Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, November 17, 2013

Kenali SABASUN HyperRuncit


Ditubuhkan pada 02hb April 1995 dengan nama Sabasun Sdn Bhd. Pada awal operasi hanya 8 orang pekerja yang bertugas dan terdiri dari ahli keluarga terdekat. Bermula dengan ruang jualan berkeluasan 3,000 kaki persegi dan 2 unit kaunter pembayaran, Sabasun bermula dengan modal pusingan sebanyak RM 300,000.00. Perniagaan ini diasaskan oleh  keluarga Haji. Che Ibrahim Haji. Abdul Kadir dan Hajah Saleha Mohammad sebagai Pengerusi dan anak anak  mereka, Che Salmi Haji. Che Ibrahim sebagai Pengarah Urusan dan Che Salman Haji. 


Che Ibrahim sebagai Pengarah Operasi. Dengan pengenalan konsep “Harga Muroh Sokmo” atau "Always Low Price", Sabasun mula dikenali sebagai kedai yang menjual barangan keperluan harian dan bulanan pada harga yang sangat murah malah tidak keterlaluan kalau dikatakan "PALING MURAH” di Pantai Timur Semenanjung Malaysia setiap waktu dan setiap masa operasinya. 

 Dengan pengenalan konsep tersebut, nama Sabasun Sdn. Bhd, mula meniti dibibir masyarakat umum. Secara langsung, keperluan untuk memperbesarkan ruangan kedai dan menambahkan bilangan kaunter pembayaran dari 2 unit kepada 4 unit dan seterusnya kepada 8 unit terpaksa dilakukan.


Pada tahun 2000, Pihak Sabasun mula membeli tanah disebelah bangunan asal seluas 20 ribu kaki persegi. Pada tahun berikutnya, bangunan baru yang ada sekarang dibina dengan keluasan ruangan jualan keseluruhan menjadi 37 ribu kaki persegi. Pada tahun yang sama juga Sabasun didaftarkan menjadi Sabasun HyperRuncit Sendirian Berhad.HyperRuncit diambil dari 2 perkataan yang digabungkan iaitu ‘Hyper’ dan ‘Runcit’ ( SUMBER )

                                   ******************************************** 

Begitulah sejarah awal sebuah perniagaan anak tempatan Terengganu bernama SABASUN di bandaraya Kuala Terengganu.  Tanyalah siapapun orang Terengganu, mereka pasti kenal akan pasaraya SABASUN ini. 

Saya sendiri sering mengunjungi kedai runcit Sabasun dari awal perniagaan mereka sehinggalah berstatus HyperRuncit sekarang ini. Dari hanya 8 pekerja yang terdiri dari sanak saudara sehinggalah mampu menggaji lebih 400 pekerja yang 100% merupakan anak tempatan !

Ketika pasaraya terbesar Mydin dibuka, diikuti oleh pasaraya Giant yang hanya 500 meter jauhnya, ramai yang menyangka Sabasun bakal bungkus tapi ternyata Sabasun mampu bertahan malahan berjaya membuka satu lagi cawangan berstatus HyperRuncit di Wakaf Tembesu juga di Kuala Terengganu. 



Boleh dikatakan Sabasun adalah satu contoh Kejayaan Anak Tempatan dalam Perniagaan Runcit !

Suasana Sabasun2 - Sewajarnya menjadi kebanggaan anak Terengganu !

Satu perkara UNIK mengenai Sabasun adalah - anda akan segera merasai suasana Melayu Islam bila membeli belah disana. Serius .... bukan nak katakan yang Sabasun ini memilih jenis pelanggan hanya orang Melayu tapi suasananya yang nyata begitu tempatan dan mesra Melayu.


Saya bertemubual dengan salah seorang Pengarah Urusannya, Che Salmi yang lebih mesra dipanggil Angah oleh semua pekerjanya. Bukanlah nak katakan yang brader kita ni selekeh, kebetulan saya datang pun tanpa temujanji dan beliau pula baru sudah memasak nasi Arab bersama2 stafnya ! ( boleh tahan rasanya.. )

Memang mesra dan sempoi usahawan muda ini namun dapat saya rasakan nada ketegasan dan semangat yang membara dalam jiwa beliau sepanjang kami berbual tadi.


Che Salmi Bin Che Ibrahim bersama Mesej Boikot Barangan Zionis !


Kita baru bercakap tentang boikot produk Cina Dap sejak Tsunami Cina tapi Sabasun sudah pun mula dengan inisiatif sendiri dengan kempen Boikot Produk Israel, Amerika dan Sekutu Mereka ! Dan ia berlanjutan secara konsisten dan semakin agresif sejak tahun 2002 lagi.

Perhatikanlah gambar diatas ..... berapa banyak premis perniagaan yang begitu berani mempromosikan kempen Boikot seumpama itu secara terang2an ?

Kempen Boikot Sabasun pula bukannya jenis hangat2 tahi ayam dan dilakukan sembrono. Cuba baca dari laman web Sabasun dimana ada segmen khas untuk Kempen Boikot ini - KLiK. Anda pasti respek dengan cara bijak dan berkesan yang digunakan oleh Sabasun untuk Boikot tanpa menjejaskan Jualan perniagaan runcitnya !

Sabasun juga aktif dalam kerja2 amal terutama menderma kepada perjuangan Palestin dengan yang terbaru adalah pengiriman RM30 ribu melalui NGO bagi tujuan pembelian Generator untuk menjana tenaga elektrik bagi membantu Hospital di Tanah Palestin.

Tidak ketinggalan menaja team bola T-Team dan menaja beberapa aktiviti masyarakat setempat.

Satu lagi perkara UNIK yang saya kira payah untuk kita lihat ditempat lain, pengurusan Sabasun turut menitikberatkan soal akhlak dan ibadah pekerja2nya. Solat berjemaah dititikberatkan dan setiap minggu diadakan Usrah yang diwajibkan.

Kebetulan turut sama dalam pertemuan tadi adalah En Sazali yang merupakan Pengerusi Persatuan Pengusaha, Pengedar, Pemborong dan Peruncit Muslim Terengganu. Beliau mengesahkan akan sumbangan besar Sabasun selama ini kepada hampir seratus pengusaha IKS ( Industri Kecil dan Sederhana ) di negeri Terengganu.

Dengan rendah diri, Che Salmi turut memberi setinggi penghargaan kepada kerjasama dan sokongan semua pembekal termasuk dari sektor IKS yang bersama2 Sabasun berdepan dengan persaingan hebat dari pasaraya2 Hypermarket seperti Maidin dan Giant yang lokasinya amat hampir dengan Sabasun.


Ya, pasti ada sesuatu yang UNIK tentang Sabasun hingga mampu bersaing sama tinggi dan sama rendah dengan BIG PLAYER seperti Maidin dan Giant.

Siapa kata berniaga secara jujur dan mengekalkan keMelayuan dan nilai2 Islam tidak akan mampu berjaya ? Sabasun adalah BUKTI NYATA.


POINT UTAMA ARTIKEL

TAPI kenapa setelah 17 tahun berniaga dengan berjaya tiba-tiba terdapat satu usaha yang nyata dipihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk MENGHALANG Sabasun dari terus beroperasi seperti biasa ?

Waktu sama, layanan berlebihan pula diberikan kepada pengusaha LUAR yang sememangnya sudah teguh seperti Mydin dan Giant ! Apakah anak tempatan di ANAKTIRI kan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ?

ikuti sambungannya ....

PS - Segala dakwaan adalah beserta BUKTI.

PS2 - Oya, Che Salmi tidak terlibat dengan politik, beliau bukan ahli Pas atau mana2 parti politik !

pinjam dr:
http://dinturtle.blogspot.com/2013/11/panazzzzz-majlis-bandaraya-kuala.html

Wednesday, November 13, 2013

Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

Sayyidul Istighfar ‘Pengakuan hamba kepada Tuhan-Nya’

NASIHAT MISI FOKUS UTAMA NABI MUHAMMAD SAW DALAM HIDUP DI DUNIA BACA DI BAWAH SEKALI:
Istighfar yang paling sempurna adalah penghulu istighfar (sayyidul istighfar) sebagaimana yang terdapat dalam shohih Al Bukhari dari Shaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Penghulu istighfar adalah apabila engkau mengucapkan:
sayyidul istghfar

“Allaahumma anta rabbii laa ilaa ha’illaa anta khalaqtanii wa ana abduka wa anaa alaa ahdika, wawa’dika mastatha‘tu a uudzu bika min syarri maa shana’tu abuu ‘ulaka bini’matika alayya wa abuu ‘ubizdanbii faghfirlii fa innahu laa yaghfirudzunuu ba illaa anta.”
Artinya:
“Yaa Allah…
Engkaulah Rabb-ku…
Tidak ada satupun tuhan yang berhak diibadahi melainkan Engkau…
Engkaulah yang telah menciptakanku…
Dan aku adalah hamba-Mu…
Dan aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu semampuku…
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan…
Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku…
Dan mengakui dosaku (kepada-Mu)…
Maka ampunkanlah aku…
Karena sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau.”
Sumber Blogibadah (HR. Bukhari no. 6306)
“Berbahagialah bagi orang yang mendapati dalam catatan amalnya istighfar yang banyak”
(HR. Al Baihaqi, Imam Ahmad dalm Az Zuhd . Lihat Shahih Al Jami’ no. hadits 3930)
“Sesungguhnya ada seseorang yang diangkat derajatnya disurga, maka iapun berkata : Bagaimana ini bisa untukku? Maka dikatakan : disebabkan anakmu beristighfar (memohonkan ampun) untukmu.
(HR. Ahmad, Al Baihaqi)
Sumber Kangudo  dan sumber asal Istghfar klik sini
RIWAYAT
Sayyidina Jabir menjelaskan: Rasulullah saw, bersabda: “Pelajarilah dengan baik istighfar utama dan amalkanlah
Makna sayyid adalah orang yang melebihi kaumnya dalam hal kebaikan dan yang berkedudukan tinggi dikalangan mereka. Nabi Shalallahu ‘alahi wa Sallam menamainya sebagai Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar atau raja istighfar), yang demikian itu karena  melebihi seluruh bentuk istighfar dalam hal keutamaan. Dan lebih tinggi dalam hal kedudukan.
KANDUNGAN MAKNA
Ini adalah doa  agung yang mencakup banyak makna (taubat, merendahkan diri kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala dan kembali menghadap kepada-Nya).
At-Tayibi menerangkan: Sayyidul Istighfar mengandung pengertian atas hubungan erat antara seorang hamba dengan Tuhannya dan mengandung pengakuan atas kelalaian dan kelengahan manusia dalam melaksanakan kewajiban terhadap Tuhan. Padahal manusia telah membuat perjanjian ketika ia masih dalam rahim ibu (dalam alam roh) bahwa ia dalam hidupnya akan senantiasa berta’at dan berbakti kepada Tuhan. Mengakui atas nikmat-nikmat Tuhan, nikmat harta benda, nikmat kelengkapan anggota tubuh dan kesempurnaan panca indera, kesehatan badan, pikiran, kebahagiaan dan sebagainya.
Karena itu manusia senantiasa mohon perlindungan kepada Tuhan, agar nikmat-nikmat tersebut terpelihara dari kemusnahan, karena akibat perbuatan dirinya. Disamping itu manusia mengakui berdosa dan merasa sangat terbatas dalam melaksanakan kewajiban-kewajiban terhadap Tuhan. Timbul kesadaran dari hati nurani yang tulus ikhlas disertai dengan pengharapan mohon keampunan Tuhan setiap pagi dan petang.
FADILAH SAYYIDUL ISTIGHFAR
Rasulullah saw menerangkan: “Siapa membaca istighfar utama diwaktu pagi dengan penuh keyakinan sesuai arti dan tujuan kalimat tersebut, kemudian ia meninggal pada hari itu, ialah ahli surga. Dan siapa yang membaca diwaktu sore dengan cara itu, kemudian ia meninggal pada malam hari, iapun ahli surga.
Dari Abdullah bin Abbas, bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa memperbanyak istighfar, niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar; dan untuk setiap kesempitannya kelapangan; dan Allah memberi-nya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Hakim).
Bagi seorang spiritualis dan pelaku ilmu hikmah, amalan ini merupakan pondasi spiritual yang sangat penting. Oleh karenanya hafalkan dan amalkanlah Sayyidul istighfar ini.
Hanzalah bin ‘Ali narrated that:
Mihjan bin Al-Adra’ narrated to him that the Messenger of Allah () entered the masjid and there was a man who had finished his prayer and he was reciting the tashahhud. He said: “Allahumma inni as’aluka ya Allah! Bi-annakal-Wahidul-Ahad us-Samad, alladhi lam yalid wa lam yowled, wa lam yakun lahu kufuwan ahad, an taghfirali dhunubi, innaka antal-Ghafurur-Rahim (O Allah, I ask of You, O Allah, as You are the One, the Only, the Self-Sufficient Master, Who begets not nor was He begotten, and there is None equal or comparable to Him, forgive me my sins, for You are the Oft-Forgiving, Most Merciful.)”
The Messenger of Allah said: “He has been forgiven,” three times.
Imam Nasai via Sunnah.com by Istghfar Al Quran Hadis

Focus on your mission

Abu Hurairah reported that he once heard Rasulullah s.a.w. said:
من حسن إسلام المرء ترخ ما لا يعنيه
“Part of perfection of one’s Islam is this: leaving alone matters which do not concern him.” (H.R. Al Tirmidhi)
In travelling the straight path, you will come across matters that concern you and those that do not.
What you attend to in your life has an effect on your faith.
Your faith increased when you leave aside things that do not concern you.
In Rasulullah’s (peace be upon him) life, fame, wealth and power of this life were not his concerns. Rasulullah s.a.w was very concerned of his relationship with Allah s.w.t, the success of his mission and caring for the ummah and humanity.
It is very important to be clear about your purpose and mission in life. When you are clear of them, you should know what your true concerns are. Reflect.
By not interfering with things which do not concern you, you will be able to focus on your mission. Be clear of your mission.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails