Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Friday, October 28, 2011


PROTES HARGA TIKET: LAMAN WEB FAM DIGODAM

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.
Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.
Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.
Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.

Tuesday, October 25, 2011


Ipad2

Ordered On Oct 24, 2011

Order Number: W293823840

Monday, October 17, 2011


Sultan Bukan Nabi, Mereka Tidak Maksum

Tajuk di atas adalah sebahagian daripada tweet yang dilontarkan oleh DrMAZA. 
Sepenuhnya adalah seperti di bawah;

"Tahniah Prof Aziz Bari. M'sia mmerlukan org spt anda yg merdeka fikiran. 
Bebas dari jiwa feudal melayu. Sultan bkn nabi, mrk tdk maksum."


Edyes ucapkan tahniah juga buat Dr MAZA kerana berani menongkah arus
 feudal yang tak kesudahan. Malaysia juga memerlukan seorang mufti yang
 tidak tunduk dengan asakan mana-mana pihak dan hanya bersuara mengikut 
landasan syarak!

Tahniah Dr MAZA, tahniah Aziz Bari, tahniah Md Sabu, kerana menggoncang
 scenario politik tanahair dengan bijak! 

Thursday, October 13, 2011


Indahnya Brunei Tanpa UMNO!

apa pandang-pandang??

Perghhh!!
teman dok berangan kalaulah yang bercakap ni Perdana Menteri Malaysia..
Allahuakbar!!

Malangnya.. Malaysia ni ada UMNO!

wakakakaka!
budakbalun 12102011
Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.
Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.
Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi. - Harakahdaily

Tuesday, October 11, 2011


Tempahan iPhone 4S Cecah 1 Juta Dalam Tempoh 24 Jam




















Mungkin kematian Ikon Teknologi yang merupakan salah seorang 
founder Apple menyumbang kepada kegilaan orang ramai di seluruh 
dunia menempah keluaran terbaru syarikat tersebut iPhone 4S.

Atau mungkin produk terbaru tersebut memang ditunggu-tunggu 
kerana ciri-cirinya yang amat canggih. Ia mampu beroperasi melalui suara. 
Beri saja arahan anda pada iPhone 4S, ia akan diikuti sekelip mata. 
Ia juga mampu merakamkan video resolusi penuh 1080 HD. Banyak 
lagi ciri-ciri canggih yang ada mengatasi produk lain.

Steve Job sebenarnya sedang dalam proses mengeluarkan iPad yang 
mampu beroperasi dengan hanya memberikan isyarat tangan seperti
 mana cerita-cerita sains fiksyen. Tapi malangnya dia tidak sempat
 menyaksikan pengeluaran produk canggihnya tersebut kerana menemui 
ajalnya pada usia 56 tahun baru-baru ini.

Bila agaknya produk keluaran negara kita mampu mencapai tahap 
sebegitu entahlah. Nak harapkan kereta proton pun hanya mampu 
menjadi juara di negara sendiri. Itupun disebabkan bantuan 
kerajaan yang amat memanjakan syarikat kereta nasional itu, 
kalau tidak dah lama bungkus bertukar menjadi syarikat scrap dealer negara.

Friday, October 7, 2011


Percayakah anda , Piramid Melayu Tersembunyi 

Di Lautan Jepun

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum
 yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini 
begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup 
tradisional.

Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut 
dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa 
Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para 
pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan 
hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.



Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails