Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, April 17, 2011

PRN Serawak 2011

Biar depa berpeluk laki bini, tapi Pakatan tak boleh berpeluk tubuh...

Gerenti muka Taib lebih berseri pagi nih... tentu dahi Najib tak berkerut lagi... Sarawak selamat kembali ditangan mereka. Endorsement dari rakyat Sarawak begitu jelas dan kuat mahukan BN memerintah mereka, mahukan BN uruskan kekayaan negeri mereka dan mahukan BN jugak menguruskan kesejahteraan hidup mereka.

Segalanya bagai telah selesai di Sarawak. BN sah memperolehi majoriti dua pertiga kerusi di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Taib Mahmud yang telah pun berjanji nak lepaskan jawatannya cepat cepat mengangkat sumpah semalam jugak sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Berbagai ulasan yang kita baca, ada yang menyebut bahawa tsunami yang diramalkan melanda bumi Sarawak akhirnya sekadar pukulan ombak kecil mainan pantai saja. Memang benar Pakatan Rakyat gagal menafikan dua pertiga majoriti BN apalagi membentuk kerajaan baru seperti yang diimpikan oleh Anwar tuh kerana sekadar berjaya memenangi 15 kerusi saja iaitu 12 DAP dan 3 PKR.

Dalam BN berpelukan laki bini merayakan kemenangan bergaya mereka, aku masih berpendapat bahawa pencapaian Pakatan Rakyat sesungguhnya sangat membanggakan kerana dari 7 kerusi yakni, DAP 6 dan PKR 1 sebelum ini... kini Pakatan bangkit dengan memenangi 15 kerusi. Ya, mungkin ada yang mengatakan ini sebagai statement penyedap hati. Apatah lagi dengan tewasnya PAS disemua kerusi yang ditandingi mereka walaupun ada penambahan undi.

Tapi perlu diingat, Pakatan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan di Sarawak yang lebih dikenali sebagai kubu kuat BN sekian lamanya. Penindasan BN dikuatkan lagi dengan isu fitnah video lucah, kes liwat yang dijaja, Raja Petra buat wayang, ugutan pada para petugas dan pengundi, politik wang yang tiada kesudahan dan kekurangan ketara dalam bidang logistik dan kewangan namun... Pakatan boleh meningkatkan pencapainnya.

So... tentu banyak mata kini yang melihat apakah Najib akan memanggil PRU ke 13 lebih awal? Kahkahkah... ada berani ka?

Tapi Najib pun bukan kecil anak, tentu penasihat politik impotnya sedar dengan pengundi Cina yang bertindak menikam tangan yang menyuap mereka selama ini. Kalau dulu pengundi Cina dikatakan bangkit menyokong Pakatan khasnya DAP, tapi kali ini mereka bukan sekadar mengulanginya malah mengulanginya dengan lebih berani dan besar lagi... kahkahkah...

Kalau dalam dulu dengan hanya kemenangan 7 kerusi di Sarawak pun telah membangkitkan tsunami merobohkan keangkuhan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam PRU Umum 2008, tak mustahil kemenangan 15 kerusi kali ni bakal menggegagrkan bumi Semenanjung dengan skala yang lebih besar lagi.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails