Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Wednesday, January 19, 2011

Serupa Tapi Belum Sama

Yang di Tunisia - dah lari lintang pukang,

Kerana ada yang membakar seluruh badan,
Maka rakyat di jalan berarak panjang.


Boleh baca kisah kejatuhan first lady tunisia disini

Yang di Malaysia - walaupun debab tapi masih bertuah badan,
ke sana sini melawat sakan,
Kerana ada yang memberi peruntukan,
Bermalam di Dubai untuk kemudian ke Oman.
Untuk rakyat seperti yang di Tenang,
hanyalah dapat tulang ikan,
menunggu ada yang tercekik tulang ikan
akibat dilayan bagaikan haiwan.
Apakah perlu sampai begitu gerangan?
Barulah dia lari lintang pukang?


Tuesday, January 18, 2011

Tahun 2011: Bukti Kelantan Semakin "MUNDUR"




"

ANJUNG VISTA SERVICE APARTMENT
Pembinaan Anjung Vista Service Apartment yang telah 30% siap bakal menjadi mercu tanda kepada Bandar Satelit Kubang Kerian dengan ketinggian pengsapurinya 21 tingkat.

Setakat ini pemajunya Gazriz telah menerima tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang disediakan. APARTMENT ini bakal dihuni oleh para Doktor2 Pakar dari serata dunia terutamanya Negara Timur Tengah. Itulah antara informasi terbaru tentang mercu tanda Kubang Kerian yang akan menyaksikan satu pembangunan menyeluruh di sekitar Bandar Baru Kubang Kerian. Tapi sayangnya pembangunan begini tidak akan mendapat liputan daripada media massa bagi mengelakkan masyarakat mengetahui bahawa Negeri Kelantan telah lama mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan RM39.9 juta. Pangsapuri itu menyediakan pelbagai kemudahan antaranya kolam renang, gimnasium, surau, dewan, kopitiam, kedai serbaneka, taman permainan kanak-kanak dan 24 jam kawalan keselamatan.

Soalan: Siapa yang bodoh beli semua unit2 apartment ni? Takkan Doktor-Doktor yang cerdik tu nak beli harta di Negeri Yang Mundur dan Miskin ni??Mustahil...kalau orang Kelantan...takkan mampu tak beli apartment harga ratusan ribu...kan akhbar hari2 kata orang Kelantan miskin papa kedana?

MADINATUR RAUDHAH & BAZAR TOK GURU

Madinatur Raudhah and Bazar Tok Guru. Both are located at the same location, in front of UiTM Kota Bharu City Campus at Jalan Sultan Ibrahim (nearby Post Office and about 150 meters from Tuan Padang Roundabout or 'Bulatan Tuan Padang' formerly known as Bulatan Kijang). The gross built up area is approximately 5.9 acre. The development value of this project is approximately RM185 million.

It consist of 3 block of apartment, 5 star hotel with 144 rooms, offices, shop lots or bazar which have been duly completed . For apartment type, it has one bedroom apartment, two bedroom apartment and three bedroom apartment. Total unit of apartment is 570, shop lots or bazaar 450 units, office 60 units. The bazaar will be the largest bazaar in east coast, targeted for local ownership. It is developed by Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Sensa Timur Sdn Bhd.

Soalan: Ni satu lagi..siapa usahawan yang bodoh beli semua unit2 bazar ni? Takkan makcik2 yang jual kain baju boleh beli bazar yang harga dekat puluhan ribu seunit ni??Mustahil...takkan bank pun bodoh nak bagi loan kepada makcik2 yang bisnes kecil-kecilan ni....sapa yang lebih cerdik menilai kewangan orang Kelantan...utusan meloya UMNO ker orang bank?ni bukan beli dengan pinjaman MARA oooiiii!!!ramai beli cash ni...



BANDAR SATELIT ISLAM PASIR TUMBUH

Negeri Kelantan Darul Naim akan melakar sejarah dengan bakal terbinanya sebuah bandaraya satelit baru. Bandar satelit baru berkonsepkan ‘Islamic City’ yang menjadikan masjid sebagai ‘focal point’ juga berperanan menyokong fungsi bandar Kota Bahru. PEKAN PASIR TUMBOH yang terletak di pertengahan perjalanan antara Bandar Kota Bharu ke Pasir Puteh dijangka akan berubah wajah menjelang tahun 2014 apabila projek Pembangunan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh yang akan menelan perbelanjaan RM100 juta siap sepenuhnya menjelang tempoh tersebut.

Pasir Tumboh kini terkenal sebagai pusat pengajian pondok tradisional terbesar di negeri Kelantan menerusi Pondok Terusannya, selepas ini akan bertukar menjadi sebuah bandar yang akan dikenali Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh tanpa mengenepikan sistem pendidikan pondoknya. Majlis Pelancaran Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tapak Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh pada 19 Jun tahun lalu. FASA 1 Bangunan rumah kedai/pejabat telah siap sepenuhnya dan bakal memulakan operasi pertengahan tahun 2011.

Soalan: Siapa yang bodoh beli semua unit2 kedai ni? Takkan ramai sangat usahawan di Negeri Yang Mundur dan Miskin ni??Mustahil.....calang2 usahawan mampu tak beli kedai harga ratusan ribu...kan akhbar hari2 kata orang Kelantan miskin papa kedana?kalau takder pembeli takkan boleh siap...Sekolah yang dah ada duit siap juta2 pun tak boleh siap...kalau siap pun tak cukup duit.....UMNO Kelantan dah bingung....


KB SENTRAL & TUNE HOTEL

The project consist of two phases and the construction works expected to be completed in 2013, but Tune Hotel expected to start its operation in December 2010. It will be a 175-room hotel-cum-shopping complex and apartment units. KB Sentral is just next to KB Mall on 24,500 square feet area at Jalan Hamzah and very close to each other.

Like The Store at Jalan Padang Garong and Kota Bharu Trade Center (KBTC). KB Sentral is the first joint-venture project between the Kota Bharu Municipal Council (MPKB) and HLK-Venture Sdn Bhd. The cost of this project is expected to be RM50 million, and MPKB will gain profit at RM4.3million and two units of three storey building at approximately RM2 million.

Soalan: Sekarang sapa yang bodoh? Takkan Tony Fernandez yang diiktiraf antara usahawan bijak di dunia dgn jenama Air Asianya dengan selamba membangangkan dirinya buat hotel di Kota Bharu kalau takde pelancong yang masuk?? Kenapa takm buat di negeri maju seperti K. Terengganu? Kuantan? Perlis?N9??UMNO KELANTAN dah nak pecah kepala...lepas ni Tony kata nak buat fly kapatebang dia direct dr KB ke UK pulak dah....


IMPIANA CONDOVILLA

FASA 1 pembinaan Apartment mewah dan ekslusif yang terletak di Panji ini telah siap pembinaannya dan telah mula diduduki pada awal tahun 2009. Syarikat pemaju Dinibiru dalam proses untuk memulakan pembinaan bagi Fasa ke 2. Kesemua unit bagi fasa 2 ini juga telah habis dijual.
Soalan: Siapa lagi yang bodoh beli semua unit2 apartment ni? Takkan ramai sangat jutawan di Negeri Yang Mundur dan Miskin ni??Mustahil.....calang2 orang mampu tak beli apartment mewah harga ratusan ribu...kan akhbar hari2 kata orang Kelantan miskin papa kedana?kalau takder pembeli takkan boleh siap...Sekolah yang dah ada duit siap juta2 pun tak boleh siap...kalau siap pun tak runtuh.....UMNO Kelantan dah nak giler pikir bende ni....kat KL pegawai kerajaan pun duk rumah flat ajer....gilerrrrrr....gilerrrr....


BATUTA VILLE

Projek yang dijangka akan menjadikan Bandaraya Islam Kota Bharu sebagai bandar termoden di Pantai Timur apabila projek pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar di Batu 2, Jalan Kuala Krai akan dimajukan tidak lama lagi. Projek pembinaan ini meliputi beberapa komponen seperti bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6 buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan dilaksanakan mengikut senibina Islam.

Sedikit informasi yang dapat saya kumpulkan dari beberapa sumber mengatakan projek pembangunan semula tanah tapak bengkel MPKB-BRI seluas 2.91 ekar bagi lot 114 dan 469 yang kini menempatkan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MPKB-BRI serta tanah-tanah milik persedirian Jalan Kuala Krai dan Jalan Telipot itu akan dimajukan oleh Syarikat Alam Daya Maju Sendirian Berhad.
Majlis menandatangani perjanjian (MOU) perlaksanaan projek yang dinamakan Battuta Ville telah disempurnakan oleh Yang Dipertua, MPKB-BRI Haji Ahmad Mahmod dengan Syarikat Alam Daya Maju pada 18 Jun tahun lalu bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandar ini.

Soalan: NI SATU LAGI....Kalau Pemaju mulakan pembinaan sebelum PRU13...mau gigit selip;ar Dato Pa dan Dato Awe kita...heeee....Janji PRK Galas tak tau nak start di mana...angan-angan mat jenin dah rasanya...


PELANGI MALL & APARTMENT

Terletak bersebelahan Grand Riverview Hotel dan menghadap ke Sungai Kelantan, Pelangi Mall yang telah siap dibina dan mula diduduki pada tahun 2008. Daripada harga asal apartment 2 bilik RM180,000 seunit kini harganya telah mencecah RM350,000 seunit telah menjadikannya aset pelaburan hartanah yang paling menguntungkan seperti Kelantan Trade Centre (KTC). Hypermarket dan Lot-lot komersil dijangka akan mula dibuka pada pertengahan 2011 ini.
Soalan: Siapa lagi yang bodoh beli semua unit2 apartment ni? Takkan ramai sangat jutawan di Negeri Yang Mundur dan Miskin ni??Mustahil.....calang2 orang mampu tak beli apartment mewah harga ratusan ribu...kan akhbar hari2 kata orang Kelantan miskin papa kedana?kalau takder pembeli takkan boleh siap...Sekolah yang dah ada duit siap juta2 pun tak boleh siap...kalau siap pun tak runtuh.....UMNO Kelantan dah naik sawan....mulut dah keluar buih...


KELANTAN TRADE CENTRE

Kelantan Trade Centre (KTC) yang mengandungi Servis Apartment, Dewan Konferen dan Ruang Pameran/Pejabat merupakan mercu tanda Bandar Kota Bharu. Menghadap Stadium Sultan Mohammad IV dan Padang Perdana. Disebelah kanannya Perdana Superbowl dan dikirinya Hospital Pakar Perdana serta dihadapannya Medan Niaga MARA. Manakala dibelakangnya pula terletak Hotel Perdana. Kerana merupakan bangunan apartment servis yang tercanggih dengan kawalan dan sistem sekuriti terkini, kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada tokoh tokoh korporat dan VIP. Difahamkan kebanyakannya telah dibeli oleh pemain bolasepak The Red Warrior dan sebagai menunjukkan pengiktirafan dan kebanggaan terhadap kemajuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, Tan Sri Annuar Musa sendiri telah membeli 2 unit penthouse KTC yang harganya setiap satu tidak kurang dari RM500,000.
Soalan: UMNO Kata..."bakpo la Dato Nuar mung beli sampai 2 butir penthouse,,..kan kita janji dulu nak sekat pembangunan di Kelate..tak sir bui duit sesen pun..tak aci mung"...Dato Nuar kata.." Kalu nak bodo biar puak mung gi bodo sore lah...aku tak sir bodo..kalu nak arap mung nak buat mapuh tak sudoh..sebab mu tak buat projek tapi mung jual projek...mung tak soh nok kecing laa sbb kalu aku aku kecing puak mung lama dah...heee "


ND MUTIARA TOWER

Servis Apartment setinggi 23 tingkat ini bakal dimajukan oleh syarikat ND Mutiara Realties Sdn Bhd
syarikat milik penuh Bumiputra Kelantan. Lokasinya terlerak di jalan utama ke Taman tengku Anis
Tanjung Chat. Tempahan telah mencapai 85% dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada bulan
April 2011 setelah mendapat Lesen Pemaju dan Permit Iklan. Kebanyakan pembeli adalah terdiri daripada korporat-korporat Kelantan yang berniaga di Ibu Negara.

ADA LAGI...UMNO Kelantan dah nak giler pikir bende ni....^%$#@$ty&*(


QUEENS PARK SPORTZ CITY

Queens Park Sportz City is an iconic commercial sports and recreational centre in Kota Bharu. It houses some of the first and probably the largest facilities in Kelantan and is equipped with international facilities for socializing, training and also competitions. The Ground Floor consists of a 24-hour drive-thru fast food restaurant and more than 40 kiosks and specialty retail shops. There is a 5,000sq.ft concourse on the ground floor which is an ideal area for exhibitions, events, promotions, ceremonies and more.

BANYAK LAGI PROJEK2 HAK DALAM TANGAN DAN DAH BUAT..antaranya:-
Sumai Hotel and Suite (Sebelah Hospital Pakar KBMC), Bayang Apartment (Projek SBJ di Baung), Lembah Sireh (Liziz Standarco sebelah TESCO), Airport City (Pengkalan Chepa Airport), U Garden (Sebelah HUSM)etc...etc,.... 
TAPI PEMUDA GUCHIL TAK DAN NAK MASUKKAN SEMUA...Insyaallah Pemudaguchil akan keluarkan semua bila Dato' Najib royat tarikh PRU....biar selok puak2 umno mikir..

10 Ways to Make Your Kitchen New Again

Untuk suri rumah atau penghuni yang dah mula bosan dengan setting ruang dapur masing-masing, bolehlah cuba teknik ini.


10 Ways to Make Your Kitchen New Again

Tired of the same old kitchen, but don’t want the hassle (or price tag) of an entire renovation? These fast and easy updates take the room from make-do to magnificent.
Add Table Lamps
Photo: Julian Wass

ADD TABLE LAMPS

Put table lamps on your island or dining table to make your kitchen feel like a room, not a laboratory, like designer Robert Stillin did with Visual Comfort's Column lamp in Sheffield silver for House Beautiful's Kitchen of the Year with Ina Garten.

Try a New Gadget
Photo: Chefs Resource

TRY A NEW GADGET

You don't have to invest in brand-newappliances like an industrial stove. Instead, become inspired to cook a new dish, or just have more fun cooking a family favorite, with a fun, functional gadget, like a citrus juicer. We like this one from Cuisipro.com.


Add Large Baskets
Photo: Julian Wass

ADD LARGE BASKETS

If you have extra space but lack shelves, try stacking largebaskets. They can hold onions, potatoes, or other items, as demonstrated here in this New Jersey kitchen designed by Lisa Cohen.





Hang Mirrors
Photo: Francesco Lagnese

HANG MIRRORS

For extra light and to make a kitchen feel more open, hang amirror. It will reflect any natural light already present. You can even panel the cabinets, like in this Brooklyn home by designer Jonathan Berger.








Monday, January 17, 2011

Nasi Dagang Tganu

Sekali sekala terasa nak makang nasi dagang Tganulah pulok.

Nasi dagang adalah merupakan satu lagi ikon bagi negeri Terengganu.
Sungguhpun nasi dagang juga terdapat di Kelantan tetapi rasa serta
rupanya berbeza sama sekali kerana penggunaan beras yang berlainan.
Nasi dagang Terengganu dihidangkan bersama ikan tongkol atau
pun ikan aya mengikut panggilan orang tempatan. Kekuatan nasi dagang
terletak pada kuahnya bukan pada nasinya. Biasanya kedai yang ramai
pelanggan adalah kerana keenakan kuahnya sebab biasanya
nasi rasanya tidak begitu berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain.

Kalau anda datang ke Terengganu banyak terdapat kedai makan
yang menjual nasi dagang terutama di sebelah pagi. Di warung-warung yang
menjual sarapan pagi juga ada yang menjual nasi dagang yang telah
siap sedia dibungkus. Sesetengahnya menjualnya sendiri dengan
membuka gerai di tepi jalan.

Di daerah Kuala Terengganu, Cendering adalah tempat yang paling terkenal
dengan nasi dagang. Ini adalah kerana terdapat beberapa buah kedai
yang menjual nasi dagang pada sebelah pagi bermula dari selepas
Jambatan Kuala Ibai sehinggalah ke simpang empat lampu isyarat
ke Pelabuhan Perikanan Cendering / Jalan Kubang Ikan.
Anda boleh tengok deretan kereta seawal pagi di sini pada setiap hari
termasuklah hari Jumaat. Sungguhpun Cendering terkenal
dengan nasi dagang namun ada juga tempat lain yang terkenal
antaranya ialah di Bukit Besar dan juga Kuala Ibai.

Pada masa sekarang nasi dagang sudah mula dikomersialkan.
Saya diberitahu Penerbangan MAS juga menjadikan nasi dagang
sebagai salah satu dari menu dalam penerbangannya.
Tapi sekarang saya tidak pasti samada menu ini masih dihidangkan atau tidak.
Mungkin kepada sesiapa yang pernah menikmatinya bolehlah
memberikan pandangan di ruangan komen di bawah.

Bagi memastikan nasi dagang tidak hilang ditelan zaman pihak
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui
Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (Faculty of Agrotechnology and
Food Science - FASM) juga menjadikan nasi dagang sebagai
salah satu menu dalam pembelajarannya. Nampaknya tidak beberapa lama lagi
sesiapa sahaja boleh membuat nasi dagang dan
bukan lagi semestinya dipelopori oleh orang Melayu sahaja.

Ingat.. pastikan anda menikmati hidangan nasi dagang
bila anda berkunjung ke Terengganu nanti.

Saturday, January 15, 2011

DOA DAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN REZEKI MELIMPAH


 

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah,jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, rahmat yang Engkau kurniakan, rezki yang Engkau sebarkan, mudharat yang Engkau selamatkan (dari menimpa hamba-hambaMu), bala yang Engkau angkatkan(dari menimpa hamba-hambaMu), fitnah yang Engkau jauhkan(dari menimpa hamba-hambaMu), keburukan yang Engkau hindarkan (dari menimpa hamba-hambaMu)


 

Thursday, January 13, 2011

PLANET 10b SEAKAN BUMI

 

http://www.bharian.com.my/articles/Planet10bseakanbumi/pix_gal0

DUA imej planet 10b yang menyerupai bumi.
Teleskop angkasa lepas Nasa tak kesan sebarang kehidupan

BERKELY: Sebuah teleskop angkasa lepas milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesan sebuah planet yang menyerupai bumi, tetapi tidak menjangka planet berkenaan mempunyai kehidupan.
Dalam pengumuman rasmi kelmarin, anggota pasukan teleskop Kepler Nasa berkata, planet yang dinamakan 10b itu adalah 40 peratus lebih besar dari bumi dan berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi di konstelasi Cygnus.
“Ia dikatakan menyerupai bumi berikutan tidak seperti planet lain yang ditemui sebelum ini yang dibuat daripada gas atau ais, 10b adalah planet batu pertama pernah ditemui,” kata pasukan program, Kepler Nasa.

Seperti bumi, 10b adalah juga eksoplanet, iaitu planet yang mengorbit bintang seperti matahari.

“ Ia adalah satu penemuan yang bersejarah,” kata Geoff Marcy dari Universiti California, Berkeley, pada sidang media kelmarin.

Namun, planet berkenaan tidak mungkin mempunyai kehidupan berikutan ia hanya kurang dari 3.2 juta kilometer daripada matahari, berbanding jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer.
“Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius, iaitu lebih panas dari lahar gunung berapi,” Natalie Batalha dari pusat penyelidikan Ames Nasa di California, yang juga merangkap timbalan ketua kumpulan pasukan Kepler.

Bagaimanapun, hakikat bahawa ia dibuat daripada batu seperti bumi membuat penemuan planet itu satu kemajuan besar dalam mencari planet menyerupai bumi yang boleh menjadi hos kepada kehidupan.

Batalha berkata, 10b mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi.

“Ini bermakna kuasa gravitinya amat besar dan kemungkinan mempunyai galian besi lebih banyak dari bumi.”

Pasukan Kepler yakin dapat menemui lebih banyak lagi eksoplanet yang menyerupai keadaan bumi.

“Jika teleskop Kepler dapat menemui planet sekecil 10b, kemungkinan besar ia dapat menemui planet lain yang lebih kecil seperti saiz bumi dan mungkin juga mempunyai suhu seperti bumi,” kata mereka lagi. – Agensi

INFO: Planet 10b
# 40 peratus lebih besar dari bumi
# Berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi
# Adalah planet batu
# Mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi
# Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius

Rupanya Mahathir pernah melakukan kesilapan !

Tun Mahathir Mohamed sebelum ini tidak pernah mengaku melakukan kesilapan sepanjang 22 tahun pentadbirannya menjadi Perdana Menteri.

Mungkin pembaca sudah mendengar atau membaca, baru-baru ini sudah dua kali Mahathir mengaku membuat silap.

  • Pertama - apabila masyarakat mencemuh harga tol yang terlalu tinggi diluluskan di zaman Tun menjadi PM. Beliau mengaku, kabinetnya dan dirinya tidaklah pandai dalam semua hal. Itu sebabnya mereka (kabinet) terima cadangan kadar tol seumpamanya.
  • Kedua - Masalah orang Melayu dan Kampung Baru Kuala Lumpur. Beberapa hari yang sudah Mahathir secara terbuka mengaku ianya adalah kegagalannya yang membuatkan tiada penyelesaian sehingga melebihi suku abad lamanya.
Jika ditanya pada orang UMNO, sudah tentu mereka akan mengatakan bukan Mahathir itu.

Lepas ini kita tunggu muntahan seterusnya kegagalan Tun Mahathir Mohamed.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails