Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Thursday, April 22, 2010

Tazkirah: Pembentukan Insan Muslim Yang Mukmin

Salam Kedamaian,

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi daripada kuliah Maghrib malam tadi yg diadakan disebuah madrasah ditempat saya.
Ustaz memulakan kuliah dengan membincangkan persoalan berkaitan dengan tanggung jawab seseorang untuk menjadi muslim yang terbaik. Tajuk ini ingin amat penting untuk dibincangkan kerana, jika sesorang muslim itu faham dan menjalankan tanggungjawabnya berpandukan kepada ajaran Islam , maka InsyaAllah, banyak perkara akan menjadi baik.
Ustaz mengatakan bahawa gejala-gejala sosial yang berlaku pada hari ini adalah kerana kesedaran mengenai tanggung jawab sesorang muslim, samada terhadap anak-anak, jiran-jiranya, masyarakatnya bahkan terhadap dirinya.
Ustz juga mengaitkan kejadian-kejadian yang berlaku diseluruh dunia hari ini seperti peperangan, gempa bumi, kebakaran yang besar adalah untuk mengigatkan kita betapa kejadian hari kiamat adalah begitu hampir belaku. Cumanya kita, tarikhnya dirahsiakan daripada pengetahuan manusia. Seperti yang kita tahu bahawa kerahsiaan ini juga mengandungi hikmah-hikmah yang tersendiri.

Berbalik kepada tajuk kuliah iaitu Konsep Tanggung jawab penting yang ingin dikongsikan pada sesi ini ialah mengenai Panduan/Wasilah untuk Mendidik Anak-Anak yang telah gariskan oleh ulamak-ulamak dahulu di dalam sebuah kitab lama (Maaf, kurang pasti nama kitab tersebut). Ustaz mengatakan bahawa ulama-alamak dari dulu lagi telah besepakat bahawa perkara-perkara dibawah seharusnya menjadi penduan bagi setiap ibu bapa dan keluarga muslim bagi melahirkan insan mukmin, iaitu:

1. Qudwah- iaitu contoh tauladan yang baik daripada ibu bapa.
Ustaz memberikan analogi yang cukup menarik bagi membincangkan hal ini. Contohnya yang merupakan suatu kisah benar. Ada pasangan ibu bapa yang datang dari jauh negeri di Utara Malaysia untuk mengahar anaknya belajar di sekolah agama yang terkenal di Kelantan.....Malangnya awal-lagi masa menghantar sianak kesekolah tersebut, ada sesuatu yang amat tidak kena pada pasangan tersebut. Sejak dari mula turun kereta, bukan main bergaya lagi si ibu berfesyen dengan tidak menutup aurat dan sewaktu dengannya......
Dipendekkan cerita, sianak setelah 2 bulan bersekolah disini, mula menjadi keliru kerana ustaz yang mengajar mengatakan menutup aurat itu wajib dan berdosa. Lantas sambil2 menelefon ibunya bertanya khabar, memberitahu bahawa menutup aurat itu berdosa. .....Bagaimana jawapan siibu??? WAH, KAMU BARU 2 BULAN BELAJAR DISEKOLAH AGAMA DAH PANDAI MENEGUR ORANG TUA? Jadi, menikuslah sianak ini dan makinlah pening kepalanya, mana satu yang betul ni. Ustaznya atau ibu bapanya.
Moralnya disini ialah, ibu bapa merupakan role model yang terbaik dan banyak mendatangkan kesan kepada pembentukan anak-anak.

2. Bentuk persekitaran yang baik- rumah/ keluarga, masayarakat dll

3. Prihatin - saling bertanya khabar, prihatin

4. Tarbiah- sistem hukuman masa anak-anak masih kecil

5. Perkenalkan konsep dosa/pahala dan surga/neraka.

Kuliah disampaikan oleh Ust. Alias Ahmad (Ketua Eksekutif HEP, KIAS)

Wednesday, April 21, 2010

Apple Releases iPhone OS 4 Beta 2

Kepada pecinta2 iPhone, nantikan kemunculan telefon pintar, iphoneOS4 yang dijangka akan dilancar secara rasmi pada musim panas ini (Jun/Julai). Diantara ciri utama iphoneOS4 ini ialah keupayaan multitasking (pelbagai tugas), peningkatan fungsi email dan akses yang lebih meluas kepada pembekal perisian pihak ketiga. Harga??? belum tahu lagi..... Bila akan sampai ke pasaran Malaysia pun belum tentu lagi. Sama-samalah kita tunggu.

Apple Releases iPhone OS 4 Beta 2 and SDK to Developers

Apple today released via the iPhone Dev Center its second beta version of iPhone OS 4 and the associated Software Development Kit (SDK) for developers to use in creating and updating applications. The initial versions of iPhone OS 4 and the SDK were releasedearlier this month alongside Apple's media event to introduce the features of the next-generation operating system.

iPhone OS 4 will bring a number of new features, including various services supporting multitasking, email enhancements, and greater access for third-party application to built-iPhone functions such as calendars, photos, and camera controls. In all, Apple notes that iPhone OS 4 brings over 1,500 new APIs for developers to use in their applications.

Apple is expected to
publicly release iPhone OS 4 to iPhone and iPod touch users "this summer", although early models of those devices will not be compatible with the new OS and even some newer models will not be able to take advantage of all of the features. iPhone OS 4 will come to the iPad "in the fall".
by Eric Slivka on Tuesday April 20, 2010

Tuesday, April 20, 2010

Alam Semesta- suatu Bukti Kekuasaan Allah

Saiz mega alam semesta. Pengetahuan yang mengagumkan.
Setiap dari kita, manusia yang mempunyai akal tentunya telah mengetahu bahawa alam kejadian Allah ini sangat besar. Namun masih ramai yang tidak dapat membayangkan sebesar mana saiz ukuran yang sebenarnya. Artikel ini, InsyaAllah dapat memberi gambaran betapa besar dan hebatnya penciptaan Allah. Bagi orang-orang yang berfikir, ianya tentu akan mengakui bahawa betapa kerdilnya manusia di alam raya ini.

Everyone knows the universe is huge, but most people don't understand how huge it really is. This article will try to show the amazingly massive scale of the universe to you. It surely is a very humbling experience!

Inilah bumi tempat tinggal kita. Tempat kita dilahirkan, membesar, bekerja, bermain dan bersuka ria. Disinilah kita berkongsi udara, air, makanan dan segalanya-galanya sepanjang kita hidup sehinggalah ajal menjemput kita.

This is our Home. All of us live, love, wage wars, spend our entire lifetimes here.

Bahkan, matahari yang dikatarakan bintang terbesar dalam sistem solar bumi, hanyalah kelihatan satu titik jika dibandingkan dengan bintang-bintang lain yang wujud dalam galaksi ini. Bumi sudah tidak wujud langsung dalam ukuran ini!!!

Our Sun is just a tiny speck compared to other stars! Hard to even make out in the picture with the Sun just 1 pixel wide. Jupiter becomes invisible at this scale.

Milky Way- Sistem Galaksi kita. Disana terdapat antara 200-400 bilion (YA, BILLION) bintang dalam Milky Way. Dan.... Milky Way adalah tersangat kecil jika dibanding dengan sistem galaksi lain yang diketahui kewujudannya.Tentunya masih banyak lagi belum dapat dicerap oleh kajian manusia. Galaksi jiran kita yang terdekat iaitu Galaksi Andromeda menpunyai lebih daripada satu TRILLION Bintang!!!

There are 200-400 billion stars in the Milky Way. The stellar disk of the Milky Way Galaxy is approximately 100,000 light-years in diameter, and is considered to be, on average, about 1,000 ly thick. Our Milky Way galaxy is small compared to other galaxies. Our neighbouring Andromeda Galaxy has over one trillion stars!

Imej terakhir adalah sebahagian kecil imej alam raya yang dapat dicerap oleh teleskop Hubble Ultra Deep Field.
Setiap titik yang dicerap merupakan suatu galaksi yang mempunyai berbilion bintang... dan setakat ini, terdapat lebih daripada 170 billion galaksi !!! yang dapat dicerap oleh teleksop buatan manusia yang paling maju. Yang lain-lain yang masih menanti untuk dikaji, hanya Allah mengetahui.
Each spot is a galaxy, consisting of billions of stars.
There are more than 170 billion galaxies in the observable universe.

Semoga pengetahuan begini membawa kita kepada pengabdian yang tidak berbelah bagi kepada Allah yang Maha Kuasa.

Monday, April 19, 2010

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR

Tg Nik Abdul Aziz Yang Zuhud....

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan memberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada diKelantan dan banyak lagi..

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV..
Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

*MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.

http://tinypic.com/view.php?pic=2mphbh5&s=5

Eropah Terus Diselimuti Debu: Adakah ini tanda-tanda kiamat

LONDON 17 April – Aktiviti seismik di gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland, semakin meningkat hari ini apabila ia dilapor menghamburkan debu setinggi 8.5 kilometer ke udara.

Pakar geologi, Magnus Tumi Gudmundsson dari Universiti Iceland berkata, angin yang agak kuat hari ini membantu menjelaskan jarak penglihatan, sekali gus membenarkan kumpulan penyelidik terbang di atas gunung berapi bagi melihat peningkatan aktivitinya.

Seorang daripada mereka mendapati, kepulan abu yang menjejaskan beribu-ribu penerbangan di benua Eropah terhasil akibat tindak balas magma yang membeku dengan pantas apabila terkena ais yang meliputi puncak gunung.

Dalam perkembangan berkaitan, kepulan tebal abu gunung berapi terus menyelubungi ruang udara beberapa kawasan terpencil Iceland hari ini ketika keadaan sama masih membelenggu seluruh Eropah, sehingga memaksa pembatalan beribu-ribu penerbangan dan mendesak orang ramai menyewa bilik hotel, mencari tiket kereta api dan menggunakan perkhidmatan kereta sewa.

Agensi trafik udara Eurocontrol melaporkan, hampir dua pertiga penerbangan Eropah dibatalkan semalam apabila ruang udara di sebahagian besar Britain, utara dan tengah Eropah terus ditutup.

“Ruang udara masih belum dibuka untuk penerbangan. Keadaan ini dijangka berterusan esok,” jelas agensi tersebut.

Menurut Eurocontrol, kira-kira 16,000 daripada 28,000 penerbangan harian Eropah terpaksa dibatalkan hari ini dan semalam, dua kali lebih banyak berbanding hari sebelumnya.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa memaklumkan, gunung berapi tersebut mengakibatkan kerugian sejumlah AS$200 juta (RM700 juta) sehari kepada industri berkenaan.

Gunung berapi Eyjafjallajokull, mula meletus buat kali kedua Rabu lalu dalam tempoh sebulan, menghamburkan debu sejauh beberapa kilometer.

Angin turut membawa kepulan debu tebal ke selatan dan timur Britain, Ireland, Scandinavia dan tengah Eropah.

Sementara itu, pegawai Poland semalam bimbang kepulan debu tersebut akan menganggu kehadiran pemimpin-pemimpin dunia esok bagi menghadiri upacara pengebumian Presiden Poland Lech Kaczynski dan isterinya Maria di bandar Krakow, selatan negara itu, setelah ruang udara Poland ditutup hari ini daripada sebarang penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Sehingga kini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, Presiden Rusia Dmitry Medvedev dan Canselor Jerman Angela Merkel telah mengesahkan kehadiran mereka ke upacara itu, sementara Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Un-chan muncul pemimpin pertama membatalkan kedatangan ke Poland.

Keluarga Kaczynski semalam menegaskan, mereka mahu upacara pengebumian diadakan esok seperti yang dirancang, walaupun kepulan debu dari gunung berapi di Iceland kini semakin merebak ke bahagian selatan dan timur. – AP

Wednesday, April 14, 2010

SUBBAHANALLAH : Penawar Kanser Telah Ditemui

“Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya.”

Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Munurut hasil peneliian Dr. Mohammad Soleh, dosen IAIN Surabaya, salah satu solat sunnah itu dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.

Tidak percaya? “Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser”, ucap soleh. Ayah dua anak itu bukan “tukang obat” jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam desertasinya yang bejudul “Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi”. Dengan desertasi itu, Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipertahankannya. Selama ini, menurut Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medis solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi posetif, serta dapat mengefektifkan kemampuan individu untuk menanggulangi masalah yang dihadapi. Solat tahajjud yang dimaksudkan Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan pada sisi rutinitas solat, ketetapan gerakan, kekusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental psikis.

Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai miseri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui sekrasi hormon kortisol. Parameternya, lanjut Soleh, bisa di ukur dengan kondisi tubuh. Pada kondisi normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya antara 38-690 nml/liter. Sedang pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam normalnya antara 69-345nml/liter. “Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, bisa diindikasikan orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitu sebaliknya”. Ujarnya seraya menegaskan temuannya ini yang mambantah paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata dogma atau dogtrin.

Soleh mendasarkan temuannya itu melalui satu penelitian terhadap 41 responden sisa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya . Drp 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir. Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya ditemukan bahwa kondsi tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeda jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud. Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil. “Jadi solat tahajjud selain bernilai ibadah, juga sekaligus sarat dengan muatan psikologis yang dapat mempengaruhi kontrol kognisi. Dengan cara memperbaiki persersi dan motivasi positif dan coping yang efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees,” Nah, menurut Soleh, orang yang strees(tekanan) itu biasanya retan sekali terhadap penyakit kanser dan infeksi. Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar drp penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan hitungan teknik medis menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu membuat orang mempunyai ketahanan tubuh yang baik

“Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah”: (Al-Kautsar: 2) Sebuah buki bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Haruskan kita menunggu untuk masuk ke akal kita?”

dipetik dari

http://ibnuabbas.wordpress.com/2008/04/29/tahajjud-penawar-kanser/

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails