Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Tuesday, October 16, 2012


Khurafat Dalam Final Piala Malaysia...?

Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya ke final piala Malaysia buat kali ketiga dalam era 'The Reds Warrior @TRW'. Usaha pasukan dan sokongan peminat membawa rahmat untuk Kelantan dalam misi mencatat 3 kejuaraan (treble) pada musim 2012 ini..

Pada aksi final nanti, kelibat pemain import Mohammad Ghadar dan juga Nur Farhan tidak akan kelihatan ekoran penggantungan mereka kerana 2 kali menerima kad kuning. Walaubagiamanapun ketiadaan mereka tetap tidak menggoncang semangat juang pasukan Kelantan untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam sejarah bolasepak Kelantan.

Lawan Kelantan di final ialah ATM yang dikendalikan oleh jurulatih B.Sathianathan, bekas jurulatih Kelantan yang membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dahulu. Sudah tentu Sathianathan mempunyai resipi tersendiri dalam menangani ancaman pahlawan merah nanti.

Apa yang menarik pada final piala Malaysia nanti ialah penampilan buat kali-4 berturut-turut penyerang ATM Hairuddin Omar atau lebih dikenali dengan nama Hai-O. Bermula pada final 2009 bersama Negeri Sembilan, Hai-O menyumbang 1 gol dalam perlawanan yang membawa NS muncul juara ketika itu dengan menewaskan Kelantan 3-1.

2010 pula, Hai-O yang beraksi untuk Kelantan ketika itu sekali lagi menjaringkan gol kemenangan untuk Kelantan mengalahkan juara bertahan yang juga bekas pasukan Hai-O dimana Kelantan menang dengan 2-1 sekaligus mencatat sejarah memenangi Piala Malaysia buat pertama kali.

Pada final Piala Malaysia 2011, Hai-O yang kembali menyertai Negeri Sembilan juga menjaringkan gol kemenangan yang kontroversi utk NS menyingkirkan Terengganu dengan jaringan 2-1.

Kemudian timbul gimik bahawa dimana Hai-O beraksi maka pasukan itu akan muncul juara Piala Malaysia. Gimik tidak menjadi masalah tetapi menyakini fakta tersebut adalah satu perbuatan khurafat. 

Oleh itu kawe mendoakan agar Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia edisi 2012 ini disamping menghapuskan khurafat dimana Hai-O beraksi maka pasukan itu akan menang. Namun begitu, ATM bukanlah calang-calang pasukan yang boleh dianggap lemah kerana juara Liga Perdana itu cukup liat untuk dijinakkan oleh Kelantan berdasarkan 2 pertembungan sebelum ini di peringkat kumpulan Piala Malaysia. Perlawanan pertama di Selayang, Kelantan hanya mampu seri 1-1 manakala perlawanan timbal balik di Kota Bharu, Kelantan menewaskan ATM dengan 4-3 dalam aksi yang cukup mendebarkan.

Semoga berjaya mencapai misi 03 buat Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails