Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Tuesday, September 27, 2011


Para nabi dan rasul sentiasa hadapi

para penentang

Oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat
DALAM catatan sejarah ada di kalangan nabi 
yang dibunuh oleh kaumnya. Conhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwQrvsTmmmJ5dtHJLNiVx92V8qYBDIn38UNxfjK0qzsx1hH-W0B0Cw-Pkd_FCvyISSp1KU5-468Adkb54Hk2PWYZUl0gUyW6Xt9IoxGZxJgcfSxxnxGn1Jb6-9-SRpvjbCkM7msZDx5X0/s1600/tuan_guru_haji_nik_abdul_aziz_bin_nik_mat.jpgtohnya 
Nabi Yahya dan Nabi Zakaria a.s. 
dibunuh dengan kejam oleh kaumnya, iaitu 
dengan menanam hingga ke paras pinggang 
lalu digergaji hingga terbelah dua.
Dibunuh kerana nabi berkenaan 
mempertahankan kebenaran, ajaran berdasarkan tauhid Allah SWT 
hingga ke akhir hayatnya.
Ketegasan pendiriannya amat jelas jika putih tetap dikata putih 
tanpa dolak dalih. Meskipun nabi berkenaan menemui ajalnya 
tetapi akhirnya ajaran mereka diterima juga oleh sebahagian manusia.
Sebagaimana kesah Firaun yang kejam hingga kanak-kanak 
tidak berdosa dibunuh untuk menyekat berita, dikhabarkan 
oleh para nujumnya yang mengatakan bakal muncul seorang 
yang akan menentangnya.
Namun Firaun gagal menyekat kemunculan orang yang dibimbangi, 
akhirnya dengan takdir Allah SWT orang yang ditakuti 
kemuculannya itu dibesarkan dalam istananya sendiri.
Oleh sebab usaha Nabi Musa berdakwah dan mengajar tidak 
kenal jemu dan putus asa, walaupun Firaun dan menteri-menterinya 
melawan tetapi dalam senyap isteri Firaun turut menganuti 
ajaran Musa a.s.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata; hai Musa, sesungguhya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu.” (Surah Al-Qashas ayat 20)
Lelaki yang datang memberitahu Nabi Musa a.s. semestinya orang yang beriman dengan Nabi Musa, menunjukkan selain dari isteri Firaun terdapat juga lelaki yang beriman dengan ajarannya.
Walaupun Musa ditentang dan dihalang, tetapi kesudahan ajarannya diterima juga oleh segolongan manusia.
Nabi Musa a.s. bukan saja berjaya dalam dakwah senyapnya, hingga ramai di kalangan rakyat jadi pengikut Musa beriman kepadanya. Malah berjaya membawa pengikutnya menyelamatkan diri daripada ancaman maut Firaun dan tenteranya.
Dengan pertolongan Allah SWT maka lautan yang jadi halangan, terbelah menjadi lebuh raya selamat untuk Musa a.s. dan pengikutnya.
Sebaliknya ia jadi perangkap maut kepada Firaun dan tenteranya.
Demikianlah kisah sejarah nabi-nabi yang terdapat dalam al-Quran.
Adapun sejarah orang-orang jahat, terdiri para penentang mendustakan nabi-nabi dan para rasul a.s. wassalam teredapat dalam al-Quran.
Antaranya ialah bangsa ‘Aad dan Tsamud, yang kini pupus generasi keturunannya dilenyapkan oleh Allah SWT daripada muka bumi ini.
Bangsa yang pada zamannya bertamadun tinggi, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT bermaksud: “Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Aad?” “Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan bangunan yang tinggi,” “yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain,” “dan kaum Tsamud yang memotong batu besar di lembah, dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak).” (Surah Al-Fajar ayat 6 hingga 10)
Bangsa-bangsa yang gagah perkasa dan bertamadun tinggi pun boleh dilenyapkan, baka generasinya pupus daripada muka dunia ini.
Insan daripada kalangan bangsa yang miskin dan lemah takkan Allah SWT tidak boleh melenyapkan juga sekiranya terdiri daripada penentang nabi dan rasul a.s. wassalam.
Dengan demikian akan rasa gerun dan gentar untuk mengingkari, apatah lagi mencabar Allah SWT dan utusan- Nya seperti kaum ‘Aad dan Tsamud.
Demikianlah kisah-kisah golongan penentang para nabi dan rasul termuat dalam al-Quran. Sewajarnya menjadi iktibar dalam kehidupan insan beriman.
Kesan yang mendalam di hati pembaca al-Quran yang memahami maksudnya, iaitu merasa dukacita takut dan penuh harap, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan gembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” “Kamilah pelindungpelindungmu dalam kehidupam dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi (pula) di dalamnya apa yang kamu pinta.” (Surah Fush-shilat ayat 30 dan 31)
Ayat ini menceritakan bahawa orang yang beriman, istiqamah dan cekal hatinya dengan keimanannya.
Allah SWT turunkan malaikat lalu tiupkan ke dalam hatinya semangat, menyebabkan dia merasa lekeh terhadap pengaruh dan rintangan dunia. Dan perlihatkan gambaran syurga jelas di hatinya hingga rela tinggalkan kemilau duniawi.
Hingga dia rela bangun pada malam yang dingin untuk mencari kelebihan daripada Allah SWT melalui solat malam, kerana dia telah terbayang dan ternampak-nampak kegemilangan syurga yang ditayangkan oleh Allah SWT.
Terkesan di hati apabila berdepan dengan ayat-ayat Allah SWT yang bersifat ‘Ar-Rojaa’ (menaruh harap).
Di antara kesan membaca al-Quran ialah merasa takut hendak melakukan perkara maksiat yang membawa dosa. Kerana dosa itu membawa kepada kemurkaan Allah SWT, yang mengakibat terjerumus ke kawah azab neraka.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails