Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Showing posts with label Lee Kuan Yew. Show all posts
Showing posts with label Lee Kuan Yew. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Pemikiran Lee Kuan Yew Telah Luput Tarikh

 

1.  Saat dunia dan seluruh tokohnya bersidang serata dunia mencari formula penyelesaian terhadap konflik yang mencetus huru hara kepada dunia serta penghuninya, saya sangat kesal dengan sikap Lee Kuan Yew yang telah menyemarakkan lagi semangat dendam kesumat dan permusuhan yang tebal terhadap Islam dan ummatnya dengan prasangka - prasangka negatif tanpa berasaskan maklumat tepat mengenai Islam yang sebenar.

2. Buku terbarunya Hard Truths to Keep Singapore Going menampilkan pemikiran Lee Kuan Yew yang telah luput tarikh dan zaman apabila beliau mengaitkan Islam sebagai halangan kepada untuk mewujudkan integrasi kaum dan pembangunan di negaranya.

3. Saya melihat zaman kegemilangan Lee Kuan Yew telah berakhir apabila beliau selaku tokoh negarawan besar Asia bahkan dunia telah mula berfikir seperti pejuang militan yang rasis dan mengalami penyakit Islamophobia yang parah . Biarpun beliau begitu lama hidup dekat dengan komuniti ummat Islam, ternyata beliau masih gagal melihat secara positif bagaimana Islam dan ummatnya menjalani kehidupan dan menyertai politik mahupun ekonomi.

4. Tokoh sebijak Lee Kuan Yew sepatutnya tidak tergesa - gesa membuat kesimpulan mengenai Islam yang mungkin dilihat melalui kacamata yang salah dan serong tanpa terlebih dahulu merujuk kepada tokoh - tokoh ulama' Islam sebagai pihak yang berauthoriti untuk menjelaskan kedudukan Islam dan ummatnya secara tepat dan benar.

5. Lee Kuan Yew selayaknya menyedari bahawa penghalang sebenar kepada keharmonian kaum sehingga mencetus sentimen perkauman yang melampau malah mendorong berlakunya jenayah adalah hasil dari penolakan agama Islam atau salah faham yang serius terhadap agama Islam.

6. Justeru Islam adalah agama yang sangat toleransi kaum dan menghubungkan silaturrahim. Definisi mudah mengenai ajaran Islam ini boleh difahami dari kenyataan Duta Besar Islam ke Habsyah Saiyyidina Jaafar bin Abi Talib dihadapan Raja Najasyi :

Wahai Raja, kami dahulunya orang - orang Jahiliyyah. Kami menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan kekejian [ zina ], memutuskan ikatan kekeluargaan, jahat terhadap jiran dan orang yang kuat dari kalangan kami akan menindas orang yang lemah. kami terus dalam keadaan begitu, sehingga lah Allah membangkitkan kepada kami Rasul dari kalangan kami. Kami kenal titisan keluarganya, sifat benarnya, amanahnya dan bersihnya dari melakukan dosa.

Lalu ia mengajak kami kepada Allah, supaya mengEsakanNya dan menyembahNya, meninggalkan apa yang disembah oleh kami dan nenek moyang kami sebelum ini akan patung - patung dan berhala.

Ia menyuruh kami bercakap benar, menunaikan amanah, menghubungkan tali kekeluargaan, berbaik dengan jiran, meninggalkan perkara yang haram, dan meninggalkan pertumpahan darah. Ia melarang kami dari kekejian [zina], bercakap bohong, memakan harta anak yatim dan menuduh perempuan yang bersih dengan tuduhan zina.

Ia menyuruh kami menyembah Allah Tuhan yang Maha Esa dengan tidak mempersekutukanNya dengan suatu yang lain. Ia menyuruh kami mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan berpuasa .......

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails