Belanjawan ini adalah kosong semata mata,tiada apa pun yang membuatkan Insan semakin hampir kepada Tuhannya.Semua yang dinyatakan dalam bujget ialah keperluan kepada material sahaja meninggalkan keperluan kerohanian.Pembangunan kebendaan sahaja yang dikejar,sementara kemajuan kerohanian tidak diambil berat.Sepatutnya bujget lebih menumpukan untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan rakyat kepada penciptanya.Itu lah tugas sebenar pemimpin. Pembangunan material adalah natijah daripada pembangunan kerohanian.Sekiranya ketakwaan rakyat meningkat,kemajuan dan kekayaan akan datang dengan sendirinya.Kerana nikmat Allah tidak terbatas dan tidak terhitung.Allah maha pemurah dan akan merahmati insan yang bertakwa.
Memang ada sedikit wang diperuntukan untuk sekolah agama,tetapi ianya adalah ranting ranting kecil dalam belanjawan.Apa yang diperlukan ia suatu asas yang besar supaya dapat mengerakkan rakyat menjadi lebih bertakwa.Contoh mengadakan belanjawan kepada sistem pendidikan negara untuk mewujudkan dan mewajibkan kepada setiap murid murid Islam mengikuti kelas bahasa Arab bermula dari sekolah rendah hingga menengah.Dengan adanya kemahiran bahasa arab ini akan memudahkan permahaman terhadap Al-Quran dan amal ibadah.Lantas langkah ini dapat menjadikan setiap insan lebih hampir kepada Allah.-Msinc
Najib Tercicir Perkara Yang Tersangat Penting Dalam Bajet PRU13

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada Allah. Menurutnya, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.
Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata. Tuan Guru seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada Allah.
“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat. “Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.
Katanya, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman. Beliau turut mengambil contoh sejarah Rasulullah s.a w bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.
Tambah Tuan Guru lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia. “Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya berhubung kemungkinan besar harga gula tidak akan naik memandangkan kerajaan telah mengurangkan harga subsidi sebanyak 20 sen sekilogram. ~harakahdaily
No comments:
Post a Comment