Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Friday, February 19, 2010

Demikianlah Masa Menceritakan Kepada Kita

Mulai hari ini, InsyaAllah saya akan cuba untuk berkongsi cerita yang diambil daripada koleksi buku yang saya ada iaitu 'Pengalaman Adalah Guru Terbaik' karya Dr `Aidh Abdullah Al-Qarni.
Semuanya ada 309 subtopik. Saya mulakan dengan topik pertama hari ini iaitu:

1. Berperanan Dalam Hidup

Iaitu kamu mempunyai kedudukan di alam ini, sehingga kamu adalah sebuah angka yang mempunyai nilai, bukan setakat sifar yang terletak pada sebelah kiri angka. Ini bermakna bahawa kamu mesti turut serta dan berperanan di dalam usaha memakmurkan bumi dan membangunkan kehidupan umat serta ikut mempersembahkan sebuah karya dan jasa yang sesuai dengan kemampuan kamu dan bukan sebaliknya, iaitu hanya menjadi beban umat. Sesungguhnya lebah yang mati akan dicampakkan keluar sarang kerana ia sudah tidak berharga dan tidak boleh lagi menghasilkan madu. Pokok yang kering akan dicabut dan dicampakkan keluar kebun kerana ia sudah tidak dapat diharapkan kemanfatannya.

Oleh itu, apakah balasan yang sepadan bagi orang yang mendengarkan dan melihat tapi ia tidak berkerja, tidak berkarya dan tidak mempunyai peranan lansung dalam usaha membangunkan kehidupan umat. Seorang pelajar yang tidak pergi sekolah dengan alasan yang tidak dibenarkan malah ia duduk bersama ibunya dirumah maka hukuman yang layak baginya adalah rotan yang dipukulkan dengan keras kepadanya agar ia mahu berdiri dan berlari secepatnya kesekolah. Seorang pekerja yang malas yang kerap tidur maka hukuman baginya tidak lain adalah teguran yang keras dan tidak dibayar upah agar ia serik dan sedar terhadap kemalasannya tersebut.

Orang sentiasa membina, berkarya dan berjalan ke hadapan, manakala dirinya mundur ke belakang kerana ia melawan arus perkembangan dan pembangunan, melawan usaha dalam memberikan manfaat dan mempersembahkan karya, serta musuh kejayaan dan prestasi. Kafilah kehidupan tidak akan mahu untuk menunggu orang-orang yang malas dan lambat, kerana kafilah ini hanya diperuntukkan bagi orang-orang yang aktif berkarya. Seluruh tempat yang ada telah dipesan dan waktu tidak akan menunggu sesiapa pun. Di dalam kafilah, kejayaan dan prestasi tidak akan diperuntuukan bagi orang-orang yang rendah dan tidak bermanfaat.

Demikian, ringkasan topik pertama.
Semoga dapat manfaat.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails