Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, April 29, 2012


Bersih 3.0: Bukti Ribuan Rakyat Hadir Menyokong



[Foto ini dirakamkan di Jalan Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka. Cuba lihat sndiri, jika di sini pun sudah begitu ramai yang hadir untuk sertai Bersih 3.0, maka apakah kerajaan boleh mempersoalkan untuk tidak melayan terhadap tuntutan rakyat terhadap sebuah pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini?. Seperti biasa, alasan yang diberikan peserta ganas dan himpunan haram ganggu perniagaan dan jejaskan ekonomi. Walhal, mereka yang keluarkan arahan supaya semua pihak tidak membuka perniagaan masing-masing pada hari semalam. Kini terbukti bahawa rakyat sudah muak dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO BN dalam setiap kali pilihanraya di negara ini. Kerjasama mereka dengan SPR dan JPN haruslah dibenteras sehingga ke akar umbi. Apa guna kita berhadapan dengan sebuah pilihanraya yang penuh dengan penipuan seperti ini. Soalnya, kenapa mereka takut?. Kerana mereka mahu terus tipu rakyat. Maka itulah mereka takut berhadapan dengan pilihanraya bersih].

Monday, April 23, 2012


PR AKAN PASTIKAN FILEM ‘ALTANTUYA’ SIAP


Buletin setia Politik kini 


“Filem Altantuya” adalah filem yang tergantung tanpa kesudahan dan Pakatan Rakyat (PR) akan menyiapkannya jika dipilih dalam pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.”Sekarang, ke mana-mana pun saya berceramah, saya terangkan bahawa cerita pembunuhan Altantuya Sharibu sama seperti seperti filem yang tidak siap kerana tidak diketahui siapa yang mengarahkan pembunuhannya.


“Saya beri jaminan bahawa filem itu akan disiapkan jika PR diberi peluang memerintah dalam pilihan raya umum ke-13 ini, saya tidak sangka sambutan yang diberikan oleh rakyat sungguh di luar dugaan,” katanya.

Beliau mempersoalkan, adalah tidak masuk akal polis tiba-tiba bertindak membunuh Altantuya yang tidak mereka kenali, tidak ada rekod jenayah di negara ini dan tidak pula dilaporkan bersenjata ketika dibunuh.

Lebih menghairankan rakyat, katanya, mengapa pula mayat Altantuya diletupkan dengan bom C4.

“Rakyat juga nak tahu kenapa Dato Seri Najib Tun Razak langsung tidak ambil tindakan terhadap pelbagai akhbar terkemuka di seluruh dunia yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya,” katanya.

Najib Razak sepatutnya bingkas membersihkan namanya dan juga keluarganya apabila dikaitkan dengan pembunuhan kejam tersebut.

“Jangan lupa, kalau mahu menonton versi yang sepenuhnya dan kalau mahu menonton versi ‘original’ filem Altantuya yang tidak diedit langsung, pilih PR sebagai kerajaan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Sunday, April 15, 2012


Kisah Wanita Termimpi Lelaki Bertawaf Tanpa Seurat Benang Ketika Musim Haji

"Saya mendapat khabar bahawa pernah pada suatu musim haji, terdapat program soal-jawab yang disiarkan secara langsung di tanah suci melalui siaran radio.  Siaran tersebut didengari oleh jutaan jemaah haji yang hadir.  Kesemua soal-jawab telah dijawab oleh seorang Tuan Sheikh yang `alim dan sangat dihormati akan ilmunya.  Program tersebut adalah khusus bagi menjawab soalan-soalan orang ramai sekitar tajuk ibadah haji dan lain-lain yang berkaitannya.

Tiba-tiba ada satu panggilan dari seorang wanita yang ingin bertanya tentang mimpi dan apa tafsiran Tuan Sheikh tersebut.  Walaupun pada asalnya Tuan Sheikh agak keberatan untuk menjawab disebabkan ianya terkeluar dari tajuk yang dibincangkan iaitu haji, namun beliau tidak mahu mengecewakan wanita tersebut lalu dibenarkannya untuk bertanya.

“Saya pernah bermimpi terlihat seorang lelaki yang mengerjakan ibadah tawaf mengelilingi Ka`bah pada musim haji dalam keadaan beliau tidak berpakaian sedikit pun iaitu dalam keadaan telanjang.  Bolehkah Tuan Sheikh menafsirkan mimpi saya tersebut?”  Wanita tersebut bertanya kepada Tuan Sheikh melalui panggilan telefon yang didengari oleh jutaan jemaah haji lain melalui radio secara langsung.

Agaknya apakah jawapan tuan puan apabila ditanya oleh seseorang dengan soalan yang sama?  Dan apa pula jawapan oleh para ustadz yang kita kenali jika ditujukan soalan yang sama untuk mereka tafsirkan mimpi tersebut?

Lihatlah bagaimana reaksi Tuan Sheikh ini dan amatilah jawapan yang diberikan beliau dengan kehikmahan yang ada pada beliau:

“WAllahu A`lam.  Saya akan cuba menjawab soalan puan berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada.”  Tuan Sheikh memulakan jawapan beliau dengan memuji ALLAH yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

“Pada tafsiran saya terhadap mimpi puan yang melihat seorang lelaki yang melakukan ibadah tawaf secara bertelanjang itu ialah bahawa lelaki tersebut telah kembali dalam keadaan beliau tidak berdosa selepas mengerjakan haji.  Lelaki tersebut telah memiliki keampunan ALLAH dan semua dosanya telah diampuni seperti seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan (dalam keadaan telanjang).  Ini sesuai dengan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang menyebut bahawa seseorang yang diterima hajinya itu kembali bersih tanpa dosa seperti dia baru sahaja dilahirkan oleh ibunya…”  Jawab Tuan Sheikh tersebut.

“Beruntunglah lelaki tersebut kerana beliau telah dikurniakan dengan haji yang mabrur.” Sambung Tuan Sheikh lagi.

“Oh begitu.  Terima kasih kerana sudi menjawabnya.  Bolehkah saya memaklumkan kepada lelaki tersebut tentang berita ini?”  Tanya wanita itu melalui telefon.

“Ya, boleh.  Puan kenalkah dengan lelaki tersebut?”  sambut Tuan Sheikh lalu diajukan soalan samada wanita itu kenal atau tidak dengan lelaki di dalam mimpi beliau.

“Ya, saya kenal beliau.”  Jawab wanita tersebut dengan ringkas.

“Jika puan kenal dengan lelaki tersebut, puan ucapkanlah tahniah buat beliau kerana ALLAH telah menerima haji beliau.”  Saran Tuan Sheikh agar wanita tersebut mengucapkan tahniah kepada lelaki yang bertuah itu.

“Sebenarnya lelaki yang saya lihat di dalam mimpi saya itu ialah Tuan Sheikh sendiri!!!” Wanita itu memberitahu siapa lelaki tersebut melalui panggilan telefon yang disiarkan secara langsung melalui radio.

Jawapan yang diberikan oleh wanita tersebut sangat-sangat memeranjatkan Tuan Sheikh itu setelah mendengarnya.  Tuan Sheikh tidak dapat menahan perasaan lalu menangis teresak-esak lantaran syukur dan insaf.  Program radio yang dilakukan secara langsung itu terpaksa dihentikan.  Pengendali radio tersebut memaklumkan bahawa program soal-jawab itu tidak dapat diteruskan dan akan disambung pada hari yang lain.
 

Monday, April 9, 2012


Siapa Mamat Niii,Berani Tegur PM Sedang Berucap..

Ini kisah sorang PM yang bernama Saidina Umar Al Khattab yang menjadi PM di Madinah selepas kewafatan Saidina Abu Bakar..Cerita mengenai seorang hamba Allah yang bernama Salman Al Farisi yang telah menegur dan membantah Saidina Umar semasa beliau menyampaikan Khutbah Jumaat di dalam sebuah masjid.(Gambar hanya hiasan)

Sewaktu Saidina Umar menyeru kaum muslimin di atas mimbar agar dengar dan taat kepada pemerintahnya,tiba-tiba,terpancul dan berdiri seorang hamba Allah dengan suara yang lantang meneriak "Kami tidak mahu dengar dan kami bantah" katanya,beliau ini adalah seorang sahabat rasullullah iaitu Salman Al Farisi.

Kata-kata yang cukup lantang daripada Salman mengejutkan Saidina Umar lalu beliau terhenti dari khutbahnya,lantas bertanya,"Apakah yang meyebabkan engkau membantah,wahai salman.??"tanya Saidina Umar.Lalu dijawab oleh Salman,Kamu tidak adil dalam pengagihan kain rampasan yang perlu diberikan kepada setiap penduduk Madinah sebanyak 4 meter seorang,tetapi aku mendapat tahu engkau mendapat lima meter untuk membuat baju mu!,ini sangat tidak adil,apakah hakmu untuk mendapat lebih daripada kami?"bentak Salman.


Lalu dengan tenang,Umar memanggil anaknya Abdullah Umar untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada semua kaum muslimin yang hadir.Abdullah berkata.."Memang benar ayahku mendapat 5 meter dari kain tersebut,kerana badannya bersaiz besar dan tidak mencukupi kain sebanyak 4 meter untuk membuat bajunya..dan untuk pengetahuan pada hadirin,oleh kerana tubuh badanku kecil dan mencukupi hanya dengan 3 meter kain untuk membuat baju,maka lebihan 1 meter daripada hak aku telah kuberikan kepada ayahdaku,"jawab Abdullah dengan tenang.


Maka fahamlah Salman dan para hadirin,lalu Salam berkata.."Kami dengan dan kami taat,teruskan khutbahmu wahai Amirul Mukminin!."...Moralnya..Sendiri Mau Ingat beb...

Wednesday, April 4, 2012


Jelmaan Sultan Muhammad Al Fateh Muncul Di Kelantan 


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

 Sejak dari itu umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan setelah hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.

Sultan Muhammad Alfateh dikenali sebagai seorang raja yang cintakan islam,amat menghormati ulama' dan mengasihi rakyatnya.
Dengan berkatnya kerajaan Rom ,sebuah kerajaan taghut yang hebat pada masa itu dapat di tumbangkan.

-ijoks2009-
Saya mengharapkan dengan berkat tuanku sultan kelantan yang memakai gelaran Sultan Muhammad ke5 yang ada sedikit persamaan dengan sultan Muhammad Al-fateh bukan sahaja dari segi nama gelaran tapi juga akhlak tuanku, insyaallah kita akan dapat menyaksikan Putrajaya diterajui oleh Jemaah  Islam..
Kami menanti giliran Tuanku menjadi YDP Agong,Allahuakbar.. 


-Gambar-gambar menarik  Sultan Kelantan ,Sultan Muhammad ke5-



Seorang Sultan yang beriman, zuhud, merendah diri, dan menghormati alim ulama... Apa yang lebih membanggakan, baginda mampu menjadi imam solat bagi rakyat jelata.

Baginda juga telah menukarkan kalimah "DAULAT TUANKU" kepada "ALLAHU AKHBAR". Rakyat Kelantan bangga mendapat Sultan yang berjiwa Islam. Semoga Allah memanjangkan usia baginda dan cepat mendapat jodoh...

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails