Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Monday, March 19, 2012

FAMILY CHE GATHERING 2012

Alhamdulillah... .. kami kerabat FamilyChe telah berjaya menganjurkan aktiviti keluarga bagi tahun 2012 ini yg telah diadakan pada 15 dan 16 Mac lepas, bertempat di Chalet Pantai Perkasa, Bachok. Walaupun, terdapat halangan dan kekangan masa akibat kesibukan tugas harian, semua beradik (7 org) dan 23 (anak masing2) telah bersama2 memeriahkan aktiviti ini. Bonda dan mak saudara juga sama2 join program ini.
Setelah check-in pd petang, program solat maghrib dan isyak berjemaan diikuti majlis bacaan yasin dan tahlil telah diadakan. Seterusnya dinner secara BBQ dan lauk-pauk yang disediakan oleh tokmek. 
Awal pagi.... setelah breakfast yg ringkas, acara sukaneka telah diadakan bagi semua. Anak2 kecik pun boleh main, dan yg dah beransur tua pun turut berkubang dengan apsir pantai. 
Semoga program ini akan terus diadakan lagi pada masa depan untuk mengeratkan ukhwah kerabat FamilyChe.
Jazakallah kathiran.


Pagi yang damai di tepian pantai perkasa....
 

 Tahlil/Bacaan Yaasin. Alfatihah kepada arwah family Che yang telah pergi dahulu meninggalkan kita.
 
BBQ pada malamnya.....
 Parking lot chalet yg didominasi kenderaan familyChe

 Geng cilik yang tak sabar nak mandi pantai. Klon spiderman pun ada.

 Ni.... geng 'besar' sikit yang tak sabar nak main beach soccer. Kena makan banyak2 tu.

 Siap sedia nak cari 'harta karun'

 Dah habis 'harta karun' dikerjakan.

 'Biniku' sayang.....
Bowling kelapa

Beach Soccer

Nah ambik kunci ni je, hamper ni baby yang punya
Ini... baby comel kesayangan ambo.
.

Hingga jumpa lagi. Wassalam

Sunday, March 18, 2012


Pilihanraya Umum Ke-13 pada 3 Jun 2012 - Agensi Berita Bloomberg
















Agensi berita perniagaan dalam talian, Bloomberg mendapat maklumat terbaru sumber yang rapat dengan Putrajaya bahawa Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada akhir Mei sebelum pilihanraya umum bakal diadakan pada 3 Jun 2012.

Tarikh tersebut cuma sehari selepas Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung setiap Sabtu minggu pertama dalam bulan Jun setiap tahun.

Bloomberg juga mendapat maklumat dewan awam dan dewan serbaguna di seluruh negara telah dibekukan permohonan dari mana-mana pihak bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan pusat penjumlahan undi.

Najib Altantuya dijangka akan mengumpulkan seramai 4,000 pemimpin akar umbi Wanita Umno-APCO pada 26 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menjelaskan serta menyejukkan hati mereka susulan dari tempoh penggal sebagai Senator Ketua Wanita Umno-APCO, Shahrizat Jalil tidak disambung dalam kerajaan sebagai menteri.

Spekulasi terus tersebar dengan Putrajaya dijangka akan membuat keputusan beberapa lagi menteri kabinet yang terpalit dengan skandal seperti Zahid Hamidi dan Jamil Khir Baharom akan dijadikan sebagai kambing hitam bagi "membersihkan" Umno-APCO bagi melonjakkan popularitinya menjelang pilihanraya dalam tempoh kurang dari tiga bulan.

Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Bagan Datoh telah mula berasa bakal diketepikan susulan kegagalannya mencabar keputusan mahkamah siang tadi manakala Jamil Khir pula dengan skandal penyalahgunaan wang zakat sehingga RM3 juta bagi membantu kempennya di parlimen Baling dan juga bersekongkol dengan Ketua Pengarah JAWI, Che Mat Che Ali menggunakan dana zakat bagi menghalang tuntutan qazaf yang difailkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Dikhabarkan juga, Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin juga akan digugurkan dari bertanding bagi kerusi parlimen Bachok dan akan digantikan dengan salah seorang pegawai khas Najib Altantuya bagi membolehkan Umno-APCO Kelantan mencabar kedudukan Kerajaan PAS Kelantan.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, lebih separuh daripada penyandang jawatan akan digugurkan bagi memberi laluan kepada muka baru termasuklah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin.

Sumber-sumber terbaru mengenai berita berkaitan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Tuesday, March 13, 2012


Cerita geng2 dajal seperti berikut:

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mahu ahli parlimen BN supaya segera mengagihkan peruntukan RM10 juta di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan peruntukan skim perumahan bagi nelayan bernilai RM300 juta - di kawasan masing-masing sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan tidak lama lagi. 

briefing for BN mps by Agriculture Minister Noh Omar on National Feedlot Corporation (NFC) scandal"Ini titik sentuh yang kita nak buat cepat. Duit belum turun, tapi saya minta KSU (ketua setiausaha) untuk guna duit kementerian dulu," katanya pada taklimat bagi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur malam tadi. 

Thursday, March 8, 2012

KERJA HAMPESSSS, LAGI SIA-SIA

Baik sikit dari Pak Pandir.....




PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.
Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.

Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.

Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan

Perhimpunan kakitangan awam pada pagi ini bersama PM Najib telah memutuskan perkara berikut, secara ringkas

1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya.
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas.
3. Pelaksanaak gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM.
4. Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 setahun.
5. COLA dinaikkan, RM200 kepada RM250, RM100 kepada RM150.
6. Insentif lain dikekalkan-insentif wilayah, pendalaman.
7. Kenaikkan gred untuk guru-guru berdasarkan ‘time-based’.




Apple lancar iPad generasi ketiga


2012/03/08

SAN FRANCISCO: Apple melancarkan iPad generasi ketiga pagi tadi dengan ciri-ciri lebih canggih bagi mengekalkan kedudukannya sebagai kuasa besar dalam pasaran komputer tablet dunia. 

iPad baru itu didatangkan dengan perisian lebih berkuasa, paparan resolusi tinggi setaraf iPhone 4S dan kemampuan untuk disambungkan kepada rangkaian telekomunikasi 4G LTE yang dapat menggerakkan data lebih pantas berbanding iPad sebelum ini.
Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, jualan iPad mengatasi pengeluar komputer peribadi pada tiga bulan terakhir tahun lalu. - AFP

Monday, March 5, 2012


Hakim, Nenek Dan Ubi Kayu



"
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuaDi ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Posted @ www.isuhangat.net.


Wednesday, February 29, 2012


Carling Cup glory for Reds

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails