Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Thursday, May 10, 2012


UMNO Ni Dari Muda Sampai Ke Tua Nyanyok Asyik Dok Kencing Orang Saja

ULANGTAHUN KE 66 : UMNO TIPU RAKYAT LAGI?

Umno mendakwa bahawa tahun ini mereka menyambut ulang tahun kelahiran parti itu kali ke 66. Namun tidak ramai yang perasan dan ingat bahawa Umno yang ada pada hari ini adalah Umno Baru yang didaftarkan semula pada tahun 1987. Umno yang ada sekarang adalah United Malay National Organization (Baru) bukan lagi Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946.

Umno asal telah meninggal dunia pada tahun 1987 diharamkan oleh Mahkamah kerana pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Akhirnya Dr Mahathir terpaksa mendaftarkan semula sebuah parti baru yang menggunakan nama United National Malay Organization Baru.
Jadi jika Umno mendakwa bahawa tahun ini adalah ulangtahun ke 66 maka terbukti parti itu menipu rakyat dan cuba memutarbelitkan fakta sebenar.

Umno sepatutnya meletakkan perkataan baru dihadapan nama Umno kerana nama sebenar Umno sekarang ialah Umno Baru.

Blog ini menggesa Pendaftar Pertubuhan supaya memastikan Umno meletakkan perkataan BARU dihujung nama United Malay National Organization (Umno). Jika Umno berdegil pihak Pendaftar Pertubuhan boleh mengambil tindakan ke atas yang memakai nama Inggeris tersebut.

Uumaakk!! Ngeri aku!!

Komer baca status Seligi Alpha ini, pasti komer akan ngeri,kecut perut. Kalau UMNO/BN terus memerintah Malaysia... mampoih kita!! Lingkup negara!! 



Ketika ini hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5 – 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah ditetapkan Kementerian kewangan (MOF) setakat ini iaitu pada paras 55%. Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Awang Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.

Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang. Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.

Tetapi dalam pada masa yang sama, tiada satu iltizam yang benar-benar menunjukkan keyakinan kepada semua yang Malaysia sedang berusaha mengatasi kadar hutang negara yang tinggi ketika ini.

Akhirnya, kita akan terus melihat kadar hutang negara terus bertambah daripada tahun ke tahun selama 15 tahun lamanya

Jika kerajaan tidak melakukan pelan pengurangan fiskal yang mampu memberikan keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan dididik di kaca televisyen & di akhbar arus perdana, di mana Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.

Terkini semakan kami kepada laporan berita daripada Channel News Asia bertajuk (Malaysia faces credits rating cut) yang dimuatkan di ruangan perniagaan menunjukkan telah terdapat beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA yang telah memberikan “peringatan dan amaran awal kepada Malaysia”. Antaranya ialah seperti:

Wednesday, May 9, 2012


Pics: Reds say thanks to fans

    Following our 4-1 thrashing of Chelsea in our final home game of the season, the Liverpool 
    squad embarked on a lap of honour to pay tribute to the fans who have supported them 
    so loyally throughout the campaign.



Tuesday, May 8, 2012


RESPON TERHADAP FATWA PENGHARAMAN BERSIH 3.0 YANG DIKELUARKAN MUFTI2 PEMBODEK UMNO.

Respons fatwa Bersih 3.0

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqPROq7GUUkmWBvtKHQUHvqoCzOLZuKhnlTJmW3qb_kQtnSp9U1xVq39KPDLuYI-HNVecku52OiHOrN2FUACKbnMj9agMX3q9ONAIcOQj2sGCzBDYzP1KivpXI8HscDfqlNNGminMO_bdr/s1600/fatwa.png

Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.

Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.

Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam.

Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.

Saya agak keliru, apakah sumber Majlis Fatwa yang mengatakan niat BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan? Sedangkan web rasmi BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.

Tuntutan pilihanraya bersih dan adil adalah wajib. Manakala menang dan 'menumbangkan kerajaan' melalui pilihanraya adil dan bersih adalah sah di sisi syarak. Maka, sebab pertama adalah secara rasmi tertolak.

Manakala tuduhan yang mengatakan BERSIH berniat untuk merusuh pula agak keterlaluan. Saya menjadi pemerhati BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Hemat saya mudah, majoriti peserta BERSIH datang dengan tenang dan aman. Namun, provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari meriam air.

Satu perkara yang harus difikirkan sejenak, ketika mana peserta BERSIH datang dengan botol susu anak dan botol mineral serta sebungkus popia, pihak keselamatan telah bersiap siaga dengan peluru gas, meriam air, gari plastik, malah peluru hidup. Siapa yang bersedia untuk mengganas?
Dan satu soalan cepu emas, sejak bila Majlis Fatwa Kebangsaan pandai membaca niat orang? Kalian bedah dada mereka? (Asyaqaqta Qalbah? : Hadith)

Manakala untuk kes BERSIH 3.0, saya fikir, Majlis Fatwa tidak cermat apabila terus menghukum BERSIH haram dek kerana sebilangan kecil perusuh yang masih belum dikenal pasti siapa mereka, dan kenapa mereka bertindak sedemikian. Alangkah baiknya, kalau selepas mengambil sumber dari pihak polis dan agensi kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu pula dengan pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukankah mendengar dari kedua-dua pihak itu wajib dan dituntut sebelum memberi hukum?

Cadangan saya untuk Majlis Fatwa Kebangsaan demi menjamin kredibiliti Majlis yang dinaungi Majlis Raja-Raja:

1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai, termasuk sumber yang kontra. Dalam hal BERSIH, sumber dari penganjur dan peserta BERSIH sangat penting.

2. Benar-benar bertindak sebagai badan bebas yang menjaga kesucian agama Islam dan menonjolkan imej tersebut. Sedangkan sekarang, majlis fatwa kebangsaan hanya dilihat memberi fatwa secara selektif dan dianggap sebagai lidah pembela kerajaan Malaysia.

3. Saya tertanya-tanya, apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap :

.Penyebaran video dan gambar lucah
.Tuduhan tanpa bukti dan saksi
.Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
.Penyalahgunaan wang zakat
.Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
.Hukum menipu dalam pilihanraya
.Hukum menafikan hak royalti Kelantan


HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
www.hasanhusaini.com
*Penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan.

SUMBER:HARAKAHDAILY

Monday, May 7, 2012


“Buku Harian Sang Pramugari” membuat para Netter terharu membacanya


Seorang ayah tua yang datang dari desa,menempuh jarak jauh pergi menjenguk anaknya yang sedang kuliah di Beijing, tindak tanduknya selama di pesawat telah membuat seorang pramugari yang baik hati menjadi terharu. Pramugari tersebut menuliskan rasa harunya itu ke dalam buku harian dan disebar luaskan di internet, “Buku Harian Sang Pramugari” ini dengan cepat telah membuat puluhan ribu Netter terharu…


Saya adalah seorang pramugari biasa dari Eastern Airlines, kerana masa kerja saya belum lama, jadi belum menjumpai masalah besar yang tidak boleh dilupakan, setiap hari terlewati dengan hal-hal kecil yaitu menuangkan air dan menyediakan teh. Tidak ada kegairahan dalam bekerja, sangatlah hambar. Tapi hari ini, tanggal 7 Jun, saya telah menjumpai suatu kejadian yang merubah pemikiran saya terhadap pekerjaan dan pandangan hidup.

Hari ini kami melakukan penerbangan dari Shanghai ke Beijing, penumpang saat itu sangat banyak, satu unit pesawat terisi penuh. Di antara rombongan orang yang naik pesawat ada seorang pak tua dari desa yang tidak menarik perhatian, dia membawa satu karung guni besar di punggungnya, dengan membawa aroma tanah yang khas dari pedesaan.

Saat itu saya sedang berada di depan pintu pesawat untuk menyambut para tamu, fikiran pertama yang menghampiri saya saat itu adalah masyarakat sekarang ini sudah sangat makmur, bahkan seorang pak tua dari desa pun memiliki wang untuk naik pesawat, sungguh lumayan.

Ketika pesawat sudah mulai terbang , kami mulai menuangkan air, hingga tiba di baris kerusi ke 20-an, terlihat pak tua tersebut, dia duduk dengan sangat hati-hati, tegak tidak bergerak sama sekali, karung guninya juga tidak diletakkan di tempat bagasi bawaan, tingkah si pak tua itu menggendong karung guni besar sekilas seperti rak penyangga bola dunia (globe), tegak seperti patung.

Thursday, May 3, 2012


KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KILAT BUKAN URUSAN KAMU DATUK BANDAR?


SIAPA NAK TANGGUNG KERUGIAN INI? (GAMBAR DARI KL POS)
Ya betul. KL sentiasa dilanda banjir kilat apabila hujan lebat. Tetapi sudah beberapa minggu lembah Kelang dilanda panas terik, sesuai dengan berakhirnya musim tengkujuh dan bermula musim panas di negara tropika.

Tiba-tiba seluruh Lembah Kelang dilanda hujan lebat dan beberapa kawasan dilanda banjir. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata, banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter. Sehingga pagi ini tiada laporan terperinci tentang banjir ini dan gambar dari akhbar pencacai dalam edisi online mereka. Cuma petikan dari BERNAMA sahaja.

Datuk bandar Kuala Lumpur, ketua pencacai ibukota, bukankah kerja jaga saliran di Kuala Lumpur ini kerja kamu? Dalam DBKL ada bahagian yang bernama Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran yang diketuai oleh seorang pegawai JUSA C. Ada beratus-ratus orang pekerja di bawahnya. Jadi Datuk Bandar tak boleh sorok kepala dalam lumpur, urusan banjir di KL adalah urusan kamu. Tapi disebabkan kamu sibuk jadi pencacai untuk merosakkan dan menganiaya usaha rakyat Malaysia mendapatkan sistem pilihanraya yang bersih, kamu lupa tanggungjawab hakiki kamu.

Ingat! Dalam Surah Al-Mukmin, ayat 40: Allah berfirman:

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia akan dibalas sebanding dengan kejahatan itu.

Allah sudah bayar ansuran cash kepada kamu. Ini hanya sebahagian kecil sahaja. Tidakkah kamu berasa malu kerana ketidakcekapan kamu?


http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/05/kuala-lumpur-dilanda-banjir-kilat-bukan.html

Wednesday, May 2, 2012


Letak CCTV dalam toilet, umno kantoi bodoh

Umno ni, banyak kali dah pesan, kalau betul-betul anak jantan yang ada keris mari lah bertarung dalam gelanggang sama rata, bukan dalam padang senget sebelah, ini tidak, pilihanraya negara ni tak pernah adil, mana kan tidak, pengerusi SPR dan timbalannya pon orang umno, dah sah lah berat sebelah. 

Umno sekarang dah macam pondan, bertarung tak pernah beri fakta, merapu meraban tak habis-habis burukkan pemimpin pakatan, tak kira la di Tv ke, di surat khabar ke, pernah tak najib dikritik teruk, terutama kes pembunuhan altantuya yang ada kaitan dengan kapal selam tak boleh menyelam tu?. ada tak?

Yang ada cumalah, Anwar ini ejen yahudi, ejen komunis, Anwar ini liwat saiful, anwar dan China Doll, kisah Anwar dijemput negara luar untuk ucaptama tak mahu pulak siar, yang dok siar ceritakonon rakyat sayang najib, padahal semua tahu berapa banyak duit ditabur sana sini. tak payah la jadi wartawan yang bodoh dengan membodek PM yang bakal disingkirkan tu.

Media pro umno yang terkesan dari kegagalan taktikal dengan melapor berita berat sebelah apabila menyalahkan peserta himpunan Bersih tempoh hari dilihat cuba menmatikan kisah teruk belasahan rakyat oleh polis atas arahan "tangan Ghaib", hari ini mereka terpaksa memuntahkan peluru lain supaya isu himpunan bersih senyap.

Azmin Ali hari ini jadi mangsa pula, tak cukup sebelum ini Azmin ali difitnah kejam, media pencacai umno cuba membunuh watak politik Azmin Ali, dan paling malang bila utusan memaparkan sebesar-besar gambar yang mereka cuba kaitkan sebagai Azmin Ali di utusan meloya , yang rata-rata tahu itu akbar umno ( cuma org umno kampung saja tidak tahu )

Apa motif semua ini, Akhbar sudah jadi akhbar lucah, siapa lagi selepas ini pemimpin pembangkang yang akan diburuk-burukkan oleh utusan, kala umno sudah kehabisan modal, mereka mengubah hala dengan menuduh pemimpin pembangkang macam-macam.

Seolah-olah kita sudah lupa taktik yang mereka guna bila mereka menghasilkan video yang kononnya Anwar, kini cara serupa mereka lakukan pada Azmin.

Dan paling lawaknya, 
mereka terlupakah, hanya orang gila letak CCTV dalam TANDAS...

Buat umno, kalau terdesak mahu menipu dan kalau menipu itu cara untuk terus berkuasa sampai lupa dosa pahala, biarlah bijak, jangan sampai kene gelak.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails