Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Wednesday, March 3, 2010

25 - 28 Mac 2010: Hari-Hari Yang Memenatkan




Buat sekian kalinya, blog pokaji telah 2 minggu lebih tidak diupdate, cukup lama rasanya. Minggu lepas telah berlalu yang penuh dengan aktiviti- kerja, business dan sosial. Tambahan pulak line beruk band (streamyx) buat hal lagi....

Start 25 Mac: pagi2 lagi kena bergegas ke Lapangan Terbang Sultan Ismail (P Chepa Airport) kerana kena attend meeting kat Bhg Perkhidmatan Kesihatan, ATM di Jln. Yap Kwang Seng, KL. Tujuannya untuk penyelarasan aktiviti Jiwa Murni (Kem Kesihatan) di SK Kuala Betis, Gua Musang. Progam ad-hoc ini adalah anjuran bersama 96-HAT(Hospital Angkatan Tentera, Lumut)-12Ubat-ATM dan MUBARAK (Persatuan Bekas Wakil Rakyat Malaysia) yang dijadualkan pada 13 & 15 Mac 2010 ini. Dah dekat tu....., Tak sure boleh attend pada masa sebenar kerana dah ada program Kecerdasan Lestari di Bukit Merah Lake Town pada 9-11 Mac 2010.

Abis meeting tengahari tu, terpandanglah bangunan menara berkembar tertinggi didunia yang boleh dicapai dengan berjalan kaki sahaja. Maka teringatlah member sekolah lama yang kerja kat situ. Helo punya hello, dapatlah kawan tu (Sofian@Pian Mejad)mem'free'kan diri untuk jumpa. Sambil2 dok lunch area situ, datanglah pulak junior (Dollah Poji) yang join sama yang kebetulan bekerja di bangunan yang sama dengan tempat meeting tadi.

Petang tu, ambik teksi ke Low Cost Terminal (Air Asia)LCCT, Sepang untuk balik ke Kelantan semula. Sampai kat rumah dah malam... bolehlah bersama anak2 yang ditinggal seharian. Abis Urusan kerja.

26 Mac: Pagi2 lagi kena berkemas lagi untuk trip ke KL dan JB pulak. Kali ni bawa bersama anak bongsu yang hensem (inilah pokaji sebenarnya)dan isteri. Lepas Asar terus ke Airport Peng Chepa, singgah LCCT kejap dan ambik last flight ke Johor Bharu. Menginap di rumah kenalan di JB. Esoknya program yang lagi thrill menanti.

27 Mac: Aktiviti business..... BIARLAH RAHSIA, seperti kat CT Nurhaliza. Lepas ronda, pilih, angkut, isi dan berkemas. Tidur lena malam ni. Tapi sambil 2 nak lena tu, iphone kawe terima satu mesej- jiran di kawasan perumahan telah meninggal dunia akibat kanser hati. Innalillahiwainnailaihirajiun..... KepadaNya kita datang dan kepadaNyalah kita kembali.

28 Mac: Lepas subuh, terus bersiap ke Senai Airport untuk fly ke KL pulak. Kali ni ambik Firefly sebb ada program kat Subang/Klang dan Gombak. Sampai kat Subang Airport member (Sabri@ Busoq dan Idham@Kolik)dah ready untuk ambik dan pergi santai di rumah kawan sekolah dulu (Ku Hasmadi @Jugoh anak Barien) di Kg Melayu Subang. Semuanya Ex-SESMA91. Lepas abis modal cerita bertolah pulak ke Gombak untuk satu lagi projek enterprise. Tempat yang dituju ialah Diamond Sguare di area Setapak.

Malamnya bertolak pulang ke Kota Bharu.

Ready untuk kerja pula esok.

Walaupun penat tapi seronok. Sangat bertepatan dengan kata2 hikmah tersebut:

"Jangan Direnung Letihnya Usaha, Tapi Renungkanlah Manisnya sebuah Kejayaan"

1 comment:

  1. salam pok aji ..minta dihalalkan ya..saya telah ambik ayat..."Jangan Direnung Letihnya Usaha, Tapi Renungkanlah Manisnya sebuah Kejayaan" utk tampal kat dinding sekolah..

    ReplyDelete

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails