Mungkin ramai yang tidur lambat pagi tadi sebab menonton perlawanan bolasepak Liga Juara-juara. Perlawanan yang berlangsung pada pagi tadi (waktu Malaysia) berkesudahan dengan kemenangan memihak ke atas pasukan Bayern Munich dari Jerman.
Perlawanan yang rancak antara kedua-dua wakil dari Jerman itu berkesudahan dengan Bayern Munich menang 2-1 ke atas pasukan lawan yang juga dari Jerman iaitu Borrusia Dortmound. Jaringan Bayern Munich dilakukan oleh pemain import dari Croatia, Mario Mandzukic pada minit ke 60.
Pasukan lawan mendapat penalti pada minit ke 68 dan Ilkay Gundogan menyempurnakan penalti untuk Borussia Dortmund. Ketika perlawanan hampir ke masa tambahan, pemain Bayern Munich dari Belanda Arjen Robben menjaringkan gol yang seterusnya menjadi gol kemenangan bagi pasukan Bayern Munich pada minit ke 89.
Kemenangan ini menyaksikan bahawa Bayern berjaya menyertai Liverpool sebagai pemenang Liga Juara-Juara sebanyak lima kali.

No comments:
Post a Comment