Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Monday, January 17, 2011

Nasi Dagang Tganu

Sekali sekala terasa nak makang nasi dagang Tganulah pulok.

Nasi dagang adalah merupakan satu lagi ikon bagi negeri Terengganu.
Sungguhpun nasi dagang juga terdapat di Kelantan tetapi rasa serta
rupanya berbeza sama sekali kerana penggunaan beras yang berlainan.
Nasi dagang Terengganu dihidangkan bersama ikan tongkol atau
pun ikan aya mengikut panggilan orang tempatan. Kekuatan nasi dagang
terletak pada kuahnya bukan pada nasinya. Biasanya kedai yang ramai
pelanggan adalah kerana keenakan kuahnya sebab biasanya
nasi rasanya tidak begitu berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain.

Kalau anda datang ke Terengganu banyak terdapat kedai makan
yang menjual nasi dagang terutama di sebelah pagi. Di warung-warung yang
menjual sarapan pagi juga ada yang menjual nasi dagang yang telah
siap sedia dibungkus. Sesetengahnya menjualnya sendiri dengan
membuka gerai di tepi jalan.

Di daerah Kuala Terengganu, Cendering adalah tempat yang paling terkenal
dengan nasi dagang. Ini adalah kerana terdapat beberapa buah kedai
yang menjual nasi dagang pada sebelah pagi bermula dari selepas
Jambatan Kuala Ibai sehinggalah ke simpang empat lampu isyarat
ke Pelabuhan Perikanan Cendering / Jalan Kubang Ikan.
Anda boleh tengok deretan kereta seawal pagi di sini pada setiap hari
termasuklah hari Jumaat. Sungguhpun Cendering terkenal
dengan nasi dagang namun ada juga tempat lain yang terkenal
antaranya ialah di Bukit Besar dan juga Kuala Ibai.

Pada masa sekarang nasi dagang sudah mula dikomersialkan.
Saya diberitahu Penerbangan MAS juga menjadikan nasi dagang
sebagai salah satu dari menu dalam penerbangannya.
Tapi sekarang saya tidak pasti samada menu ini masih dihidangkan atau tidak.
Mungkin kepada sesiapa yang pernah menikmatinya bolehlah
memberikan pandangan di ruangan komen di bawah.

Bagi memastikan nasi dagang tidak hilang ditelan zaman pihak
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui
Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (Faculty of Agrotechnology and
Food Science - FASM) juga menjadikan nasi dagang sebagai
salah satu menu dalam pembelajarannya. Nampaknya tidak beberapa lama lagi
sesiapa sahaja boleh membuat nasi dagang dan
bukan lagi semestinya dipelopori oleh orang Melayu sahaja.

Ingat.. pastikan anda menikmati hidangan nasi dagang
bila anda berkunjung ke Terengganu nanti.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails