Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Thursday, August 19, 2010

PENGAJARAN 13 MEI

POLITIK REALITI : 16-30 OGOS 1945 DAN 13 MEI 1969 ANTARA PEDOMAN DAN PENGAJARAN

Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.

Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya


Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army(MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya

Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .



Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.

Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.

Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.

Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.

Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Unionyang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.

Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.


Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Fronttelah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.

Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.

Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.

Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu.Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.

Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentangMalayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkandengan lebih tegas sebelum itu.

Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).

Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.

Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.

Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.

Dato Raduan Md Taib pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Melayu Selangor dan Naib Presiden Dewan Melayu Malaysia. Beliau sedang membuat kajian dalam bidang keusahawan pada peringkat PhD.

13 Mei 1969: Andaian Meleset Yang Dibukukan.

Urgggh! Malas ke tulang hitam rasanya saya nak buat kerja gratis (percuma) untuk UMNO dan sekaligus Kementerian Penyiaran. Kerja percuma untuk Menantu Dolah dan Zainuddin Maidin.
Tetapi apakan daya, kedua-dua institusi itu sudah terlalu uzur untuk berfikir (yang pertamanya berusia 60 tahun, dan yang keduanya sudah 50 tahun). Sepatutnya salah satu atau kedua-dua institusi ini yang menjawab dan membetulkan fakta. Tetapi malangnya kedua-dua membisu. (Mungkin bisu beragenda dan/atau atas arahan dari seberang Selat Tebrau).
Oleh kerana saya anggap memperbetulkan, menentang perbuatan merubah sejarah negara itu satu fardhu kifayah, dan kerana saya nampak tiada Melayu lain mahu ke depan, maka biarlah saya cuba menegur perbuatan bathil itu.
Menurut seorang apologist (tukang perbetul cerita) pengarang buku “13 Mei” [1], rumusan pengarang ialah Al Marhum Tun Abdul Razak mencetuskan rusuhan 13 Mei dalam membolehkan satu coup de tat dari Al Marhum Tunku Abdul Rahman.Nauzubillah! Zalimnya tuduhan.
Tetapi sebelum kita mengupas kezaliman itu, ada baiknya kita menafsir apakah dorongan intelektual yang merasuk pengarang untuk memutar belitkan sejarah.Apakah persoalan besar yang ingin dijawab, hingga ada pihak “wang besar Cina” yang sanggup menaja pengarang bermentelaah di London selama tiga bulan untuk menggali, mengorek kononnya arkib lapuran perisikan Brtish yang telah dibatalkan palang rahsia tentang 13 Mei?
Seorang Arab (Islam?) sedang dibelasah oleh sekumpulan bangsa Kulit Putih semasa rusuhan anti-Islam di Australia beberapa tahun dahulu.
Setepatnya, berikut ialah hasrat dan niat pengarang buku “13 Mei” seperti yang yang selokakan oleh seorang apologist bagi pihak pengarang [2].
Thesis utama Dr Kua dalam bukunya Mei 13 adalah untuk menyebarkan rancangan dan konspirasi Tun Abdul Razak dan Harun Idris yang ingin merancangkan koup de tat supaya memulakan NEP dan isu-isu ketuanan Melayu. Ini bermaksud tanpa rancangan sedemikian, peristiwa Mei 13 akan dapat dikawal dengan bantuan polis. Mungkin hanya kes-kes terpencil mati 1-2 orang saja yang akan berlaku. Ini akan dapat dikawal dengan serbuan polis yang tidak berat sebelah.
Soalnya bukan siapa salah. (Cewah cewah, tak perlu tanya siapa salah). Memang susah nak ditentukan siapa yang marah, siapa yang memulakan perbalahan. (Hak alahai sonang nya justifikasi intelektul. Jangan pertikai salah siapa, ianya, awak semua kena percaya cakap saya, salah Tun Razak). Kalau sekarang terdapat rakyat Melayu yang terbaca blog di internet dan memulakan rusuhan, tidak pun dapat dikenalpasti yang saudara Rudin yang bertanggungjawab (Wow, berpengaruhnya Rudin X! Langsung tak sangka). Thesis Dr Kua bukan nak salahkan siapa yang marah dulu. (Oh, jangan salahkan Cina hina dan caci Melayu. Siapa yang beri lesen dan permit tu?). Thesis Dr Kua nak kenalpasti kenapa polis dan tentera tidak dapat kawal peristiwa 13 Mei tetapi sebaliknya menggalakkan peristiwa ini. Dan apakah sebab-sebab dan konspirasi disebalik kabir.
Perhatikan dalam sedutan karangan di atas, perkataan dalam italic ialah komentar Rudin X akan penulisan apologist, manakala perkataan yang digelapkan (bold)ialah kononnya nawaitu si pengarang buku mengikut cakap apologist beliau.
Alaaaaaahai. Kalau setakat nak tahu mengapa pasukan tentera ketika itu dilihat “memihak” dan nampak seperti tidak bertindak mengawal keadaan, jawapannya bukan berada di London. Jawapannya bukan terletak pada tafsiran jaundis (berat sebelah) oleh perisik British/Australia di Malaysia.
Jawapannya terletak pada budaya dan semangat setiakawan, esprit de corptentera.
Semangat setiakawan yang sama telah mendorong tentera Amerika melakukan My Lai Massacre di Vietnam [3]. Budaya dan semangat setiakawan yang nendorong askar Amerika membantai umat Fallujah di Iraq [4]. Semangat setiakawan yang mendorong tentera British yang didewa-dewakan oleh bangsa Cina Malaysiamelakukan penyembelihan Cina beramai-ramai di Batang Kali.[5]
Budaya dan semangat yang sama wujud di kalangan semua askar di seluruh dunia, malah juga ada di kalangan soldadu Angkatan Tentera Singapura.
Mentaliti membalas dendam terhadap apa yang mereka fikir penganiayaan ke atas salah seorang dari kalangan mereka.
Di Malaysia, sebilangan Askar Melayu Di Raja telah tompang mengamuk sama dengan Melayu-melayu lain pada 13 Mei 1969 dan sehari dua berikutnya. Sebab?
Sebab pada malam 11 Mei, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan (Leftenan Muda mengikut sesetengah versi) bersama tunangnya (isterinya) telah mati dibelasah beramai-ramai oleh segerombolan Cina yang sedang berdemonstrasi sebaik saja mereka keluar menonton wayang di Panggung Federal. Dan mengikut sesetengah versi cerita, mayat mereka kemudiannya diseret dengan motorsikal sekeliling kawasan Chow Kit.
Cerita ini dalam beberapa versi yang mengerikan, dengan lokasi kejadian yang sedikit sebanyak berbeza (ada versi Panggung Rex dan Jalan Petaling), tetapi dengan jalan cerita yang sama – seorang pegawai askar mati dibelasah Cina ketika keluar dari panggung wayang.
Itu puncanya sejarah melihat pihak pentadbiran negara gagal mengawal rusuhan – keadaan memang sudah tidak terkawal lagi. Cerita berkumpul Melayu di rumah Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor ketika itu adalah kemudian dari cerita ini.Malah cerita inilah catalyst atau pemangkin berkumpulnya Melayu di Kampong Bharu.
Pembaca boleh mensohihkan cerita yang saya bawa ini dengan bertanya kepada siapa juga Melayu yang masih hidup dan mempunyai pengalaman “dekat” dengan peristiwa 13 Mei.
Untuk mendapatkan corroboration (keselarian) tentang cerita saya ini, sila klik dan lawat blog ini [6].
Jika pengarang buku “13 Mei” jujur dan tiada niat lain, pengarang tidak perlu cari penjelasan di London. Carilah penjelasan dalam rekod lapuran polis di Balai Campbell (Dang Wangi). Atau kalau tidak pun, cari dalam rekod semboyan (telex) lapuran kejadian jenayah berat di Bukit Aman untuk malam tersebut. Tidak perlu bersusah payah ke London.
Nah tuan/puan. Dalam hal tercetusnya rusuhan 13 Mei, puak chauvinis Cina telah tersilap langkah dengan membunuh seorang pegawai Askar Melayu. Yang mana ekoran itu, yang selain dari berjaya membakar kemarahan orang Melayu dengan perarakan besar-besaran menang pilihan raya, askar Melayu telah turut marah. Dan sebelum tuan/puan atau sesiapun chauvinis China menuduh Askar Melayu yang terlibat dalam 13 Mei itu campur tangan dalam politik negara, maka di sini saya sanggah -- penglibatan mereka adalah soal hati. Noktah.
Bila segerombolan askar mengamuk, tuan/puan fikir Tun Razak boleh kawal?Ingat polis boleh kawal? Lagikan seorang laskar kena tangkap polis pun, askar satu batalion sanggup rempuh dan serang balai polis, inikan pula mengawal gerombolan askar yang sedang marah dengan bersenjata lengkap.
Ingat kisah “Prebet Adam” yang mengamuk di Chow Kit dengan raifel M16 nya?Langsung mencetuskan Operasi Lalang? [7] Itulah mentaliti dan jiwa seorang askar Melayu sebagai pedoman. Siapa yang selesaikan insiden dan pujuk Prebet Adam menyerah diri? Dr Mahathir? Polis? Tidak. Pegawai Pemerintah Prebet Adam kena turun padang dan berdepan dengan muncung raifel Prebet Adam.
Nasib kamu lah chauvinis Cina. Dengar lagi hasutan sahabat handai dan saudara mara kamu dari Singapura! Kamu sudah pijak ekor ular. Kamu kena patuk. Kamu dah kejutkan harimau tidur. Kamu kena baham. Sudah itu kamu tuduh Tun Razak jahat. Kamu tuduh 13 Mei disengajakan kerana agenda nak lancarkan DEB. Kaudu sungguh hati perut kamu.
Kencing dalam tempurung bulu dan cerminkan muka kamu di situ dulu. Sesudah itu carilah salah Melayu.
Dah tu kini kamu orang cuba menjadi revisionist sejarah pula?

credit to: pakmie.blogspot.com
Agendadaily April 27, 2005

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails