Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, May 29, 2011

DOK PADE LAWE !!!

Barcelona julang Liga Juara buat kali ke-4 .....kena sampuk oleh penonton istimewa kat Putrajaya .. MU tersungkur...!!!!

Bintang Barcelona Lionel Messi (kanan) dan Javier Mascherano bersama piala Liga Juara selepas menundukkan Manchester United di Stadium Wembley, London. — Foto Reuters
LONDON, 29 Mei — Barcelona yang gemilang, dengan inspirasi bintang mereka Lionel Messi, mempamerkan aksi menakjubkan untuk menundukkan gergasi England Manchester United (MU) 3-1 bagi menjuarai Liga Juara dan menjulang piala Eropah itu buat kali keempat (awal pagi tadi, waktu Malaysia).
Gol disumbat yang oleh Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan David Villa menggambarkan penguasaan pasukan Sepanyol itu terhadap MU, yang baru-baru ini dimahkotakan Liga Perdana Inggeris buat musim ke-19.

Pasukan itu turut mengatasi MU pada pertemuan akhir dua tahun lalu di Itali.
Meskipun Wayne Rooney dapat menjaringkan gol persamaan di separuh masa pertama tetapi gagal menghalang Barca daripada memperoleh kemenangan ketiga piala Eropah itu dalam enam tahun.
“Mereka yang menonton boleh melihat bahawa kami bukan sahaja menang tetapi menunjukkan permainan sungguh cemerlang,” kata jurulatih Barcelona Pep Guardiola.
“Kami sangat gembira tetapi untuk menang satu Liga Juara memaksa kami memperlihatkan usaha mendalam,” katanya.
Pengurus MU Alex Ferguson pula berkata: “Kami ditewaskan oleh pasukan hebat tetapi saya (sebenarnya) telah mengharapkan untuk melakukan usaha yang lebih baik.”
“Tetapi pada akhirnya kami perlu mengakui bahawa kami ditewaskan oleh sebuah pasukan hebat. Saya merasakan ia adalah pasukan terbaik kami pernah hadapi,” katanya lagi.
Permulaan perlawanan kelihatan berulangnya pertemuan 2009 di mana MU merampas setiap gerakan tetapi akhirnya seperti di Rom juga, Barcelona akhirnya menguasai gelanggang.
Rodriguez menjaringkan gol pertama Barcelona pada minit ke-27 sebelum disamakan oleh Rooney tujuh minit kemudian.
Dua gol kemenangan Barcelona disumbangkan oleh Messi dan Villa pada minit ke-54 dan ke-69. — Reuters

Monday, May 23, 2011

Sejarah Kelate dan Bari Ore Tua




Sebagaimana kita maklum bahawa tok nenek kita dulu2 ni kebanyakannya buta huruf, kalau ada yg jenis buleh bbaca dan menulis ni hanya sikit sangat mugo sekolah pun tak banyok supo lo ni.

Jadinya bagi mereka2 ini kalau nak menceritakan sesuatu mereka akan mengenang sesuatu peristiwa yg pernah berlaku di zaman mereka. Sebagai contoh, orang tua2 kita zaman dulu ni kebanyakkannya takdok surat beranak ni, . Bila kerajaan nk buat pendaftaran utk nak buat kad pengenalan maka di situlah telah menjadi masaalah kerana masing2 tidak tahu tahun berapa mereka di lahirkan.

Maka dengan mengingati beberapa peristiwa inilah akan dapat di jadikan sebagai kayu ukur utk mengandaikan berapakah sudah umur si anu itu. Umpamanya dalam sesi perbualan antara orang tua2 dulu mengenai umur ini mereka sering berbual:

T : Masa bah air merah  tu demo besar mano doh?

J : Kawe tak masok jawi lagi....demo besar mano?

T : Aeh...gemuloh mok ni royak kawe dok dale 40 lagi..

J : Hooh kalu ggitu demo ni mudo pado kawe banyok bena  lagi..

Berpandu kpd detik peristiwa sprt ini-lah orang tua dulu dapat mengetahui berapa umur masing2. Kalu perbualan itu berlaku pada tahu 2008 dan bah air merah pula berlaku pada 1926,  maka umur si T sekarang lebih kurang 94 tahun kerana budak zaman dulu masuk jawi umur antara 12-15 tahun, kadang2 dah tumbuh bulu pahat baru masuk jawi...bkn macam sekarang. Umur si J pula ialah 72 tahun kerana tahun 1926 itu umurnya lebihkurang sebulan.

1849-Gajah Mengamuk.
Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari se ekor gajah yang mengamok.
Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh
Datok Kaya Pahlawan Kadok.

1880-Angin Besar.
Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua kelantan
sebagai "angin besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu
13hb nov hingga waktu subuh hari ahad. Mengikut bari orang tua2 sebelum itu tak ada lagi
angin yang begitu dahsyat.

Monday, May 9, 2011

Santai di Tasik Malaya

Janda Baik - Teratak Malaya  

Tangga turun ke kawasan Teratak Malaya.
Janda kalau baik memang disukai ramai, terutamanya para duda. Begitu juga Janda Baik, sebuah perkampungan yang terletak di sempadan antara Selangor dan Pahang, merupakan salah satu destinasi yang disukai ramai.

Bagi penduduk KL atau Selangor yang rindukan suasana kampung yang damai, Janda Baik merupakan salah satu destinasi yang paling dekat untuk dilawati.


Sungai merentangi kawasan penginapan amat sesuai untuk
mandian anak-anak.
Banyak orang-orang kenamaan yang telah membeli tanah-tanah di sekitar Kampung Janda Baik bagi dijadikan istana singgahan mereka. Mereka membina mahligai yang cukup hebat yang kalau dicongak bernilai jutaan ringgit, murah rezki mereka!.

Minggu lepas saya membawa keluarga keluar kembara hujung minggu sempena cuti hari buruh. Kami hanya keluar pada hari Ahad pagi dan membuat persediaan ringkas untuk bermalam di sana, Itupun jika masih ada tempat penginapan kosong yang murah untuk disewa.

Salah satu dari chalet yang dapat dilihat di sebelah kiri
ketika menuruni tangga.
Seperti yang dijangka banyak juga orang di sana, tapi masih banyak penginapan yang kosong. Bergantung kepada bajet yang kita ada, masih ada banyak pilihan.

Pusing punya pusing, akhirnya membawa saya kepada sebuah resort yang baru dibuka dan masih tidak ramai yang mengetahuinya. Resort tersebut bernama Teratak Malaya.

Teratak Malaya terletak betul-betul di tengah kampung di kelilingi oleh rumah orang kampung, jadi rasa macam duduk kat kampung dan taklah bertpa sunyi dan takut sangat.

Teratak yang kami sewa berada di bahagian atas.  Di Bahagian
bawah adalah tandas umum.
Sungai mengalir merentangi Teratak Malaya yang terletak dalam kawasan tanah rendah di lembah kampung tersebut. Beberapa buah chalet dibina dengan menggunakan kayu berkonsepkan rumah kampung. Kemudahan chalet sederhana, bilik airnya baik dan cantik dan yang paling penting sekali harganya berpatutan.

Kami sekeluarga mengambil rumah bertiang dengan hanya membayar RM100 untuk dua hari satu malam. Lihat beberapa koleksi gambar yang sempat dirakamkan di Teratak Malaya, Janda Baik.

Suasana di kawasan Teratak Malaya
Setelah memasuki rolong di celah rumah
orang kampung, kita akan sampai di sini
yang merupakan kawasan letak kereta
sebelum turun tangga ke Teratak Malaya
Dewan serbaguna
Pemandangan kawasan kampung di sebelah kawasan Teratak Malaya
Saya sempat meyelamatkan diri dari sekawan kerbau liar yang sudah mula
mahu menyerang ketika saya merayau seorang diri sepanjang sungai.
Salah satu lorong di Teratak Malaya
Semua chalet punyai siling sebegini.
Kerusi bersantai di depan kolam
Tangga naik ke atas chalet, kemas dan kukuh
Titi menghubungkan chalet ke bilik air
Bunga Teratai
Ladybird

Monday, May 2, 2011

PM China Wen Jiabao beberapakali baca Al Quran

 


Perdana Menteri ChinaWen Jiabao, berucap di Universiti Al Azhar Jakarta pada 29/4 lalu dan menceritakan yg dia pernah membaca al Quran beberapakali. Tambahnya, Al Quran mengajarkan perdamaian dan harmoni antara umat manusia.

Beliau berucap dalam bahasa Mandarin dan dialihbahasakan ke bahasa Melayau Indonesia.

Beliau berucap dan menyatakan di negaranya China, penduduk yg beragama Islam lebihkurang 20 juta orang, serta apabila beliau datang ke Indonesia yg rakyat Islam nya terbesar sehingga hampir 200 juta itu membuatkan nya tidak merasa begitu asing.

Di klesempatan itu Wen Jiabao mengharapkan Setiap negara harus saling menghormati tak kira bangsa dan agama, sebagaimana kehendak Al Quran katanya.

"Jika ada kesempatan lagi saya ingin tinggal lebih lama di sini," tambahnya. Sambil mengakhiri ucapan beliau mengundang para pemuda untuk datang ke Negara China. "Untuk mengenal China bukan perkara mudah. Kalau mau belajar budaya nya, harus pakai hati, otak dan kaki," ujar Wen sambil tersenyum. – viva/men’cahaya

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails