1 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 07 Disember 2010.
Selamat Tahun Baru dan semoga apa yang kita azamkan dahulu dapat kita capai dan segala niat2 kita yang baik tertunai.
Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:
“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”
Bulan Muharam adalah bulan pertama dalam sistem kalendar Islam (Hijriah) yang juga turut dikenali sebagai Awal Muharam.
Bulan Muharam mengingatkan kepada kita umat Islam peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SWT dari Mekah ke Madinah.
Bulan Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya bulan Muharam termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.
Allah SWT Berfirman : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia mencipta langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Reja"
(At Taubah :36)
Yang dimaksudkan bulan yang dihormati dalam segala aspek mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab.
Akan tetapi ianya bukanlah bermakna bulan - bulan yang lain tidak dihormati, tetapi keberkatan Allah turun pada empat bulan tersebut.
Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Bulan Muharam itu penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam.
Selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan.
Teristimewa adalah 10 hari pertama.
Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.
Beberapa perkara penting berlaku pada bulan Muharam termasuklah di bulan ini Allah menciptakan Syurga dan Bumi, menyelamatkan Nabi daripada kezaliman musuh dan mencipta Nabi Adam.
Pada Hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam pula bahtera Nabi Nuh diselamatkan, Nabi Ibrahim daripada api Namrud dan Nabi Musa daripada Firaun dengan Hari Kiamat.
Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. “Apabila Nabi Berhijrah Ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa diselamatkan daripada kezaliman Fir’aun. Nabi Musa diselamatkan bersama sahabat Baginda, tetapi Fir’aun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami berpuasa pada Hari Asyura. Apabila Baginda mendengar penjelasan mereka, Baginda kemudian dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa lebih daripada kamu sekalian dalam semua aspek. Maka Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada Hari Asyura.’
(Hadis riwayat Abu Daud).
Antara Amalan Disunatkan Pada Bulan Muharam Adalah :
1. Berpuasa.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam".
(Sahih Muslim)
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.
13 Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram) :
01. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."
02. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
03. Menahan marah.
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
04. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
05. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
06. Bersedekah.
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka.
Jauhnya seperti seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun."
(HR Albazzar)
07. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
08. Mandi Sunat.
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
09. Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"
12. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Berpuasa.
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Rasulullah SAW bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi."
(HR Al Baihaqi)
Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa"
Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"
credit to: teambinainsan
No comments:
Post a Comment