Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0


Bersih 2.0: RAKYAT MELAKAR SEJARAH


Meskipun dikhabarkan bahawa ada orang yang akan menggunakan senjata dan molotov cocktail untuk mencetuskan huru-hara, namun ramalan ini tidak "menjadi kenyataan". Sebagaimana yang diperhatikan wartawan, ada peserta perhimpunan yang menghulurkan garam kepada anggota polis, sebagai penawar apabila terkena gas pemedih mata.

Malah, mengikut pengamatan wartawan, peserta perhimpunan yang dibasahi air kimia dan gas pemedih, masih beratur untuk membeli air di sesetengah kedai, yang berniaga hari ini. Tiada huru hara yang berlaku, dan tiada serangan keganasan terhadap polis. Sebaliknya, polis ditemui memukul dan menyepak peserta perhimpunan yang telah ditahan.
Bersih 2.0 Update l Gambar sekitar Bersih 2.0
Penangkapan 1,667 orang dalam satu perhimpunan massa semestinya satu rekod baru yang dicipta,kerajaan Najib Razak, malah beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) tercedera semasa polis menyuraikan perhimpunan dengan melepaskan gas pemedih mata, di KL Sentral. Terbaru, seorang peserta yang berusia 59 tahun meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan terhidu gas pemedih. 【Baca: Bersih 2.0: Polis membunuh lagi

Hampir semua tokoh utama dalam PAS dan PKR ditangkap, seperti Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Tian Chua, Fuziah Salleh, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain. Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan yang disenarai sebagai 91 orang yang dilarang masuk ke beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini, juga ditangkap. Senarai ini sudah cukup untuk menjelaskan sikap kerajaan dan strategi polis untuk berdepan dengan perhimpunan ini. (Lihat gambar Anwar terlantar di hospital)


Meskipun dijadualkan secara rasmi di Stadium Merdeka pada jam 2 petang, namun perarakan bermula dengan lebih awal, memandangkan penangkapan telah dimulakan sejak awal pagi lagi. Kira-kira 1,000 orang mengiringi pemimpin PAS Hatta Ramli, untuk berarak dari lorong berhampiran Masjid Jamek, menuju ke Menara MayBank, pada kira-kira 12.50 tengah hari.

Kemuncak: 50 hingga 60 ribu orang

Kumpulan manusia ini semakin mengembang saiznya sepanjang perarakan, dan mereka singgah di depan Menara MayBank berhampiran Pudu Raya. Dua kumpulan lagi, satu dari Pudu Raya dan satu lagi dari Jalan Petaling, bertemu dengan kelompok manusia di Menara MayBank, pada kira-kira jam 1 petang.

Hatta Ramli terus berucap, menyeru mereka yang masih mempunyai T-shirt kuning BERSIH 2.0untuk memakai baju tersebut. Sebelum ini, polis menangkap mereka yang berpakaian kuning di sekitar pusat bandar, sejak awal pagi, malah mereka yang tidak berpakaian kuning juga ditangkap.

Lautan manusia mencecah antara 50,000 hingga 60,000 pada kemuncaknya,walaupun pihak polis hanya menganggarkan 5,000 hingga 6,000 orang. Pada masa yang sama, satu perhimpunan dengan ribuan orang juga diadakan di sekitar KLCC. Jika dijumlahkan secara keseluruhannya, bilangan orang yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 boleh dikatakan lebih besar daripada perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007. Malah, apa yang menarik, lebih ramai peserta Cina dan India, yang rata-rata dari golongan muda terlibat dalam perhimpunan ini, berbanding perhimpunan pada tahun 2007.

Friday, July 8, 2011


fenomena bersih

bersih menjadi fenomena yang luarbiasa sekarang, dari kepala bapak menteri sampai ke bawak pencacai umno bercakap tentang bersih. pm najid amat marah dengan bersih cuba membawa ke persada politik yg lebih buruk, pelbagai kecaman dibuat oleh pelbagai pihak, pelbagai ngo ngo yg tak pernah dikenali pun bercakap bagi pihak umno bengong. persatuan yg tak pernah adakan mesyuarat agung pun bercakap tentang bersih.  begitu hebat fenomena bersih sampaikan polis begitu phobia melihat baju kuning. nasib baik kereta bas motosikal yg berwarna kuning tak disapu sama. ada syarikat yg berlogo kuning pun berura ura nak menukar logo kerana bimbang disangkakan penyokong bersih. polis meneruskan kerja kerja bangang seperti biasa. menyekat semua jalan keluar ke kuala lumpur, terlalu banyak roadblock menyusahkan rakyat utk bergerak. kerja kerja mengejar orang jahat ditinggalkan. cuma mat rempit sahaja yang tak berapa gemar dengan keadaan ini kerana sukar untuk berlumba sebab polis mengadakan roadblock. jalan raya di ibukota sesak teruk dengan kebodohan pemimpin umno yang terlalu takut dengan fenomena bersih.

semua jalan raya akan dipenuhi polis menjelang malam ini. semakin banyak sekatan jalanraya di buat untuk menyusahkan rakyat malaysia. sampai pakcik nk pergi Bersih kubur pun ditanya betul, sebab pakcik menjawab nk pergi bersih. igtkan pakcik nak ke kuala lumpur tapi pakcik tu cakap belum sempat habis dipotong oleh polis. terlalu phobia dengan perkataan bersih. semakin banyak lawak di adakan oleh rakyat malaysia, kalau pergi keja jangan pakai baju bersih nanti polis tangkap jadi pergi keja dengan baju kotor baru polis tak tangkap. dimana hak hak individu malaysia sekarang. malaysia menjadi negara polis. terlalu banyak sekatan polis nak pergi kebandar pun memakan masa yg terlampau lama begitu menyusahkan rakyat. nak bersih rumah pun tak boleh sebab tak ada bahan nak pakai. sekarang tak boleh sebut perkataan bersih nanti kena tangkap. begitu sekali umno takut kejatuhan kuasanya sampaikan disekat semuanya.

Tuesday, July 5, 2011

TITAH daripada RAJA yang BERSIH hatinya



Sama-sama kita menghayati titah Yang Dipertuan Agong tentang Perhimpunan BERSIH 2.0.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada 
Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak 
kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan 
jabatan-jabatan yang terlibat.

ULASAN : Keprihatinan baginda terhadap luahan rakyat terhadap 
kerajaan. Baginda tahu bahawa BERSIH 2.0 mahu menyerahkan
 memorandum kepada baginda.

Inilah sifat seorang Raja yang tidak terus menuding dan
 melabelkan Kumpulan BERSIH sebagai melawan Agong 
seperti tohmahan polis di Pulau Pinang. Sifat Raja yang ADIL.
Juga tiada titah baginda menuduh perhimpunan BERSIH 2.0 
sebagai perhimpunan HARAM seperti tohmahan PMNajib dan IGP.

Baginda juga meneliti melihat bagaimana kerajaan terutama 
polis menangani isu ini samada berhemah atau sebaliknya. 
Rasanya menyembur air asid dan tembak gas pemedih mata 
bukan cara berhemah. Apatah lagi sepak, tangkap dan gari rakyat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat 
Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani 
masalah ini dengan sebaik mungkin.

ULASAN : Agong begitu yakin PMNajib dapat menangani isu ini 
SEBAIK mungkin. Baginda menaruh keyakinan bahawa PM Najib
 tidak menggunakan KEKERASAN terhadap rakyat. Tentu sekali
 tangkap rakyat pakai baju kuning oleh polis bukan langkah terbaik.


Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik 
bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah 
dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa 
kemusnahan kepada negara.

ULASAN : Agong mengakui bahawa rakyat berhak berpolitik
 dan menyuburkan demokrasi (seperti mengadakan Perhimpunan 
BERSIH 2.0 secara AMAN). Yang peliknya polis "mengada-ngada" 
terlalu ikut kehendak UMNO.


Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara 
luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah 
asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

ULASAN : Benar dan patik junjung titah tuanku iaitu jangan 
adakan demostrasi secara ganas seperti di Greece dan 
Peranchis di mana penunjuk perasaan melontar bom api 
dan membakar kereta dan harta awam.

Barangkali inilah yang Agong bimbangkan jika berlaku demostrasi 
berikutan amaran PERKASA pimpinan Ibrahim Ali yang menyuruh 
Cina simpan banyak makanan, bakal terjadi pembakaran kereta
 dan kedai. Maknanya Agong bimbang jika berlaku demostrasi 
ala Ibrahim Ali !


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala 
amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan 
yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu 
melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan 
bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh 
dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

ULASAN : Agong mahu kerajaan UMNO melaksanakan amanah 
rakyat secara ADIL dan bijaksana. 
Tidak bermusuhan sesama sendiri. Barangkali Agong melihat isu 
keadilan seperti sikap "double standard" polis melayan rakyat. 
Baginda tidak mahu rakyat bermusuhan sesama sendiri seperti 
dengan polis akibat layanan "istimewa" polis terhadap penyokong 
UMNO.

Dalam soal ini baginda tidak mahu rakyat bermusuhan dengan 
kerajaan. Soalnya rakyat TIDAK bermusuhan dengan kerajaan 
tetapi kerajaanlah yang menjadikan sebahagian rakyatnya sebagai 
musuh. Seperti layanan kerajaan Pusat terhadap negeri yang 
dikuasai oleh Pakatan Rakyat.


Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun 
hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan
 seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

ULASAN : Titah baginda kena betul-betul "atas hidung" UMNO. 
Hanya kerajaan"babarian" (UMNO)yang menggunakan polis dan
 kekerasan untuk lawan rakyat. Adalah sesuatu memalukan 
kerajaan gunakan sepenuhnya kekuatan polis untuk melawan 
rakyat yang berkehendakkan demokrasi bersih dan telus. Kerajaan
UMNO hanya ada SATU TELINGA sahaja. Bongkak dan sombong
 untuk mengadakan rundingan dengan rakyat marhein.


Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada 
kebaikan walaupun niat asalnya baik.

ULASAN : Ampun Tuanku. Benar sekali. Perhimpunan BERSIH 2.0 
asalnya bersih dan aman. Semua pihak NGO dan parti politik 
yang menyertai Perhimpunan BERSIH 2. 0 mempunyai niat yang 
bersih dan baik. Malangnya PERKASA dan UMNO memomokkannya 
sebagai huru hara. Bahkan PERKASA melalui lidah Ibrahim Ali sudah menggambarkannya seperti 13 May ! Di sini siapa yang membawa
 banyak keburukan ?


Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan 
negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada 
terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan
 mana yang tidak bergelora.

ULASAN : Benar titah tuanku. Akibat UMNO yang memekakkan 
telinga mendengar tuntutan BERSIH 2.0 tentang pilihanraya
 menyebabkan UMNO gelabah dan panik berukuran 9.9 richer.
 Tindakan UMNO menghalang BERSIH 2.0 menyebabkan negara
 kita digelak dan ditertawakan oleh negara luar. Yalah ! Menangkap
 orang memakai baju kuning. Bahkan sepupu Najib mengatakan 
bas, kereta, kasut berwarna kuning juga "bersubahat" dengan 
BERSIH 2.0. Kelakar kan ?

Akhir sekali patik ingin menyatakan kepada Tuanku , bahawa 
dalam rekod mana-mana demostrasi rakyat yang diadakan di
 negara kita TIADA SEPATAHPUN ucapan menghina Raja-Raja 
Melayu.

Barangkali tuanku masih ingat satu demostrasi yang berlaku 
di Bandar Diraja Terengganu berhampiran Istana tuanku yang 
mempamerkan satu banner bertulis, "KAMI MAHU DERIS, NATANG".

Siapakah agaknya yang bersikap kurang ajar dan derhaka itu? 
Suku-sakat merekalah yang takut dengan Perhimpunan BERSIH 2.0.

Sunday, July 3, 2011

Selamat Tinggal Tanjung Pagar !!!

Tanah KTMB Tanjung Pagar bukan milik kita lagi
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Julai: "Selamat tinggal Tanjung Pagar" mungkin paling tepat diucapkan apabila bermula hari ini, tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB), di Tanjung Pagar bukan lagi milik Malaysia.

Ianya kerana pada 24 Mei tahun lalu, kerajaan BN melalui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak bersetuju menamatkan khidmat KTMB di Tanjung Pagar bermula 1 Julai 2011 dan akan dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP).

Sementara itu, PAS menyifatkan kehilangan tanah KTMB itu membuktikan BN tidak lagi mampu mempertahan kedaulatan negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, rakyat perlu melihat ketidakmampuan kerajaan BN itu apatah lagi untuk menjaga dan mempertahan perkara bertindih yang lain.

"Barisan Nasional tidak boleh lagi menjamin kedudukan politik dan kedaulatan negara dengan lebih baik pada masa akan datang. Itu warisan terakhir tanah Malaysia di Singapura. Ia hilang dan gagal dipertahankan dibawah era pentadbiran Najib.

"Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak boleh dipertahan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau memberikan reaksi terhadap kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai hari ini, 1 Julai 2011.

Kesemua tanah itu dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

"Sebelum ini kita kehilangan Pulau Batu Puteh. Sekarang tanah KTMB pula. Kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara.

"Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan 'win-win
situation'.

"Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat semalam memaklumkan upacara 'Tangisan Tanjung Pagar' dibuat di stesen keretapi Johor Bahru semalam.

Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.

Kapal Solar Firaun

Kisah Benar: Kapal Solar Firaun Ditemui





Bawa Raja Khufu ke ‘alam abadi’
KAHERAH: Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.
Projek pemuliharaan yang dilakukan ialah untuk mengangkat 41 blok batu dengan purata berat 16 tan setiap satu dan memindahkan kapal ditanam 4,500 tahun lalu di dalam lubang bawah tanah.
Projek itu menjadi tumpuan penyelidikan Kementerian Dalam Negeri Bagi Antikuiti, delegasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Institut Kapal Solar Jepun. Mereka sudah memulakan kerja kajian sejak 2007.
Menteri Negeri Bagi Antikuiti Mesir, Zahi Hawass hadir pada upacara pemindahan itu dan memberitahu wartawan, kerja pemuliharaan ‘kapal solar paling tua di dunia’ akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum ia boleh dipamerkan kepada pelawat.
Raja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi.
Pemindahan blok batu yang membawa kepada penemuan kapal Firaun Khufu dibuat di dalam sebuah bangsal besar yang dibina untuk melindungi kapal itu. Blok batu pertama diangkat Rabu lalu sebagai ujian sebelum tempatnya digantikan dengan blok kayu.
Kapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza.
Kapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982, berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13 tahun. Selepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan.
Kedua-dua kapal dibuat daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir. Hawass berkata, keadaan kapal terbaru ini lebih baik daripada yang dijangka.
“Pada mulanya saya berasa bimbang melihat kayu kapal itu. Bagaimanapun, saya yakin kita dapat melihat sebuah lagi kapal Firaun dalam tempoh empat tahun, apabila ia dibaik pulih,” katanya.
Agensi

Isu Subsidi: Kita Semua Kena Tipu

Isu Subsidi: Kita Semua Kena Tipu. Sila Baca!

NONEazlan






Bercakap pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya,                                          profesor madya pelawat Universiti Nottingham Subramaniam                                                 Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan                                            dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.
"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan                                             untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan                                kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai                                                 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,”                                                              kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua                                                    Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah                                             yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi                                           (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan                                                                  Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah                                              RM31.1 bilion dan dari jumlah itu subsidi makanan yang secara                                       langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau                                                lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.
































Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.








Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan                                                         api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada                                                        subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar                                                                    tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya)                                                 bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka                                                                       menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh.                                                            Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali                                       digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi                                                petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah                                         berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

duniacacamarba

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails