Percayakah anda? Besut dulunya kawasan penempatan orang Pangan!!!
Besut terletak di bahagian utara negeri Terengganu. Menurut cerita orang-orang tua, Besut pada asalnya didiami dan diperintah oleh orang asli dari suku Pangan, yang mempunyai seorang ketua bernama Besut.
Namun, keadaan berubah dengan kedatangan sekumpulan orang Melayu yang diketuai oleh seseorang yang bernama Che Latif. Che Latif berasal dari Sumatera. Ada yang berpendapat bahawa mereka berasal dari Pattani dan Kelantan dan ada pula yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Champa dan Kemboja. Walau bagaimanapun, penduduk Besut pada hari ini bertutur dalam dialek Melayu Kelantan.
Setelah berunding, Besut bersetuju untuk menyerahkan kawasan pemerintahannya kepada Che Latif dengan bayaran 1 gantang mata kail. Besut dan pengikutnya kemudian berpindah ke sebuah kawasan yang berdekatan dengan Lubuk Bida. Cik Latiff kemudiannya menamakan tempat ini sebagai Besut, sempena nama ketua suku Pangan tersebut.
- sumber: Perpustkaan Negara Malaysia
No comments:
Post a Comment