Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Tuesday, October 11, 2011


Tempahan iPhone 4S Cecah 1 Juta Dalam Tempoh 24 Jam




















Mungkin kematian Ikon Teknologi yang merupakan salah seorang 
founder Apple menyumbang kepada kegilaan orang ramai di seluruh 
dunia menempah keluaran terbaru syarikat tersebut iPhone 4S.

Atau mungkin produk terbaru tersebut memang ditunggu-tunggu 
kerana ciri-cirinya yang amat canggih. Ia mampu beroperasi melalui suara. 
Beri saja arahan anda pada iPhone 4S, ia akan diikuti sekelip mata. 
Ia juga mampu merakamkan video resolusi penuh 1080 HD. Banyak 
lagi ciri-ciri canggih yang ada mengatasi produk lain.

Steve Job sebenarnya sedang dalam proses mengeluarkan iPad yang 
mampu beroperasi dengan hanya memberikan isyarat tangan seperti
 mana cerita-cerita sains fiksyen. Tapi malangnya dia tidak sempat
 menyaksikan pengeluaran produk canggihnya tersebut kerana menemui 
ajalnya pada usia 56 tahun baru-baru ini.

Bila agaknya produk keluaran negara kita mampu mencapai tahap 
sebegitu entahlah. Nak harapkan kereta proton pun hanya mampu 
menjadi juara di negara sendiri. Itupun disebabkan bantuan 
kerajaan yang amat memanjakan syarikat kereta nasional itu, 
kalau tidak dah lama bungkus bertukar menjadi syarikat scrap dealer negara.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails