fenomena bersih
bersih menjadi fenomena yang luarbiasa sekarang, dari kepala bapak menteri sampai ke bawak pencacai umno bercakap tentang bersih. pm najid amat marah dengan bersih cuba membawa ke persada politik yg lebih buruk, pelbagai kecaman dibuat oleh pelbagai pihak, pelbagai ngo ngo yg tak pernah dikenali pun bercakap bagi pihak umno bengong. persatuan yg tak pernah adakan mesyuarat agung pun bercakap tentang bersih. begitu hebat fenomena bersih sampaikan polis begitu phobia melihat baju kuning. nasib baik kereta bas motosikal yg berwarna kuning tak disapu sama. ada syarikat yg berlogo kuning pun berura ura nak menukar logo kerana bimbang disangkakan penyokong bersih. polis meneruskan kerja kerja bangang seperti biasa. menyekat semua jalan keluar ke kuala lumpur, terlalu banyak roadblock menyusahkan rakyat utk bergerak. kerja kerja mengejar orang jahat ditinggalkan. cuma mat rempit sahaja yang tak berapa gemar dengan keadaan ini kerana sukar untuk berlumba sebab polis mengadakan roadblock. jalan raya di ibukota sesak teruk dengan kebodohan pemimpin umno yang terlalu takut dengan fenomena bersih.
semua jalan raya akan dipenuhi polis menjelang malam ini. semakin banyak sekatan jalanraya di buat untuk menyusahkan rakyat malaysia. sampai pakcik nk pergi Bersih kubur pun ditanya betul, sebab pakcik menjawab nk pergi bersih. igtkan pakcik nak ke kuala lumpur tapi pakcik tu cakap belum sempat habis dipotong oleh polis. terlalu phobia dengan perkataan bersih. semakin banyak lawak di adakan oleh rakyat malaysia, kalau pergi keja jangan pakai baju bersih nanti polis tangkap jadi pergi keja dengan baju kotor baru polis tak tangkap. dimana hak hak individu malaysia sekarang. malaysia menjadi negara polis. terlalu banyak sekatan polis nak pergi kebandar pun memakan masa yg terlampau lama begitu menyusahkan rakyat. nak bersih rumah pun tak boleh sebab tak ada bahan nak pakai. sekarang tak boleh sebut perkataan bersih nanti kena tangkap. begitu sekali umno takut kejatuhan kuasanya sampaikan disekat semuanya.
No comments:
Post a Comment