Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, March 25, 2012


Baru padan muka Malaysia... kahkahkah...

Jangan guna amah Indonesia jika tak mampu

KUALA LUMPUR- Indonesia mahu Kerajaan Malaysia memastikan individu yang tidak mampu dan tidak layak, tidak mengambil pembantu-pembantu rumah dari negara itu bagi mengelakkan sebarang bentuk masalah khususnya kegagalan membayar gaji.

Sehubungan itu, Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Suryana Sastradiredja berkata, Malaysia perlu memastikan gaji majikan pembantu rumah tidak kurang daripada RM5,000 sebulan.

Indonesia juga meminta agensi dan Kerajaan Malaysia menyediakan biodata majikan pembantu negaranya akan bekerja.

“Kita juga minta agensi dan kerajaan Malaysia beri biodata majikan seperti yang kerajaan Indonesia kirimkan biodata calon pembantu rumah kepada calon majikan di Malaysia.

“Biodata itu merangkumi latar belakang majikan, gaji majikan sekurang-kurangnya RM5,000 untuk satu isi rumah (dulu hanya RM3,000) dan termasuk status kesihatanmajikan. Kita tidak mahu majikan yang mempunyai sakit mental menggaji pekerja kita,” kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu temu bual.

Sambil menegaskan matlamat Indonesia ialah membina hubungan baik dengan Malaysia, Suryana berkata, Kerajaan Malaysia harus memastikan mereka yang tidak layak, “jangan ambil pembantu rumah.”

“Dan, kerajaan Indonesia pula tidak bekalkan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran yang akan menimbulkan masalah,” katanya lagi.

Apabila kerajaan Indonesia mengumumkan bahawa pembantu rumah dari republik itu hanya akan menjalankan satu tugas dengan gaji minimum RM700 sebulan, ia mencetuskan kontroversi. Kerajaan Malaysia pula menegaskan, apa yang diumumkan oleh Indonesia minggu lalu itu bercanggah dengan memorandum persefahaman yang dimeterai tahun lalu.

Suryana juga berkata, di bawah pendekatan dipersetujui, kadar gaji yang ditetapkan RM700 sebulan.

“Tetapi RM600 boleh ditetapkan bagi negeri seperti Terengganu, Kelantan, Sabah di mana kos hidup lebih rendah. Selain itu, pasport boleh dipegang pembantu rumah, hak satu hari kelepasan am yang tidak ditetapkan harinya dan majikan perlu buka akaun bank untuk bayar gaji. Jika berlaku kes tidak bayar gaji, ada bukti,” kata beliau merujuk kepada syarat-syarat baru penggunaan pembantu rumah.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails