Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Wednesday, April 4, 2012


Jelmaan Sultan Muhammad Al Fateh Muncul Di Kelantan 


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

 Sejak dari itu umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan setelah hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.

Sultan Muhammad Alfateh dikenali sebagai seorang raja yang cintakan islam,amat menghormati ulama' dan mengasihi rakyatnya.
Dengan berkatnya kerajaan Rom ,sebuah kerajaan taghut yang hebat pada masa itu dapat di tumbangkan.

-ijoks2009-
Saya mengharapkan dengan berkat tuanku sultan kelantan yang memakai gelaran Sultan Muhammad ke5 yang ada sedikit persamaan dengan sultan Muhammad Al-fateh bukan sahaja dari segi nama gelaran tapi juga akhlak tuanku, insyaallah kita akan dapat menyaksikan Putrajaya diterajui oleh Jemaah  Islam..
Kami menanti giliran Tuanku menjadi YDP Agong,Allahuakbar.. 


-Gambar-gambar menarik  Sultan Kelantan ,Sultan Muhammad ke5-



Seorang Sultan yang beriman, zuhud, merendah diri, dan menghormati alim ulama... Apa yang lebih membanggakan, baginda mampu menjadi imam solat bagi rakyat jelata.

Baginda juga telah menukarkan kalimah "DAULAT TUANKU" kepada "ALLAHU AKHBAR". Rakyat Kelantan bangga mendapat Sultan yang berjiwa Islam. Semoga Allah memanjangkan usia baginda dan cepat mendapat jodoh...

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails