Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Showing posts with label Jam Mekah. Show all posts
Showing posts with label Jam Mekah. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Kebakaran Berlaku di Jam Raksasa Mekah



Jam Raksasa di Dekat Kabah Alami Kebakaran

Jam Raksasa
MAKKAH - Sebuah kebakaran besar terjadi di salah satu menara gedung King Abdul Aziz Endowment - rumah menara jam tertinggi di Makkah pada hari Selasa. Kebakaran itu telah menyebabkan panik jamaah umrah di Masjidilharam yang tengah thawaf dan sai.

Kebakaran mengakibatkan pemadaman elektrik di sekitar Masjidil Haram selama lebih dari satu jam, seorang sumber mengatakan kepada Arab News. Tidak ada laporan kematian atau cedera dalam insiden itu.

Petugas pemadam kebakaran bergegas ke lokasi dan warga dibantu dari bangunan dengan bantuan anggota masyarakat. Pertahanan Awam juga memotong sambungan elektrik ke menara sebagai sebahagian dari upaya untuk mencegah merebaknya api.
Saksi mata mengatakan mereka melihat  asap tebal mengepul keluar dari gedung.

Menurut laporan awal, api mulai di ruang generator. Namunelektrik kembali menyala setelah api dipadamkan.

Leftnan Kolonel Ali Al-Muntashri, jurucakap Pertahanan Awam, mengatakan pihaknya mengirim pasukan penyelamat 15 dan 10 pasukan bantuan pertama ke lokasi kebakaran. Namun tak ditemukan korban luka atau cedera serius lain.

Penyelidikan telah diluncurkan untuk memastikan penyebab kebakaran, katanya. Perusahaan elektrik Saudi juga mengirimkan lima pasukan untuk mengatasi masalah itu.

Thursday, December 23, 2010

Menara Jam Mekah Pelengkap Tanda Kiamat Menurut Hadis?

Menara Jam Mekah Pelengkap Tanda Kiamat Menurut Hadis?



http://www.broq.org/vb/imgcache/7368.imgcache.jpg
Jam di Mekah adalah pelengkap kepada 10 jam didunia terbesar sehingga menyempurnakan maksud hadis  ” Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ” lihatlah bagaimana pentadbiran Allah SWT dalam menyempurnakan maksud hadis Rasulullah SAW seperti dalam video dibawah- (http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/11/26/jam-mekah-adalah-jam-ke-10-terbesar-di-dunia-sebagai-kiamat/)

Oleh: ustnik
menara besar Mekah Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails