Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Wednesday, December 28, 2011


Portable Rockers Fisher Price


Price : RM 170


Newborn- to- toddler Rockers
Used item (cond: 7/10)
Brand Fisher -Price
Guna secara flexible
Mudah dan senang pasang

COD di Famche Ent.
Panji, Kelantan

photo.JPG
photo.JPG  photo.JPG 

Saturday, December 24, 2011

Antara 2 Darjat

http://4.bp.blogspot.com/-0dZsRIDcZeo/TvSYt31_X_I/AAAAAAAAArY/zKPHNIp53T0/s1600/toyo.jpg

Thursday, December 22, 2011

FIKIR!!!! BAGAIMANA NAK KELENTONG RAKYAT

Fikir!!! Bagaimana nak selamatkan diri....
Fikir!!! Bagaimana nak selamat di dunia....
Fikir!!! Bagaimana nak selamat anak beranak dan kroni....
Fikir!!! Bagaimana nak selamatkan otak...
Fikir!!!... Fikir!!!... Fikir!!!.... Supaya tak mudah lupa.... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... Kah... 



PERMOHONAN UNTUK PINJAMAN BANK DUNIA DIBUAT OLEH NEAC YANG DIPENGERUSIKAN TUN MAHATHIR

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Duniayang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.

Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya “rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia” dengan niat menyabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untukmembuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:

1. Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

“In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project”

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.

2. NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

3. Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

4. Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:

a. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
b. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
c. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999

5. Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.



http://budakkampungonline.blogspot.com/2011/12/fikir-bagaimana-nak-kelentong-rakyat.html

Kemuncup Perjuangan

Suatu analogi menarik dari Timb. Presiden


Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk  mencabut kemuncup yang lekat di seluar atau stokin; teruskan mainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga gol terlopong tanpa penjaga.
Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.
Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama.
Salam perjuangan.
Tuan Ibrahim Tuan Man



http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/7145-kemuncup-perjuangan-dasar-pas-dijamin-majlis-syura

Wednesday, December 21, 2011

SATU LAGI PROJEK 'MELEMBUKAN' ORANG MELAYU OLEH UMNO


Panas: Skandal NFC, Keluarga Shahrizat Di Dakwa Punyai "Kondo Mewah RM9.9 Juta" Di Singapura !

PETALING JAYA 20 Dis - PKR menemui bukti baru berhubung penyelewengan yang dipercayai dari wang peruntukan dari Projek Fitlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (foto). Bukti tersebut berhubung bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Shahrizat pada 27 Januari 2010. Kondominium tersebut dibeli pada harga S$4,107,600 yang berkeluasan 2,282 kaki persegi,iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Dalam sidang media semalam, Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata nilai pembelian tersebut dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku. Menurut Saifuddin, Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat) dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh. "Pendedahan ini melengkapkan dakwaan PKR sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC. "Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang jalankan operasi perniagaan tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC." kata Saifuddin Nasution kepada pihak media pagi semalam.


Keluarga Shahrizat Jalil dipercayai punyai kondomium berharga jutaan
ringgit
 di bangunan yang tersergam indah di kotaraya Singapura ini


Ini juga salah satu projek perniagaan Sharizat dan keluarganya di Singapura
Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltdpula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan. Sebelum ini, PKR membongkar pembelian dua kondo mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd iaitu syarikat yang juga dimiliki oleh keluarga Shahrizat. Selain itu turut dibongkar berhubung dana berjumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) oleh NFC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya di tapak PT 1886 dan PT 1887. Dalam sidang media tersebut PKR menyeru supaya PM Najib Razak ambil tindakan segera bekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan. Sidang media itu turut dihadiri oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga Ketua Wanita PKR iaitu Zuraidah Kamaruddin.

Bukti kukuh, dokumen yang menunjukkan ahli keluarga Syarizat Jalil
terlibat secara langsung projek NFC yang dipengeruskan ayahnya


[Sungguh menghairankan, bilamana bukti lengkap seperti ini sekali pun masih ramai ahli UMNO yang tidak percaya malah masih mengganggap Sharizat Jalil seorang ketua yang berwibawa. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya, sedangkan semua pihak tau bahawa syarikat yang diamanahkan untuk menjalankan projek NFC itu telah jauh menyeleweng. Malah, tergamak melantik sebuah syarikat yang mana semua anak-anaknya menjadi Pengarah. Mana mungkin Sharizat boleh kata di tidak terlibat dengan isu tersebut kerana NFC diuruskan oleh suaminya. Orang lain mungkin Sharizat boleh perbudak-budakkan, namun kini beliau harus sedar bahawa gelombang kebangkitan, kewangan bukan ditentukan oleh calon tersebut tetapi rakyat yang menentukanya. Banyak lago pembongkaran akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Semoga semua rakyat dapat menyedarkan rakyat tentang betapa teruknya Sharizat Jalil].

Monday, December 19, 2011

Taufan Washi Landa Mindanao

Banyak pengajaran yang boleh kita sama-sama ambil dari kejadian yang menimpa dua bandar di Pulau Mindanao Filipina. Taufan Washi yang menyapu bersih (wash) dua bandar utama itu mengingatkan kita kepada Ribut Greg yang berlaku di Sabah beberapa tahun yang lalu. Kedua-dua peristiwa ini ada persamaannya berlaku diwaktu sedang 'manusia' sedang lena tidur. Petikan berita dari AP berbunyi ..."Most of the victims were asleep Friday night when raging floodwaters cascaded from the mountains with logs and uprooted trees after 12 hours of rain from the late-season tropical storm in Mindanao. The region is unaccustomed to the typhoons that are common to the north of the Philippine archipelago. Both Iligan, a bustling industrial center about 780 kilometers southeast of Manila, and Cagayan de Oro were filled with scenes of destruction and desperation...." 

Demikian lah berita sedih yang kita dengar. Saban ketika pun berlaku peristiwa demikian, maka terselitlah dalam fikiran kebanyakan mereka bahawa perlakuan 'detik hitam' ini adalah kerana pembawaan fenomena alam.... tidak lebih dari itu. 

Kita orang Islam semestinya Yaqin bahawa setiap kejadian itu mesti ada sebabnya. Lenyapnya satu kawasan di muka bumi ini dengan cara yang sedemikina rupa pastinya 'ujian' dan pengajaran kepada kita semuanya supaya kembali kepada Yang Maha Berkuasa. Mudah2an dengan kejadian itu lebih ramai yang mengikut jejak langkah Rozelle Elizabeth Padilla (Queenie Padila) atau Khadija. Insya Allah. 

Ini gambar yang saya petik dari laman web Daily News: 

<div> 
</div> 
<div> 
</div> 
<div> 
</div> 
<div> 
</div> 
<div> 
</div> 
<div> 
</div> 
<div> 
</div> 
<div> 

Wednesday, December 14, 2011


BILA YANG KALAH MEMERINTAH , TERIMALAH PADAH !

kOMEN :Sedarkah kita Wilayah Persekutuan diperintah oleh BN tetapi BN kalah dalam PRU12 yang lalu iaitu Pakatan Rakyat memenangi 9 parlimen dari 11 parlimen yang dipertandingkan.Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat. Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran. Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971. Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat. Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat. "Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu. -mk Ulasan GB Mana menteri Wilayah Persekutuan yang hanya sibuk hendak merampas tanah di Kg.Baru sehingga tidak perasan kawasan ibukota mudah dilanda banjir kilat? Mana wartawan arus perdana yang baru-baru ini sibuk menuduh kononnya berlaku pencurian pasir apabila berlaku banjir di Kajang baru-baru ini semata-mata untuk memburukkan imej Kerajaan Selangor? Ada orang curi pasirkah di tengah-tengah Jalan Tun Abdul Razak?

Monday, December 12, 2011

JalanG-JalanG Terengganu Dis.11.
Pantai Merang, Taman Tamaddun Islam dan River Cruise Sg. Terengganu.


For the 3rd time, staying at Sutra Beach Resort, Merang Terengganu.

What a fortune!!! Manage to capture a beautiful rainbow...... far far away from the beach

Routine hobby for the kids. Swimming pool with a spectacular view of South China Sea.

Mum and dad take some rest... together with cutie mutie baby.

Time for the beach. Maybe not everyone is excited with the big wave...
Goodby Sutra.
and Welcome to Masjid Kristal. One of the legacy left by Idris Jusoh and Patrick Badawi. Kucari damai dihati... ku gali sirah Nabi. Yang kutemui adalah Hadhari dan Jean Abdullah.

Model mini Taj Mahal. Pokaji pandai posing jugak ye.

Ready for river cruise. Jom naik bot.
Angah and mama with full concentration, viewing the Terengganu river.
Baby comel first adventurous journey in boat. What a brave!!!

Last posing for this trip. 
Thanks Allah for a save journey.



Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Dec 2011


Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.
Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
  • Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
  • Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
  • Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
  • Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
  • End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
  • Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
  • Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Video di bawah merupakan gerhana bulan 10 Disember 2011
Berikut merupakan gambar sekitar fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011 
Gerhana Bulan penuh 1 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011Gerhana Bulan penuh 2 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Gerhana Bulan penuh 3 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Gerhana Bulan penuh 4 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Gerhana Bulan penuh 5 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011

Wednesday, December 7, 2011

Asma-Allah-ul Husna: 99 Nama Allah dan Maknanya

Allah-Lafaz Yang Maha Besar dan Maha Agung
Ar-Rahmaan-Yang Maha Pemurah.
Ar-Rahiim-Yang Maha Penyayang.
Al Maalik Yang Maha Menguasai.
Al Qudduus Yang Maha Suci.
As Salaam Yang Maha Sejahtera.
Al Mu'miin Yang Maha Pengaman.
Al Muhaimin Yang Maha Menjaga, Mengawasi, Memerintah dan Melindungi semua makhluk.
Al 'Aziiz Yang Maha Mulia.
Al Jabbaar Yang Maha Berkuasa.
Al Mutakabbir Yang Maha Agung.
Al Khaaliq Yang Maha Pencipta.
Al Baari' Yang Maha Mengadakan.
Al Mushowwir Yang Maha Pembentuk rupa.
Al Ghaffaar Yang Maha Pengampun.
Al Qahhaar Yang Maha Kuasa (Pemaksa).
Al Wahhaab Yang Maha Pengurnia.
Ar Razzak Yang Maha Pemberi Rezeki.
Al Fattaah Yang Maha Membukakan.
Al 'Aliim Yang Maha Mengetahui.
Al Qaabidh Yang Maha Menyempitkan.
Al Baasith Yang Maha Meluaskan.
Al Khaafidh Yang Maha Menjatuhkan.
Ar Raafi' Yang Maha Mengangkat.
Al Mu'izz Yang Maha Memberi Kemuliaan.
Al Muzill Yang Maha Memberi Kehinaan.
As Saami' Yang Maha Mendengar.
Al Baashir Yang Maha Melihat.
Al Haakim Yang Maha Menetapkan Hukum.
Al 'Adl yang Maha Adil.
Al Lathiif Yang Maha Lemah Lembut.
Al Khabiir Yang Maha Amat Mengetahui.
Al Haliim Yang Maha Penyantun.
Al 'Azhiim Yang Maha Agung.
Al Ghafuur Yang Maha Pengampun.
Al Syakuur Yang Maha Menghargai.
Al 'Aliyy Yang Maha Tinggi.
Al Kabiir Yang Maha Besar.
Al Hafiizh Yang Maha Memelihara.
Al Muqiith Yang Maha Pemberi Kecukupan.
Al Hasiib Yang Maha Menghitung.
Al Jaliil Yang Maha Luhur.
Al Kariim Yang Maha Pemurah.
Ar Raqiib Yang Maha Teliti.
Al Mujiib Yang Maha Mengkabulkan.
Al Waasi' Yang Maha Luas.
Al Haakim Yang Maha Bijaksana.
Al Waduud Yang Maha Mengasihi.
Al Majiid Yang Maha Mulia.
Al Baa'ith Yang Maha Membangkitkan.
Asy Syahiid Yang Maha Menyaksikan.
Al Haq Yang Maha Benar.
Al Wakiil Yang Maha Menjaga Penyarahan.
Al Qawiyy Yang Maha Kuat.
Al Matiin Yang Maha Perkasa.
Al Waliyy Yang Maha Melindungi.
Al Hamiid Yang Maha Terpuji.
Al Muhshii Yang Maha Penghitung.
Al Mubdi' Yang Maha Memulai.
Al Mu'iid Yang Maha Mengulangi.
Al Muhyii Yang Maha Menghidupkan.
Al Mumit Yang Maha Mematikan.
Al Hayyu Yang Maha Hidup.
Al Qayyuum Yang Maha Berdiri Sendiri.l
Al Wajiid Yang Maha Mewujudkan.
Al Majiid Yang Maha Mulia.
Al Waahid Yang Maha Esa.
As Shomad Yang Maha Diperlukan.
Al Qaadir Yang Maha Kuasa.
Al Muqtadir Yang Maha Menentukan.
Al Muqaddim Yang Maha Mendahulukan.
Al Mu'akhkhir Yang Maha Mengakhirkan.
Al Awwal Yang Maha Awal.
Al Aakhir Yang Maha Akhir. 
Az Zhaahir Yang Maha Nyata.
Al Baatin Yang Maha Tersembunyi.
Al Waliy Yang Maha Menguasai.
Al Muta'aali Yang Maha Agung.
Al Barr Yang Maha Menerima Taubat.
Al Muntaqim Yang Maha Penyeksa.
Al 'Afuw Yang Maaf Pemaaf.
Ar Ra'uuf Yang Maaf Belas Kasihan.
Malik al Mulk Yang Maha Menguasai Kerajaan.
Zul Jalaal wal Ikraam Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
Al Muqsith Yang Maha Mengadili.
Al Jaami' Yang Maha Mengumpul.
Al Ghaniy Yang Maha Kaya.
Al Mughni Yang Maha Pemberi Kekayaan.
Al Maani' Yang Maha Menolak.
Ad Dhaarr Yang Maha Pemberi Manfaaf.
An Nuur Yang Maha Bercahaya.
Al Haadi Yang Maha Pemberi Petunjuk.
Al Baadi' Yang Maha Mencipta Perkara Baru.
Al Baaqi Yang Maha Kekal.
Al Waarith Yang Maha Mewarisi.
Ar Raasyid Yang Maha Sedar.
As Shabbuur Yang Maha Penyabar.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails