Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Perihal Faisal Tehrani....- suatu perbincangan ilmiah

Perihal Faisal Tehrani....


 
Oleh Ustaz Mohd Aizam Masod( Penyelidik JAKIM)

Nampaknya penangkapan Syiah di Gombak baru-baru ini menyebabkan saudara Faisal Tehrani (FT) benar-benar kepanasan. Tulisan-tulisan beliau dalam blognya semakin merapu-rapu sehingga entri terbaru meminta supaya ASWJ mengkafirkan sahaja penganut Syiah di Malaysia. Kalau begitu bermakna, FT sendiri yang kafirkan Syiah. Tiada ulama ASWJ yang kafirkan Syiah secara mutlaq begitu. Hatta kerajaan Arab Saudi yang terkenal dengan fahaman keras mereka terhadap Syiah masih membenarkan penganut Syiah mengunjungi Kota Makkah dan Madinah untuk tujuan haji dan ziarah. Bermakna mereka masih menganggap Syiah itu muslim bukan KAFIR SEPERTI FATWA FAISAL TEHRANI.
Sebenarnya, penulis mendapat banyak pertanyaan berkenaan FT. Adakah FT seorang Syiah atau bagaimana? Untuk makluman para blogger dan seluruh penganut Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) di Malaysia, mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 telah memutuskan bahawa sememangnya terdapat unsur-unsur Syiah di dalam tulisan-tulisan FT.

Oleh itu, penulis ingin menegaskan supaya para blogger hendaklah berhati-hati jika membaca tulisan-tulisan karangan FT termasuk blognya. Sebagai contoh, dalam entri bersempena dengan sambutan Asyura dan Karbala, FT telah menulis di dalam blognya dengan menggunakan dalil-dalil dari kitab ASWJ kononnya amalan meratap sambil memukul muka dan dada terhadap kesyahidan Sayyidina Husain seperti yang dilakukan oleh puak Syiah adalah termasuk dalam ‘tradisi ASWJ.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails