Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, August 8, 2010

Lojing jajahan baru Kelantan

Lojing jajahan baru Kelantan


Pemangku Raja disambut Tuan Guru Menteri Besar Kelantan
LOJING, 6.Ogos - Kerajaan Kelantan mempunyai satu lagi jajahan baru di kawasan Selatan negeri yang dikenali sebagai Jajahan Kecil Lojing. Pengistiharan jajahan baru tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.
Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pembesar negeri serta pegawai Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Dengan keluasan 181,700 hektar, Lojing dapat dijadikan satu jajahan yang berasaskan ekonomi pertanian dan dapat dimajukan sebagai kawasan pelancongan.
Pemangku raja meletak batu asas masjid Keputeraan Lojing
Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan aluan berkata dengan berjayanya Lojing sebagai satu jajahan baru ia dapat meningkatkan kemudahan asas kepada penduduk setempat dan dapat meningkatkan ekonomi mereka terutamanya penduduk dari kalangan orang asli.
Beliau juga berkata pembangunan di Lojing akan diasaskan keimanan kepada Allah dengan menjaga alam sekitar serta pembangunan rohani akan diseimbangkan.
Di majlis tersebut juga Pemangku Raja telah berkenan meletak batu asas pembinaan masjid Keputeraan yang dan pertama d Jajahan Lojing.
Masjid tersebut akan dibina di tapak seluas lebih 10 ekar akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta dan gerai jualan hasil pertanian yang dihasilkan di Lojing.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails