan ditebing SUNGAI BESUT yang diberi nama PALEMBANG mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan PUSAT PENTADBIRAN yang pertama di BESUT sebelum KG. RAJA.

Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama CIK KAMAT. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh PANGLIMA EBEH dan PANGLIMA GARANG.

Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, CIK KAMAT tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari TERENGGANU. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu SULTAN MANSUR 1, yang dikenali sebagai MARHUM BERJANGGUT. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1 telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.

Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke PULAU PERHENTIAN.
Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai ORANG BESAR BESUT serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.

Negeri Besut di bawah naungan Terengganu

Tengku Kadir yang menjadi Raja yang pertama Negeri Besut mengambil langkah untuk memperkuatkan kedudukan dan pemerintahannya yang membina benteng-benteng pertahanan disepanjang Sungai Besut berhampiran dengan KOTA PALEMBANG dan kemudian mendirikan tempat kediaman yang baru di KAMPONG RAJA di bawah pemerintahan Besut terus menjadi aman damai.

Sejarah dan Pentadbiran

Tengku Kadir yang mangkat pada 1835, telah digantikan oleh puteranya Tengku Ali. Semasa pemerintahannya telah berlaku peperangan antara Besut dengan Terengganu. Mengikut Tuan Haji Salleh bin Haji Awang dalam buku MENGKAJI SEJARAH TERENGGANU peperangan ini dikenali sebagai PEPERANGAN BESUT.

Kenaikan Tengku Ali telah memulakan pergolakan dalam institusi Beraja di Besut. Semasa pemerintahan beliau sejarah Besut telah menyaksikan pemberontakan beliau terhadap Sultan Omar di Kuala Terengganu. Peristiwa ini berlaku pada 23 Syawal 1292/1876 masihi. Peristiwa ini timbul disebabkan dasar Sultan Omar yang memerintah daerah-daerah secara langsung. Akibat dasar itu, Tengku Ali secara rahsia berusaha mendapat bantuan dari Kelantan untuk menjatuhkan Sultan Omar. Semasa istiadat melantik Tengku Ahmad sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Ali tidak hadir dan Sultan Omar telah menghantar rombongan ke Besut dan mendapati Tengku Ali sedang mengumpulkan pasukan bersenjata dari Kelantan untuk menentang Sultan Omar.

Sultan Omar terus menghantar surat bantahan kepada pemerintahan Siam dan SINGORA dan memberi amaran kepada Kelantan supaya kedua-dua kuasa itu tidak campurtangan dalam hal ehwal tanah jajahannya. Sultan Omar menyiapkan 8000 orang tentera duketuai oleh PANGLIMA BESAR ORANG KAYA MEGAT SERI MAHKOTA RAJA ( Wan Ab. Rahman bin Ali ) menyerang Besut melalui laut. Tengku Ali sempat lari ke Kelantan. Selepas peristiwa ini, Besut diwakilkan pemerintahannya kepada Tengku Ngah.

Apabila Tengku Ngah memerintah Besut, berlaku perebutan kuasa antara baginda dengan Tengku Muda. Dalam keadaan genting, Tengku Ngah menyerahkan kuasa kepada adiknya Tengku Chik Haji. Tengku Muda berkuasa di Kampong Lampu manakala Tengku Chik Haji di Kampong Raja. Persengketaan ini amat meruncing dan menyebabkan Sultan Terengganu sendiri datang ke Besut untuk menyelesaikannya.

Sultan Terengganu telah membuat cara penyelesaian yang baik tentang siapa yang berkuasa dimana baginda melantik Tengku Chik Haji sebagai Raja disebabkan kedudukan Kg.Raja di timur matahari naik sedangkan kedudukan Kg.Lampu dibarat matahari jatuh.

Kenaikan Tengku Chik Haji sebagai pemerintah Besut telah menyebabkan Besut mendapat kemajuan. Beliau mempunyai kuasa raja untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan. Hasil yang dipungut tidak lagi menjadi hak mutlak sultan. Beliau juga mengambil berat mengenai Pendidikan Islam dimana, di Kg.Palembang misalnya, pondok-pondok didirikan untuk mengajar agama wakaf-wakaf, balai Polis dan lain-lain didirikan. Istana yang pertama dibina pada 1878 dan masih ada hingga sekarang.

Pemerintahan terakhir dalam dinasti beraja Palembang ialah Tengku Ngah. Beliau seorang pendiam tapi mengambil berat tentang kebajikan penduduk KOTA PALEMBANG dan Kg.Raja. Beliau dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan Besut sebagaiman yang diasaskan oleh Tengku Chik Haji. Dikatakan pada waktu itu wakil Sultan di Kuala Terengganu sering datang ke Besut untuk mengutip hasil dari pemerintahan di Besut sebagai perbelanjaan membuat BUNGA EMAS untuk dihantar ke SIAM . Tengku Ngah dikatakan mangkat pada 1899 setelah memerintah Besut selama kira-kira 19 tahun.

Pentadbiran pesuruhjaya dan kedatangan British

Berikutan dari kemangkatan Tengku Ngah, Besut ditadbir oleh Pesuruhjaya iaitu wakil kepada Sultan di Kuala Terengganu. Bermula dari sini kedudukan Besut sebagai sebuah negeri pun berakhir. Pesuruhjaya Besut yang pertama ialah Tengku Long atau gelarannya TENGKU SERI INDERA SEGERA. Kemangkatan Tengku Long pada 1909 telah menyebabkan Besut ditadbir terus dari Terengganu. Dengan berlakunya PERJANJIAN BANGKOK pada 1909 antara British - Siam, negeri-negeri utara Persekutuan Tanah Melayu jatuh sebagai tanah jajahan British. Sebagai satu daerah dalam Terengganu, Besut turut menerima perubahan dimana Kerajaan British menghantar Penasihat kepada sultan dan segala pentadbiran kecuali mengenai adat resam dan agama Islam.

Pada tahun 1910, kebakaran besar telah berlaku memusnahkan sama sekali Kota Palembang . Ini menyebabkan penduduk-penduduk berpindah ke Kg.Raja dan lain-lain kawasan. Keturunan raja tidak lagi mempunyai kuasa dan kebanyakannya masih lagi menetap di Kg.Raja sehingga sekarang.

Zaman Jepun hingga sekarang

Semasa Pemerintahan Jepun, Besut ditadbirkan oleh Wakil Gabenor Jepun di Kuala Terengganu iaitu MR. ARATAKE. Sistem Pesuruhjaya masih diteruskan oleh Jepun dimana TUAN HAJI WAN LONG ( Datuk Sangsura Pahlawan ) menjadi Pesuruhjaya Besut semasa pemerintahan Jepun. Tuan Haji Wan Long telah digantikan oleh TENGKU SERI AKAR. Semasa beliau berlakunya penyerahan Besut kepada Siam dan seterusnya kekalahan Jepun dan kembalinya semula Pentadbiran British.

Kerajaan British telah menghapuskan jawatan Pesuruhjaya dan meletakkan Besut di bawah Pentadbiran DEPUTY RESIDENT COMMISSIONER. Orang pertama menjawat jawatan itu ialah seorang anak tempatan iaitu ENCIK ABD. AZIZ BIN HUSSIN. Hanya 3 orang yang sempat memegang jawatan itu termasuk DATO' HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI IDRIS yang kemudiannya dilantik sebagai MENTERI BESAR TERENGGANU.

Dari tahun 1947 hingga 1957, pentadbiran Besut diletakkan dibawah pegawai Pentadbiran ( ADMINISTRATIVE OFFICER ). Orang pertama memegang jawatan itu ialah C.C. MOWAT dan yang terakhir ialah AB.RAHMAN BIN MAT.

Selepas ini sistem PEGAWAI DAERAH bermula seorang Pegawai British bernama L.M. EDYE menjadi Pegawai Daerah Besut yang pertama di ikuti oleh ENCIK MUSTAFA BIN ABDUL JAMAL ( masih ada dan bertugas sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu ). Semasa beliau menjadi Pegawai Daerah, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Di Besut upacara bersejarah ini diadakan di Padang Bola Kg.Raja dimana Pengistiharan Kemerdekaan dibaca oleh Allahyarham En. Ismail bin Yusof ( DATO' BENTARA LUAR ) seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Lokasi daerah Besut

Besut adalah satu daripada 7 buah daerah di Negeri Terengganu yang terletak disebelah utara negeri dan bersempadan dengan Negeri Kelantan ( CIK SITI WAN KEMBANG ). Disebelah timurnya negeri ini adalah Laut Cina Selatan dan disebelah Baratnya pula ialah Banjaran Titiwangsa.

Perhubungan awam

Perhubungan awam yang paling utama bagi penduduk di Daerah Besut ialah melalui jalan darat ( Jalan Raya ). Walau bagaimanapun jalan laut masih digunakan lagi.

Jalanraya yang paling penting ialah Jalan Besar yang merentasi sungai ini bermula dari Negeri Pahang hingga ke Negeri Kelantan. Jalan ini melalui 6 buah Pusat Pentadbiran daerah bagi negeri ini iaitu bermula dengan KEMAMAN, DUNGUN, MARANG, KUALA TERENGGANU, BANDAR PERMAISURI dan JERTEH ( BESUT ).

Jalan lautnya pula kebanyakannya digunakan oleh golongan nelayan dan perjalanan ke tempat perlancongan utama bagi daerah ini iaitu Pulau Perhentian dan dikenali juga dengan nama HAWAI THE SECOND.


Credit to: www.pulauperhentian.com.my

Monday, January 18, 2010

ASAL USUL NAMA BESUT, TERENGGANU

Percayakah anda? Besut dulunya kawasan penempatan orang Pangan!!!




Besut terletak di bahagian utara negeri Terengganu. Menurut cerita orang-orang tua, Besut pada asalnya didiami dan diperintah oleh orang asli dari suku Pangan, yang mempunyai seorang ketua bernama Besut.


Namun, keadaan berubah dengan kedatangan sekumpulan orang Melayu yang diketuai oleh seseorang yang bernama Che Latif. Che Latif berasal dari Sumatera. Ada yang berpendapat bahawa mereka berasal dari Pattani dan Kelantan dan ada pula yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Champa dan Kemboja. Walau bagaimanapun, penduduk Besut pada hari ini bertutur dalam dialek Melayu Kelantan.


Setelah berunding, Besut bersetuju untuk menyerahkan kawasan pemerintahannya kepada Che Latif dengan bayaran 1 gantang mata kail. Besut dan pengikutnya kemudian berpindah ke sebuah kawasan yang berdekatan dengan Lubuk Bida. Cik Latiff kemudiannya menamakan tempat ini sebagai Besut, sempena nama ketua suku Pangan tersebut.

- sumber: Perpustkaan Negara Malaysia


Friday, January 15, 2010

Kisah Anugerah Juara Lagu Ke-24 dan Isu Masonic

Kisah Anugerah Juara Lagu Ke-24 dan Isu Masonic

Seperti biasa, selepas sebarang pertandingan yang ber’prestij seperti Anugerah Juara Lagu sejak di adakan 24 tahun yang lalu, pasti akan ada sahaja cerita yang kita dengar. Macam kata pepatah lah rumah dah siap tapi pahat still berbunyi. Tapi untuk AJL ke-24 ni agak berlainan sikit bunyi pahat yang kita dengar. TV3 dan ramai wartawan menyatakan... (klik untuk artikel penuh)



Thursday, January 14, 2010

Earthquake in Port-au-Prince, Haiti

Gambar Terbaru Gempa Bumi di Haiti

Anthony Guarino, a seismic analyst at the Caltech Seismological Laboratory, shows the 7.0 earthquake peak from the Haiti earthquake at the laboratory in Pasadena, Calif. on Tuesday, Jan. 12, 2010.

Anthony Guarino, a seismic analyst at the Caltech Seismological Laboratory, shows the 7.0 earthquake peak from the Haiti earthquake at the laboratory in Pasadena, Calif. on Tuesday, Jan. 12, 2010.

A damaged building is seen after an earthquake in Port-au-Prince, Haiti, Tuesday, Jan. 12, 2010. The largest earthquake ever recorded in the area rocked Haiti on Tuesday. The earthquake had a preliminary magnitude of 7.0 and was centered about 10 miles (15 kilometers) west of Port-au-Prince.

A damaged building is seen after an earthquake in Port-au-Prince, Haiti, Tuesday, Jan. 12, 2010. The largest earthquake ever recorded in the area rocked Haiti on Tuesday. The earthquake had a preliminary magnitude of 7.0 and was centered about 10 miles (15 kilometers) west of Port-au-Prince.

The body of an earthquake victim is seen in Port-au-Prince in this January 12, 2010 video grab. A major earthquake hit impoverished Haiti on Tuesday, toppling buildings in the capital Port-au-Prince, burying residents in rubble and causing many deaths and injuries, witnesses in the city said.

The body of an earthquake victim is seen in Port-au-Prince in this January 12, 2010 video grab. A major earthquake hit impoverished Haiti on Tuesday, toppling buildings in the capital Port-au-Prince, burying residents in rubble and causing many deaths and injuries, witnesses in the city said.

The body of an earthquake victim is seen in Port-au-Prince in this January 12, 2010 video grab. A major earthquake hit impoverished Haiti on Tuesday, toppling buildings in the capital Port-au-Prince, burying residents in rubble and causing many deaths and injuries, witnesses in the city said.

The body of an earthquake victim is seen in Port-au-Prince in this January 12, 2010 video grab. A major earthquake hit impoverished Haiti on Tuesday, toppling buildings in the capital Port-au-Prince, burying residents in rubble and causing many deaths and injuries, witnesses in the city said.

An injured person is pulled from a structure that collapsed after an earthquake in Port-au-Prince in this January 12, 2010 video grab. A major earthquake hit impoverished Haiti on Tuesday, toppling buildings in the capital Port-au-Prince, burying residents in rubble and causing many deaths and injuries, witnesses in the city said.

A view of Haiti's Presidential Palace, damaged after an earthquake struck, in Port-au-Prince in this January 12, 2010 video grab. A major earthquake hit impoverished Haiti on Tuesday, toppling buildings in the capital Port-au-Prince, burying residents in rubble and causing many deaths and injuries, witnesses in the city said.

PORT-AU-PRINCE, HAITI - JANUARY 12:  Survivors sit in an emergency clinic in Petionville on January 12, 2010 in Port-au-Prince, Haiti. A 7.0 earthquake rocked Haiti today, followed by at least a dozen aftershocks, causing widespread devastation in the capital of Port-au-Prince.

In this photo taken from the Web site twitter.com, people gather in the streets in Port-au-Prince on Tuesday, Jan. 12, 2010 after the largest earthquake ever recorded in Haiti.

Earthquake victims lie on the ground in Port-au-Prince in this January 12, 2010 video grab. A major earthquake hit impoverished Haiti on Tuesday, toppling buildings in the capital Port-au-Prince, burying residents in rubble and causing many deaths and injuries, witnesses in the city said.

Earthquake victims lie on the ground in Port-au-Prince in this January 12, 2010 video grab. A major earthquake hit impoverished Haiti on Tuesday, toppling buildings in the capital Port-au-Prince, burying residents in rubble and causing many deaths and injuries, witnesses in the city said.

Gambar – Reuters Pictures & AP Photo

Monday, January 11, 2010

Hidup Ini Memang Susah

Syurga itu dikelilingi perkara-perkara yang susah untuk diharungi.

(Courtesy to: http://www.fuadlatip.com/v1/)

Hidup ini memang susah tetapi bukanlah menyusahkan. Hidup ini memang penuh dengan masalah. Allah SWT memang menjadikan hidup kita ini penuh dengan dugaan. Kita diberi pelbagai ujian, cabaran dan lain-lain yang merupakan masalah dalam kehidupan kita ini.

Namun ramai antara kita tidak sedar hidup ini susah. Ada yang sedar tetapi ramai yang melarikan diri daripada kesusahan ini. Motivasi-motivasi pula menanamkan pemikiran bahawa hidup ini senang. Lalu ramai yang mengelak daripada masalah yang datang. Tidak menyelesaikannya kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa hidup ini susah.

Saya tidak pasti samada saudara setuju atau tidak. Tetapi hakikat kehidupan kita ini memang susah di mana memerlukan pelbagai hal untuk dilakukan dan dilaksanakan. Pemikiran mengatakan hidup ini senang boleh menjadikan kita lemah dan tidak mampu menyelesaikan masalah.

Saudara,
Hidup yang susah inilah yang membuatkan kita membesar dengan matang. Kita tidak mampu mengira berapa banyak masalah yang telah kita selesaikan. Masalah-masalah inilah yang mematangkan kita di dalam kehidupan kita di dunia ini.

Mengapa Allah SWT menjadikan hidup penuh dengan cabaran dan dugaan?

Kita perlu memiliki kesedaran bahawa hidup ini susah iaitu penuh dengan cabaran dan dugaan. Apabila kita lupa hidup ini susah, kita tidak akan sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku.

Bersedia tidak semestinya sentiasa memikirkan masalah-masalah yang akan datang. Tetapi kita sentiasa bersedia dengan fizikal dan mental jika kita berhadapan dengan masalah yang mungkin akan berlaku kepada kita.

Apabila kesedaran hidup ini susah, kita juga perlu sedar bahawa kekuatan dan daya yang kita miliki ini HANYALAH sekadar kekuatan dan daya yang dialirkan Allah SWT ke dalam diri kita. Kita tidak mampu mengharungi kehidupan yang susah ini tanpa bantuan Allah SWT. Lalu kita akan sentiasa berusaha untuk berada dekat dengan Allah SWT.

Kita akan memohon dengan bersungguh-sungguh kerana kita SEDAR HIDUP INI SUSAH. Kita memerlukan bantuan Yang Maha Berkuasa Yang memberikan ujian dan dugaan di dalam hidup kita. Hanya Yang menyediakan ujian dan dugaan hidup kita ini yang tahu menyelesaikan masalah yang diciptakanNya.

Saudara,
Kita tidak boleh memandang hidup ini senang. Dengan mempercayai hidup ini senang, kita akan menjadi manusia yang lemah. Memang banyak motivasi yang diberikan hari ini menyatakan hidup ini senang agar mempositifkan minda di dalam menyelesaikan masalah.

Hakikatnya ia merosakkan kerana ternyata putus asa lebih mudah berlaku apabila minda didoktrin dengan mengatakan hidup ini senang atau masalah yang kita hadapi adalah mudah.

Ramai yang berputus asa di dalam hidup ini kerana mereka memikirkan hidup ini senang. Apabila sesuatu masalah menimpa, mereka fikir ia senang untuk diselesaikan. Tetapi apabila berhadapan dengan masalah tersebut, jangkaan senang itu jauh meleset.

Jika persediaan mental ketika ini tidak kuat, maka terjadilah putus asa dan tindakan susulan yang negatif boleh berlaku. Mereka akan lari daripada masalah dengan mengambil jalan mudah iaitu bunuh diri, mengambil dadah dan sebagainya.

Mereka yang sentiasa memikirkan hidup ini senang akan cepat kecewa apabila ditimpa masalah. Mereka memikirkan masalah itu tidak sepatutnya berlaku kerana mereka kata hidup ini senang. Hingga ke satu tahap mereka akan menyalahkan Allah SWT kerana memberikan mereka masalah itu.

Ketika mereka senang, direhatkan sekejap oleh Allah SWT daripada masalah, mereka terus melupakan Allah SWT. Mereka tidak mahu memikirkan hidup ini sebenarnya susah. Mereka tidak bersedia untuk menghadapi ujian dan dugaan yang Allah SWT akan datang kerana dalam fikiran mereka, hidup ini senang.

Saudara,
Apa yang perlu dilakukan adalah bukan menukarkan pemikiran hidup ini susah kepada hidup ini senang. Yang perlu ditanamkan adalah pemikiran bahawa hidup ini susah dan kita tidak mampu mengharunginya TANPA BANTUAN ALLAH SWT.

Dengan kesedaran hidup ini susah, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya kerana kita tahu ia susah untuk diselesaikan. Kita memerlukan bantuan Allah SWT di dalam menyelesaikan apa jua dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah SWT kerana semua dugaan dan ujian datangnya dari Allah SWT. Kita memohon kepada Tuan Empunya Dugaan dan Ujian malah Tuan Empunya diri kita ini.

Jika kita bersungguh-sungguh memohon bantuan kepada Allah SWT, apakah masalah yang kita hadapi daripada dugaan dan ujian Allah SWT ini mustahil untuk diselesaikan?

Saudara,
Hakikatnya hidup ini susah tetapi bukan alasan untuk kita lari daripada masalah yang menimpa. Lari daripada masalah akan menambahkan lagi masalah. Kita akan menambah gelisah dan resah. Harungilah masalah dengan penuh pengharapan pada Allah SWT bahawa masalah ini akan selesai.

Kesedaran tertinggi bahawa hidup ini susah dan sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang mampu membantu kita di dalam hidup yang susah ini membuatkan kita akan lebih dekat dengan Allah SWT.

Kita akan bersungguh untuk berada dekat dengan Allah SWT. Kita akan memohon dengan sangat kepada Allah SWT. Kita akan menerima dengan hati yang terbuka takdir yang telah menimpa kita tetapi kita yakin dengan Allah SWT bahawa pasti ada kesenangan selepas kesusahan seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Menyatakan hidup ini senang sebenarnya cuba memesongkan hakikat yang sebenar bahawa hidup ini memang susah. Ia cuma menipu fikiran kita dengan tujuan agar kita melihat sesuatu itu mudah untuk dilakukan. Namun kesan sampingannya adalah amat membahayakan.

Dengan menerima hakikat hidup ini susah sememangnya membuatkan semua orang berasa beban di dalam hidup ini. Namun kita tidak boleh mengharungi hakikat hidup ini sekadar hidup ini susah sahaja. Kita perlukan kesedaran tertinggi bahawa hidup ini susah tetapi boleh diharungi dengan hanya bantuan Allah SWT sahaja.

Dengan kesedaran tertinggi maka hidup ini yang susah ini kita harunginya dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan kerana walaupun susah, hati kita sentiasa ada untuk Allah SWT.

Komunikasilah sentiasa dengan Allah SWT agar jiwa kita tidak terputus untuk mengingati Allah SWT.

Friday, January 8, 2010

Selamat Hari Lahir ke 3 Aji....Papanya ke 36!!!

6 Januari 2009- Birthday Aji yang ke 3. Lewat 2 hari dari papanya pada 4 Januari. So, macam biasalah untuk 2 tahun lepas, sambutan birthday untuk 2 beranak ni diadakan serentak. Next sambutan ialah untuk mamanya, January jugak...... oppsss rahsia.

Sambutan untuk Aji agak special pada tahun ni kerana ada 2 event untuknya.
Pertama, sambutan di Restoran New Horizon bersama keluarga.







Kedua, ada jemputan untuk sambut birtday Aji daripada kenalan Abg Zi & Kak Dah sekeluarga (kononnya Aji panggil Aboh.....). Satu rombongan ke Bandung-Jakarta baru2 ni. Diorang siap tempah kek lagi...


Dan, jgn jealous ye, Aji dah ada peminatnya yang tersendiri... Kak Mila. Hu, hu


Selamat Hari Lahir. Semoga di rahmati Allah semuanya

Angah di Tahun 1-Sri Aman

Ahad, 3 Januari 2009. Angah mula memasuki alam persekolahan. Tahun 1 di Sekolah Rendah Islam Aman(SRI), Kota Bharu. Angah ditempatkan di kelas 1 Zaid Al Harithah (dulunya 1 Ikhlas). Disebabkan semua persiapan telah disediakan awal2 lagi, maka pagi pertama sekolah telah berjalan lancar sekali.

Kak Dinie pula sudah di tahun 4 kini. Berada di kelas 4 Abu Bakar Assidiq (dulunya 4 Ehsan). Dengan wajah yang ceria dan senyum nak mulakan sekolahnya. Mungkin tak sabar2 nak jumpa kawan2 karib yang lama tak jumpa. Dan tentunya nak bagi ole2 yang di beli dari Bandung!!!

Semoga di selamat semuanya.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails