Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Monday, December 17, 2012


PENAWAR TERKENA DURI KELAPA SAWIT

 

Assalamualaikum guys... Ada ke antara hidup korang yang pernah bermain dan makan buah biji kelapa sawit? Aku masa kecik2 dulu bila bab balik balik kampung jer mesti ikut atok ke ladang kelapa sawit. Seronok sebenarnya pergi kebun nih. Tolong tabur baja sawit, ambik daun kelapa sawit buat penyapu dan paling best sekali siap tolong jaga lembu2 atok lagi. Hik3...

Tapi paling menakutkan semasa tengah syok ambil daun sawit, wak ular senduk bergayut jatuh.. Apa lagi meloncat lari... Nasib tak dikejarnya coz atok sempat baling pelepah sawit. hik3... Tapi paling bestnya atok mesti bawak balik buah peroi kelapa sawit kemudian di masak dengan gula. Perghhhhh... rasanya lemak2 manis.. Sodap + manis tapi tak boleh selalu. Manyak lomak woooo. hik3

Aku masih ingat lagi masa itu atok tengah membaja pokok sawit. Tiba2 kaki beliau terpijak duri pelepah sawit. Perghhhhh... memang sakit giler. Terjerit jugak suara dia tapi still maintain cool. Dengan terjingkit2 dia duduk sebelah aku dan mengambil 2 biji kelapa sawit yang dah peroi. Meh kita tengok atok buat macam mana..

Kredit gambar untuk gratisiklan
Terkena duri kelapa sawit
  • Ambil buah kelapa sawit. Pecahkan atau tumbuk sedikit hancur. Ambil minyaknya
  • Atau bakar buah kelapa sawit hingga keluar minyak 
  • Selawat dan baca Al Fatihah sekali
  • Terus sapu dengan sabutnya
  • Jgn sekali2 ambil minyak kelapa mengguna dgn jari.. InsyaAllah luka itu akan sembuh dengan izin-Nya...
Nota
Kebanyakkan penawar bisa duri atau bisa binatang ini semuanya ada penawar pada benda itu sendiri. Sebab itu orang tua dulu2 tak risau kalau terkena sengatan atau gigitan atau bisa duri coz mereka tahu macam mana nak merawatnya..

P.S. Abah aku pun pernah terkena beberapa kali. Ubatnya hanyalah minyak buah kelapa sawit itu sendiri.. Namun harus di amalkan bersama2 selawat dan surah Al Fatihah.... Selamat mencuba.

kredit: http://kongsibersamanora.blogspot.com/2011/10/penawar-terkena-duri-kelapa-sawit.html

Monday, December 10, 2012

8 Makanan Utama Untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

1. Susu Skim
- Putih susu ibarat kalsium yang membentuk tulang, susu berskim sememangnya mengandungi gabungan kalsium dan vitamin D (juga terdapat dalam sinaran cahaya matahari di awal pagi) – dua nutrien penting yang bekerja erat membantu menurunkan tekanan darah sebanyak 3-10%! Tidak cukup dengan itu, ia juga merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 15%. Susu skim – bukan sekadar susu atau skim biasa!




2. Bayam
- Berdaun hijau menyerlah, bayam bukan sahaja mempunyai kandungan kalori yang rendah, malahan kaya dengan fiber dan nutrien-nutrien seperti potasium, magnesium dan folat – kunci untuk merendah dan menstabilkan tekanan darah.

Cubalah untuk menambah bayam ke dalam salad atau sandwich dalam hari-hari anda! Pasti anda tidak akan mengalami kekecewaan!


3. Kuaci
- Kuaci ataupun biji bunga matahari selalunya dikunyah sebagai makanan ringan. Tapi tahukah anda? Kuaci adalah antara sumber magnesium yang utama. 1/4 cawan kuaci menjadikannya makanan ringan yang berkhasiat!

Pastikan anda tidak membeli kuaci yang bergaram kerana garam mengandungi sodium yang tinggi, yang perlu dielakkan. Rajin-rajinkan diri mengunyah kuaci mulai sekarang!

4. Kekacang
- Penuh nutrisi dan versatil! Kekacang sama ada hitam, putih, merah atau hijau, masing-masing mengandungi fiber, magnesium dan potasium – bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh! Tambahkan kekacang ke dalam salad atau sup anda.

P/s: Ianya menjimatkan!

5. Ubi Kentang
- Ubi kentang juga kaya dengan magnesium dan potasium – nutrien vital untuk jantung. Jika badan kekurangan potasium, sodium yang tersimpan akan bertambah (terlalu banyak sodium akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah). Sebaliknya, diet yang kaya dengan potasium akan membantu mengeluarkan sodium yang tidak diperlukan dari badan! Manakala bagi melancarkan aliran darah, rahsianya adalah dengan magnesium!

6. Pisang
- Ramai yang tidak tahu pisang sebenarnya mengandungi kandungan potasium yang hebat. Pilihan terbaik untuk sebagai pelengkap hidangan anda!

Mulakan hari anda dengan gulungan pisang keju atau pisang salai di waktu minum petang, anda pasti kekal bertenaga. Pisang sejuk beku – Nyum!



7. Kacang Soya
- Satu lagi sumber potasium dan magnesium yang utama adalah kacang soya. Bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung, malahan juga untuk kulit yang kekal berseri!

Amalkan pengambilan susu soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Kacang soya – hasil yang terbaik dari ladang!



8. Coklat Gelap
- Hooray untuk coklat gelap! Hanya 30 kalori sehari (satu petak kecil) selama 18 minggu mampu menghasilkan penurunan tekanan darah, menurut Journal of the American Medical Association (JAMA). Pilihlah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% serbuk koko.

Tapi awas, jangan berlebih-lebihan, kerana coklat juga tinggi kalorinya.

Terjemahan: psipum.org
Sumber Asal: JoyBauer.com – Food Cures 

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails