Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Tuesday, June 28, 2011

Tujuh Perkara Ganjil Jasad Di Dalam Kubur



"Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri 
kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa 
dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan 
keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang 
aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara 
ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa 
sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.


Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. 
Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, 
aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa 
terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan
 Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan 
mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, 
bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” 
jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka 
sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. 
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat 
wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, 
wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka 
itulahgolongan yang meremehkan dan meninggalkan solat 
sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang 
pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah 
amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yangketiga 
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa 
sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku 
lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak 
daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, 
wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi
 batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia 
yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. 
Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada 
manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, 
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi 
dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan 
silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan 
pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah 
Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak 
bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan 
umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu 
siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali 
semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi 
air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu 
hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya 
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian 
halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan 
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya 
sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan 
kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah 
matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan 
kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan 
atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. 

Meninggalkan dunia dengan senyuman



credit: http://pemudacheh.blogspot.com/2011/06/tujuh-perkara-ganjil-jasad-di-dalam.html
 

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails