Panas: Skandal NFC, Keluarga Shahrizat Di Dakwa Punyai "Kondo Mewah RM9.9 Juta" Di Singapura !
PETALING JAYA 20 Dis - PKR menemui bukti baru berhubung penyelewengan yang dipercayai dari wang peruntukan dari Projek Fitlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (foto). Bukti tersebut berhubung bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Shahrizat pada 27 Januari 2010. Kondominium tersebut dibeli pada harga S$4,107,600 yang berkeluasan 2,282 kaki persegi,iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Dalam sidang media semalam, Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata nilai pembelian tersebut dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku. Menurut Saifuddin, Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat) dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh. "Pendedahan ini melengkapkan dakwaan PKR sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC. "Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang jalankan operasi perniagaan tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC." kata Saifuddin Nasution kepada pihak media pagi semalam.
Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltdpula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan. Sebelum ini, PKR membongkar pembelian dua kondo mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd iaitu syarikat yang juga dimiliki oleh keluarga Shahrizat. Selain itu turut dibongkar berhubung dana berjumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) oleh NFC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya di tapak PT 1886 dan PT 1887. Dalam sidang media tersebut PKR menyeru supaya PM Najib Razak ambil tindakan segera bekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan. Sidang media itu turut dihadiri oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga Ketua Wanita PKR iaitu Zuraidah Kamaruddin.
Bukti kukuh, dokumen yang menunjukkan ahli keluarga Syarizat Jalil
terlibat secara langsung projek NFC yang dipengeruskan ayahnya
[Sungguh menghairankan, bilamana bukti lengkap seperti ini sekali pun masih ramai ahli UMNO yang tidak percaya malah masih mengganggap Sharizat Jalil seorang ketua yang berwibawa. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya, sedangkan semua pihak tau bahawa syarikat yang diamanahkan untuk menjalankan projek NFC itu telah jauh menyeleweng. Malah, tergamak melantik sebuah syarikat yang mana semua anak-anaknya menjadi Pengarah. Mana mungkin Sharizat boleh kata di tidak terlibat dengan isu tersebut kerana NFC diuruskan oleh suaminya. Orang lain mungkin Sharizat boleh perbudak-budakkan, namun kini beliau harus sedar bahawa gelombang kebangkitan, kewangan bukan ditentukan oleh calon tersebut tetapi rakyat yang menentukanya. Banyak lago pembongkaran akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Semoga semua rakyat dapat menyedarkan rakyat tentang betapa teruknya Sharizat Jalil].

No comments:
Post a Comment