Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Showing posts with label WC2010. Show all posts
Showing posts with label WC2010. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Sotong Jerman pilih Sepanyol


SOtong kurita yang diberi nama Paul memilih bekas makanan yang diletakkan pada bendera Sepanyol, di akuarium Sea Life Tanha Munzig, Berlin, semalam.

BERLIN - Sotong kurita yang meramalkan semua perlawanan melibatkan Jerman pada Piala Dunia 2010 dengan tepat, semalam memilih Sepanyol akan memenangi perlawanan separuh akhir menentang Jerman, Khamis ini.
Sotong bernama Paul, yang berusia dua tahun dan berasal dari England, bertukar menjadi selebriti selepas membuat tekaan seratus peratus tepat dalam semua lima perlawanan melibatkan Jerman, termasuk saingan suku akhir menentang Argentina, yang menyaksikan mereka menang besar 4-0.
Lebih menarik, sotong yang kini ditempatkan di sebuah akuarium di Jerman meramalkan Serbia akan mengalahkan Jerman pada saingan Kumpulan D dan pasukan itu benar-benar kalah 0-1.

Sunday, July 4, 2010

WC2010: Germany 4- 0 Argentina

Bye Bye Maradona

Banner membawa maksud 'Bye Maradona', baik
sungguh penyokong Jerman menunjukkan jalan
keluar yang memilukan buat Maradona...

Argentina bermula dengan cemerlang, maklumla team
dunia yang terbilang, banyak bintang bintang, dipimpin
pulak bekas pemain yang gemilang. Tapi anak buah
Hitler memang ada kelaih, depa hentam 4 - 0 tak berbalaih,
macam tak dak kasihan belaih.

Memalukan, Maradona bertengkar sakan ngan
penyokong Jerman selepas perlawanan berakhir...

Maradona mula dengan gagah, mulut celupar tak mau kalah,
tapi berakhir dengan malu alah, dik kerana teruk dibelasah.

Tahniah Jerman kerana ajaq dunia kena guna akai bila beraksi...

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails