Selamat Tahun Baru dan semoga apa yang kita azamkan dahulu dapat kita capai dan segala niat2 kita yang baik tertunai.
Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:
“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”
Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam sistem kalendar Islam (Hijriah) yang juga turut dikenali sebagai Awal Muharam.
Bulan Muharam mengingatkan kepada kita umat Islam peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SWT dari Mekah ke Madinah.
Bulan Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya bulan Muharam termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.
Allah SWT Berfirman : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia mencipta langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Reja
(At Taubah :36)
Yang dimaksudkan bulan yang dihormati dalam segala aspek mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab.
Akan tetapi ianya bukanlah bermakna bulan - bulan yang lain tidak dihormati, tetapi keberkatan Allah turun pada empat bulan tersebut.
Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.

















