Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Monday, December 20, 2010

Info Sihat: Kebiasaan Yang Salah

 

Apabila melibatkan kesihatan, perkara kecil akan menjadi besar. Sedar atau tidak, perkara biasa yang dilakukan walau sekecil zarah sekalipun boleh mendatangkan masalah yang besar kepada kesihatan sekiranya tidak diambil berat.

Sarung Bantal dan Tilam Lama

Selalunya anda akan menyalahkan orang yang berada di sekeliling anda kerana menjadi punca anda dijangkiti. Tahukah anda bantal dan tilam yang digunakan untuk tidur merupakan salah satu agen penyakit yang paling dekat dengan kita. Pernahkah anda menukar bantal atau tilam yang saban tahun. Tentu anda pernah bangun dengan mata bengkak dan kepala rasa sakit. Tahukah anda semasa tidur, anda menyedut habuk bersama-sama enzim pencernaan dan kotoran pada bantal dan tilam.  Alergen terkumpul pada bantal berpotensi mencetuskan alahan dan asma. Mencuci dan menukarkan sarung bantal serta tilam, mungkin dapat mengelakkan diri daripada dihinggapi penyakit.  Ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali.   

Menggunakan Berus Gigi Lama

Bilakah kali terakhir anda membeli berus gigi baru. Bakteria, kulat dan virus adalah sesuatu yang kita tidak boleh nampak. Sedar atau tidak mereka juga terdapat di dalam berus gigi anda. Ianya amat berpotensi untuk mendatangkan bahaya kepada kesihatan gigi dan mulut anda. Bakteria dikaitkan dengan penyakit periodontal dan kesihatan jantung. Ianya berkembang biak. Jangkitan kulat oral juga boleh berlaku kepada setiap penghuni rumah atau kembali menjangkiti pengguna berus gigi tersebut. Paling lama sebatang berus gigi boleh digunakan ialah sekitar tiga bulan atau empat bulan sahaja. Bagi kanak-kanak, gantikan berus gigi baru setiap dua atau tiga minggu. Kepada mereka yang menggunakan kawat gigi (braces), kesihatan gigi anda akan terjamin jika kerap menukar berus gigi.

Tidur Hujung Minggu

Apabila anda bangun pada hari biasa, anda mungkin berharap untuk tidur yang panjang pada hujung minggu. Malangnya, tubuh anda tidak berfungsi seperti itu. Tidur bukanlah suatu perkara yang boleh diganti apabila ianya telah berlalu. Tidur bukanlah perkara yang boleh anda lakukan satu jam pada hari Selasa dan menyimpannya untuk hari Sabtu. Tidur berlebihan pada hujung minggu mengubah hormon pada badan anda (melatonin dan kortisol). Hormon ini mengubah tindakbalas badan, sedangkan tindakbalas badan berlaku 24 jam sehari. Ini seperti tidur di zon waktu yang berbeza.  Anda akan mengalami keletihan kronik dan  ketidakmampuan untuk tidur pada hari berikutnya jika hujung minggu anda dihabiskan untuk tidur. Tidur perlu dilakukan dengan konsisten. Bangunlah sejam lebih awal pada hujung minggu. Hidupkan lampu atau buka langsir untuk membolehkan cahaya memberi isyarat kepada badan anda bahawa sudah waktunya untuk bangun.



Menggeliat Ketika Bangun Tidur

Menggeliat membantu mengurangkan sakit belakang dan sakit punggung. Namun sedarkah anda menggeliat boleh mendatangkan masalah jika ianya perkara pertama anda lakukan ketika bangun dari tidur. Ketika anda tidur, tulang belakang mengumpul cecair.  Menggeliat akan menambah  tekanan pada tulang belakang, menyebabkan lebih tekanan apabila anda membongkok ke depan atau ke belakang. Akibatnya anda akan berasa sakit belakang.  Apa yang boleh anda lakukan setiap pagi ialah minum air, mencuci muka dan berus gigi.  Setelah itu, lakukan peregangan sederhana dengan meletakkan tangan anda di bahagian atas punggung, kemudian bersandar, pandang ke atas dan tahan sekitar tiga saat. Ulangi tiga hingga empat kali.

Berlatih di Gym atau Berbasikal

Penggunaan basikal atau alatan di gym memberikan manfaat kardiovaskular tetapi sedikit sahaja kebaikan untuk kesihatan tulang. Latihan atau senaman sahaja tidak cukup untuk membina tulang. Anda juga perlu melakukan aktiviti seperti meloncat-loncat, berjalan, dan berlari. Latihan menggunakan mesin sahaja hanya memberikan ketegangan pada otot, tapi itu tidak cukup untuk menguatkan tulang. Tambah rutin senaman anda dengan berjalan atau berlari. Anda juga boleh mencuba aktiviti mudah ini dengan menaikkan bola kaki anda (dengan atau tanpa kasut) dan jatuhkan ke tumit. Lakukan berulang sebanyak 10 kali satu sesi sepanjang hari.
Menunda Buang Air

Menahan buang air kecil boleh menyebabkan pundi kencing menegang. Akibatnya kandungan air kencing anda akan kotor dan pundi kencing tidak kosong sepenuhnya walaupun ketika anda sudah buang air kecil. Hal ini boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing. Ianya juga akan membuatkan anda mengambil masa yang lama untuk mengosongkan pundi kencing semasa membuang air kecil. Elakkan menahan buang air kecil. Jika buang air kecil sering menjadi masalah, berjumpalah dengan doktor anda. Makanan dan minuman seperti kafein, alkohol, makanan pedas, minuman berkarbonat, coklat, dan teh perlu dikurangkan kerana ianya mengganggu sistem pundi kencing anda.

Menggunakan Bahu Atau Tangan Yang Sama Setiap Hari

Beban yang tidak seimbang dari masa ke masa boleh menyumbang kepada masalah otot dan rasa sakit dari bahu, leher dan lengan. Beg yang berat boleh memburukkan rasa sakit pada lengan disebabkan oleh gerakan ketika membawanya. Galas atau guna bahu dan / atau tangan berselang seli sepanjang hari dapat mengelakkan anda daripada merasa sakit pada bahu, leher dan lengan.

Penggunaan Kasut Tumit Tinggi

Menggunakan kasut tumit tinggi mungkin menarik untuk dipandang, tetapi sedarkah anda ia boleh menimbulkan masalah jangka panjang. Berjalan menggunakan kasut tumit tinggi selama satu jam boleh memendekkan tendon urat keting. Ketika anda menanggalkan kasut tersebut, sama ada sedar atau tidak, tulang tumit juga ‘ditarik’ bersama. Berjalan sepanjang hari menyebabkan keadaan yang menyakitkan akibat keradangan sepanjang bahagian bawah kaki. Menambah masalah, kandungan lemak kaki berkurangan secara semulajadi sejajar dengan usia, dan berjalan menggunakan kasut hak tinggi hanya memburukkan situasi. Anda disarankan menggunakan kasut tumit tinggi untuk waktu-waktu tertentu sahaja dan menggunakan kasut tumit rendah lebih kerap. Berjalan tanpa alas kaki mengikut kesesuaian masa dan tempat juga dapat membantu mengurangkan sakit pada bahagian bawah kaki.

credit: mohamadazhan

Sunday, December 19, 2010

Malaysia Layak Ke Final Piala AFF !! Tahniah Rajagopal !!

Malaysia Layak Ke Final Piala AFF !! Tahniah Rajagopal !!

Piala AFF Suzuki

Tahniah Pasukan Malaysia kerana berjaya mempertahankan deposit dua gol yang diperolehi ketika di Bukit Jalil, seterusnya layak ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun lalu.

Malaysia bertindak cemerlang apabila tidak melepaskan sebarang jaringan walaupun diasak bertubi-tubi oleh 12 pemain vietnam. Kemantapan barisan pertahanan negara jelas sekali tidak langsung memberi peluang kepada pasukan Vietnam untuk mendapatkan gol semangat mereka lantas setiap minit yang berjalan itu ditemani dengan gemuruh untuk mendapatkan dua gol.

Jika ditanya kepada saya berkenaan prestasi pasukan kebangsaan pada perlawanan malam ini, walaupun kita banyak diserang dan walaupun kita tidak banyak menguasai permainan, namun mempertahankan defesit dua gol itu menjadi prioriti dan akhirnya pasukan kebangsaan Malaysia berjaya. Pada saya, layak ke perlawanan akhir itu jauh lebih penting daripada kehilangan fokus hanya kerana ingin menjaringkan gol awal.

10 Tempat Di Dunia Yang Serasa Di Planet Lain


Tempat-Tempat Yang Serasa Di Planet Lain

Di beberapa bahagian di atas dunia ini kedapatan tempat-tempat yang unik dan aneh yang jarang ditemui di mana-mana bahagian di atas dunia - hanya di situ. Ia menjadikan kita persis berada di planet lain.

Ia adalah tanda-tanda kebesaran Ilahi yang tidak dapat ditandingi oleh makhlukNya. Ia mengajak kita untuk merenung nikmat Allah yang banyak dan entah bila kita akan dapat menyaksikannya dengan mata kepala sendiri, namun alam siber memungkinkan kita untuk melawatinya secara maya. Inipun sudah merupakan satu nikmat yang tak terhingga dari Dia...


1. Dry Valleys - Antartika



Lembah Kering di Antartika ini memiliki lantai berupa kerikil, dan dikatakan bahawa pemandangan yang anda dapat saksikan di tempat ini tidak jauh jadi pemandangan di Mars. Pemandangan yang luar biasa ini akan anda temukan di Antartika, dan sama sekali tidak mendapat salji, sekaligus merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Kdang-kala di dasar lembah ini terdapat danau ais yang tebalnya mencapai beberapa meter. Dan dibawah danau ini, terdapat air yang sangat masin, dan yang lebih ajaib lagi, ternyata di dalam air tersebut ada makhluk hidup yang boleh hidup!

Thursday, December 16, 2010

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram-Khamis, 16 Dis 2010)

 

  Assalamualaikum dan selamat beramal...
 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura 
(10 Muharram, bersamaan KHAMIS, 16 DEC 2010) 


  1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 
  fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 


2. Memuliakan fakir miskin 
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 

3. Menahan marah 
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan 
yang ridha. 

4. Menunjukkan orang sesat 
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim 
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 

6. Bersedekah 
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor 
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 

7. Memelihara kehormatan diri 
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya 
keimanan. 

8. Mandi Sunat 
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat: 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala' 

9. Bercelak 
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu. 

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali  
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 

11. Sembahyang sunat empat rakaat 
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 

12. Membaca 
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru' 
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini. 

13. Menjamu orang berbuka puasa 
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

14. Puasa 
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala' 
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 


Insya'allah.. 
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Tuesday, December 14, 2010

Melihat Pemandangan Alam Mampu Tingkatkan Daya Ingatan

Add caption

 

Mengisi masa terluang dengan menikmati keindahan alam menghijau sambil berinteraksi dengannya tentu mengasyikkan. Bersahabat dengan alam ini dipercayai dapat meningkatkan daya ingatan seseorang. Jika anda tidak berkesempatan untuk beriadah, anda tidak perlu risau . Sekadar melihat foto atau gambar pemandangan alam saja ternyata mampu meningkatkan daya ingatan dan membuat ketetapan tumpuan anda sehingga 20%.
Hal ini berdasarkan kaji selidik yang dimuat dalam jurnalPsychological Science yang diterbitkan oleh University of Michigan.  "Berinteraksi dengan alam memiliki kesan yang sama dengan bermeditasi," ujar Marc. G. Berman, salah seorang penyelidik.
Dalam studinya, peneliti membahagikan para sukarelawan kepada dua kumpulan.  Kumpulan  pertama diminta mengingat sejumlah angka sambil berjalan di taman yang menghijau dan menyamankan. Sedangkan kumpulan sukarelawan  kedua pula  diminta melakukan hal yang sama di kawasan penempatan perniagaan dan perumahan yang mempunyai bangunan tinggi.
Hasilnya, kumpulan pertama lebih mampu mengingat angka-angka secara keseluruhan berbanding kumpulan kedua. Sukarelawan juga mengaku bahwa fikiran mereka lebih mudah fokus ketika  berjalan kaki di taman yang tenang dan berpohon rendang.
Perlu waktu rehat yang menyehatkan otak? Pulihkan fikiran anda dengan meluangkan waktu untuk beraktiviti di luar rumah dan mencari tanaman hijau. Jika malas atau tiada masa, lakukannya dengan hanya melihat foto-foto pemandangan indah di dinding, album,  televissyen atau  komputer saja sudah memadai. [sumberPreventionIndonesia]

Monday, December 13, 2010

Amalan-Amalan Sunat Awal Muharram - Tahun Baru Islam

1 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 07 Disember 2010.

Selamat Tahun Baru dan semoga apa yang kita azamkan dahulu dapat kita capai dan segala niat2 kita yang baik tertunai.

Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:
“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”

Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam sistem kalendar Islam (Hijriah) yang juga turut dikenali sebagai Awal Muharam.

Bulan Muharam mengingatkan kepada kita umat Islam peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SWT dari Mekah ke Madinah.

Bulan Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya bulan Muharam termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.

Allah SWT Berfirman : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia mencipta langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan RejaCool"
(At Taubah :36)


Yang dimaksudkan bulan yang dihormati dalam segala aspek mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab.

Akan tetapi ianya bukanlah bermakna bulan - bulan yang lain tidak dihormati, tetapi keberkatan Allah turun pada empat bulan tersebut.

Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.

Sunday, December 5, 2010

GAMBAR-GAMBAR ISRAEL DI MAMAH 'API NERAKA' DUNIA!!

credit to camar putih.














Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails