Jika rakyat buta dan jahil tentang bagaimana kemerdekaan negara diperjuang dan dicapai maka apakah makna merayakannya…! Perayaan yang saban tahun diselubungi propaganda politik UMNO. UMNO telah menulis sejarah merepeknya untuk diwarisi oleh generasi muda seperti seorang gadis yang disolek sesuka hati hingga kita tidak mengenal wajahnya yang sebenar…! Akibatnya generasi muda langsung tidak memahami sejarah bangsanya sendiri.
Sejak dari dulu pemimpin-pemimpin UMNO memang sangat cekap dalam mencuri.Mulanya mereka mencuri jasa dan usaha PUTERA-AMCJA yang terdiri darigabungan tenaga progresif yang telah diterima oleh rakyat Malaya mendesak merdeka dari British. Golongan progresif ini diburu hingga ke hutan hanya kerana semboyan “MERDEKA“nya.
Dari sinilah orang tua-tua Melayu telah mencipta satu peribahasa “ Lembu punya susu sapi dapat nama” dan “Senohong gelama ikan duri, bercakap berbohong lama-lama mencuri”. Bermula dengan menipu tentang fakta sejarah hinggalah kini -Gagasan 1 Malaysia pula. Segala dasarnya tersirat dengan pelbagai tipu helahserampang dua mata yang curang. Mereka nampak menentang rasuah tetapi dalam masa yang sama menggunakan rasuah sebagai umpan untuk black mail dan jerat kepada sesiapa saja yang ingkar untuk melaksanakan arahan menteri dan menteri perdana. Fail rasuah akan dipegang oleh menteri perdana. Arahan siasatan akan diarahkan kepada SPRM jika pegawai ini enggan menurut arahan curangnya.Menjadikan rasuah sebagai budaya dan dasar serampang dua mata “ 1 untuk engkau… 1000 untuk aku”.
Bagi UMNO, mereka percaya hayat parti ini semakin singkat. Parti kolot ini tidak lagi diterima oleh majoriti generasi muda Melayu. Generasi muda yang jahil dan buta sejarah ini tidak dapat memahami sejarah merepek yang ditulis oleh UMNO. Kerana sejarah merepek inilah guru-guru sejarah tidak dapat memberi jawapan terhadap pertanyaan yang ditimbulkan oleh pelajar-pelajar mereka. Akibatnya rakyat menjadi buta dan jahil tentang sejarah bangsa sendiri. Yang mereka lihat selama 53 tahun ialah pesta bercanda pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah dan membaham harta negara yang kaya.
UMNO bukan sahaja berjaya membangunkan negara yang penuh dengan pondok toll di lebuhraya malah toll yang tidak berpondok iaitu rasuah ( Corruption exacts a huge toll on our economy – Razaleigh.com). Setiap ringgit wang rasuah adalah kos tambahan yang perlu dibayar oleh rakyat termasuk petani, nelayan dan buruh kasar . Menurut Tengku Razaleigh rasuah adalah aktiviti mencuri public fund.
“ Corruption is a form of theft. But it is a form of theft that also damages what is not stolen. This is because corruption involves the capture of decisions involving public funds. Corrupt decisions mis-allocate public resources and cause tremendous waste in the expenditure of public money. Public money is poured down the drain when projects are selected not because of the value they deliver to the public but because of what can be skimmed from them” - razaleigh.com
Kejayaan UMNO mewujudkan sebuah negara pencuri perlu dirayakan secara besar-besaran supaya rakyat boleh sedar dan mengubah persepsi mereka untuk PRU13.53 tahun mereka hidup dalam kemiskinan dan papa kedana kerana negara yang penuh dengan pencuri; dari curi dan ragut di jalanan, rompak dan pecah rumah. Curi harta awam seperti besi penutup longkang, besi pengadang jalan, kabel TM, TNB, tong-tong sampah keluli hingga enjin Jet, Komisen kapal selam serta projek MAS (yang mengalami kerugian tidak kurang RM 8,000,000,000 yang tidak mahu disiasat walaupun cukup dengan bukti) dan lain-lain projek yang tidak terpermanai banyaknya. Ia sudah menjadi darah daging pemimpin UMNO dan menjadi barah kepada ekonomi negara yang akan melumpuhkannya pada bila-bila masa.
Ia benar-benar parah dan serius, rendah dan tidak bermaruah. Apa yang sedang melanda UMNO – BN tidak mungkin dapat dipulihkan lagi. Seperti barah yang sedang menyerang segala organ menyelinap masuk ke sum-sum tulang. Dari Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pendidikan hinggalah Jabatan Agama Islam.Kata Tengku Razaleigh rasuah dari pucuk hingga ke akar umbi.
Salah satu contoh rasuah hingga ke akar umbi ini dapat kita lihat dari satu kes projek yang kecil bagaimana tender-tender makanan di sekolah asrama penuh yang ditawarkan setiap dua tahun sekali. Jika harga tender yang diterima ialah RM13.80 setiap pelajar/sehari toll seringgit yang pertama adalah untuk Setiausaha di Kementerian Pendidikan, seringgit lagi untuk KP dan TKP, kemudian ringgit dan kupang-kupang yang berikutnya untuk pengarah dan timbalan pengarah di peringkat negeri hinggalah ke peringkat pegawai-pegawai di jabatan pendidikan yang terdiri dari pegawai tadbir dan akhir sekali pengetua-pengetua di sekolah asrama berkenaan. Rangkaian ini telah tertulis dan agihannya direkodkan dan dipersetujui oleh kontraktor yang akan ditawarkan tender makanan sekolah ini. Yang sampai ke mulut pelajar-pelajar sekolah ialah RM6.50 sen sahaja untuk minum pagi, tengah hari dan makan malam. Jadi tidaklah mustahil kalau pelajar-pelajar ini selalu sakit perut dan selalu makan makanan busuk kerana apa yang dapat disaji daripada RM6.50 sen itu.
Orang-orang mendapat tender makanan ini ialah terdiri dari ketua-ketua Bahagian UMNO, Pemuda dan AJK UMNO Bahagian. Mereka mengira untung bagi setiap pelajar setiap hari. Kalau di sekolah itu ada 1,200 orang dan setiap orang seringgit maka sehari untungnya ialah RM1,200 dan sebulan lebih kurang RM36,000. Begitu juga toll yang diterima oleh SU, KP, TKP dan Pengarah. Untuk kumpulan ini bagisebuah sekolah asrama mereka mungkin meraih toll sebanyak RM36,000 sebulan dan mereka menguasai berpuluh-puluh buah sekolah asrama di seluruh negara.Sementara itu kontraktor-kontraktor makanan ini juga jarang bertukar. Mereka adalah orang-orang yang sama yang mengguna syarikat dan lesen yang berbeza-beza yang diguna untuk mengelirukan sedangkan perkara ini telah dimaklumkan kepada jawatankuasa yang meluluskan tender itu. Nilai harga yang akan diluluskan juga telah diketahui melalui pegawai-pegawai di kementerian pendidikan sebelum tarikh tutup tender lagi. Apa yang ditulis ini adalah daripada keluhan dari beberapa orang kawan yang menjadi kontraktor makanan yang mengeluh kerana wang yang tinggal di tangan mereka hanyalah sekitar RM6.50 untuk seorang sedang yang lainnya telah diagih-agihkan kepada pengarah dan pegawai-pegawai dalam kementerian dan jabatan-jabatan pendidikan yang terlibat dalam urusan makanan di sekolah asrama penuh. Bagi pegawai tadbir dan guru besar sekolah habuan mereka lebih kecil antara 20 sen hingga 50 sen dan pendapatan mereka sebulanantara RM 24,200 - RM60,000 bagi setiap sekolah. Tidak ada sekolah asrama penuh yang jumlahnya ratusan buah terkecuali dari skim rasuah berangkai ini.
Cara pemberian rasuah ini juga pelbagai termasuk “aktiviti main kalah” di padang golf semata-mata untuk melicinkan pembayaran rasuah ini. Menurut Ku Li :
“No domain seems safe. The humble school canteen is the domain of Umno branch chiefs. The golf course become a favoured way to pass the cash over. We can place bets for RM5000 a hole. For some reason one party keeps losing. And there are 18 holes. Money thus obtained is legal. It can be banked.
“Government servants have to face pressure from politicians who expect to be given these contracts because they need money for politics. This corruption is justified because the party’s struggle is sacred. The civil servants can either join the game or be bypassed.”- razaleigh.com.
Justeru, tidak mungkin untuk UMNO bangkit dan memulih dirinya dari penyakit ini kerana menipu dan mencuri sudah jadi darah daging. Seluruh organ parti dan kerajaan sudah hancur dan musnah termasuk jabatan agama dan SPRM.Kakitangan di jabatan agama juga sangat pintar mengisi borang bagi pihak kontraktor dan mengira untung bersih untuk kontraktor dan berapa bahagian untuk pegawai-pegawai di jabatan agama itu. Semuanya sudah siap dikira hingga ke sen yang terakhir. Inilah Jin pakai tocang yang dimaksudkan oleh P.Ramli dalam filem Pendekar Bujang Lapuknya.
Politik UMNO adalah perniagaan yang paling mahal, dan perjuangan UMNO adalah suci kerana negara, bangsa dan agama. Justeru adalah wajar rakyat membayar kos ini demi masa depan mereka dan orang Melayu yang hanya akan selamat di tangan UMNO.
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 dari Tongkat Bahaman.
credit: http://www.tongkatbahaman.com
No comments:
Post a Comment