Rakyat Tunisia sedang merangka undang-undang Islam. Komen Presiden Iran |
Seramai 283 ahli parlimen Iran menandatangani memorandum kenyataan menyokong perubahan yang sedang berlaku di Tunisia sekarang ini.
" Parlimen Iran menyokong penuh revolusi pembaharuan berani rakyat yang sedang dilakukan di Tunisia...dan kami mendoakan kejayaan mereka"
Begitulah bunyi sebahagian daripada memorandum yang telah ditandatangani.
Tunisia dilihat telah berjaya menjatuhkan kerajaan boneka yang dicatur oleh pihak barat melalui pemerintahan pemimpin berkuku besi.
Cengkaman dan penindasan terhadap rakyat yang telah berlarutan sekian lama hari ini akhirnya ranap dan membebaskan rakyat Tunisia.
Cengkaman dan penindasan terhadap rakyat yang telah berlarutan sekian lama hari ini akhirnya ranap dan membebaskan rakyat Tunisia.
Segalanya bermula apabila seorang graduan universiti yang tiada pekerjaan cuba mencari sara hidup dengan membuka gerai perniagaan buah dan sayuran di tepi jalan. Gerainya telah dirampas dengan kejam dan dia dihalang dari berniaga.
Pemuda itu hanya mahu meneruskan kehidupan bagi menyara hidup mendapatkan sebuku roti dengan berdikari dan berusaha sendiri. Mengharapkan pekerjaan adalah sesuatu yang hampir mustahil dengan keadaan ekonomi Tunisia walaupun pemimpinnya hidup mewah melampau. Kerajaan tidak perduli dengan keadaan hidup rakyatnya yang melarat.
Apabila mereka mahu berniaga pula syarat lesen yang gila yang hampir mustahil perlu diperolehi dari kerajaan, jadi apa pilihan yang rakyat ada? adakah hanya perlu mengeluh dan tunggu nasib?. Apabila diberanikan diri tindakan keras dikenakan pula.
Akhirnya pemuda tersebut membakar dirinya sendiri sehingga mati. Maka tercetuslah kebangkitan rakyat menuntut keadilan. Keadilan sudah pasti ada dalam pemerintahan Islam untuk seluruh makhluk di muka bumi ini. Anehnya keadilan inilah yang di tentang oleh barat.
Akhirnya pemuda tersebut membakar dirinya sendiri sehingga mati. Maka tercetuslah kebangkitan rakyat menuntut keadilan. Keadilan sudah pasti ada dalam pemerintahan Islam untuk seluruh makhluk di muka bumi ini. Anehnya keadilan inilah yang di tentang oleh barat.
Moral dari cerita Tunisia amat perlu diambil serius oleh para pemimpin negara kita. Ada banyak kesamaannya jalan cerita kehidupan masyarakat Tunisia dengan masyarakat di negara kita cuma pelakonnya sahaja yang tidak sama dan sedikit perubahan skrip yang tidak mengubah kesudahan cerita.
Cerita masyarakat yang susah mencari sara hidup dengan berjaja atau berniaga seperti dipasar malam, dikaki lima dan dilorong-lorong bandar dihambat oleh penguat kuasa sudah menjadi cerita biasa. Tapak berniaga yang tersedia hanya dapat menampung segelintir kecil daripada ribuan pemohon yang ada dan yang sering memperolehinya adalah dari kalangan mereka yang sedia berada.
Lesen dijual berpindah tangan kepada tiga empat lapis individu yang punya kuasa yang akhirnya dijual dengan harga yang tinggi. Hanya mereka yang berharta mampu memilikinya. Yang miskin masih tetap miskin sedangkan mereka lebih memerlukannya. Cuma ramai yang masih berani walaupun sering berlari sambil menjinjing meja jualan. Alhamdulillah belum sampai peringkat ada yang membakar diri.
Peluang pekerjaan di Malaysia juga syukur masih banyak ruang kekosongan, walaupun hanya boleh diisi bagi mereka yang berkelayakan dan golongan yang berkelayakan juga syukur memang ada ramai. Kita doakan ini berkekalan dan dapat diperbaiki di masa depan.
Penjawat awam yang berurusan meguruskan projek kerajaan dan sepatutnya menyediakan peluang kepada para usahawan, ramai yang secara diam punyai syarikat mereka sendiri. Akhirnya keuntungan projek banyak yang masuk ke poket syarikat mereka sendiri.
Cerita sebegini bukanlah cerita baru dikalangan kontraktor tapi ia berlalu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Falsafah seperti kalau nak berjaya kita tak boleh 100% jujur bukanlah falsafah pelik sebahagian dari mereka yang berjaya.
Cerita sebegini bukanlah cerita baru dikalangan kontraktor tapi ia berlalu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Falsafah seperti kalau nak berjaya kita tak boleh 100% jujur bukanlah falsafah pelik sebahagian dari mereka yang berjaya.
Tunisia telah bangun memberanikan diri keluar dari kenyataan ini dan hanya Islam yang mampu menegakkan keadilan ini. Ini dapat dilihat apabila mereka menolak kehadiran semua pemimpin yang ada hubungan dengan pemerintahan yang lalu dan menuntut ganti pimpinan yang baru, pimpinan yang punyai inspirasi Islam.
Malangnya di negara kita, di saat kesibukan para pemimpin melobi dan merayu undi ada dikalangan mereka yang bukan Islam memburuk-burukkan inspirasi pimpinan Islam yang ada dinegara kita. Bertambah malang lagi ianya disokong pula oleh pak turut dari kalangan orang Islam sendiri. Malang sungguh apabila keadilan Islam di jadikan bahan isu bagi menakut-nakutkan para pengundi, tiada isu lain kah?.
Ikuti laporan kenyataan pimpinan Iran mengenai Tunisia di sini.
No comments:
Post a Comment