Firasat Tok Kenali : Golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!!
Tok Kenali, adalah seorang tokoh agama dan wali Allah di alam Melayu yang rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi berkaitan dengan ilmu dan kehebatannya .
Syair karya arwah Tok Kenali seperti dibawah ini jarang jarang sekali kita temui dan baca , antaranya ialah :
“Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku,
Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku,
Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya’ keramat,
Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad,
Simbol besi serta keris,
sekeliannya itu dibinasakan Allah”
sekeliannya itu dibinasakan Allah”
Mengikut sumber syair ini dicetak dalam Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, tulisan Syaikh Mahmud Nasri Uthmani, Baling Kedah.
Beliau merupakan khadam dan murid kepada Tok Kenali. Untuk makluman korang, risalah tersebut telah diharamkan Pada Hari Isnin 23/8/1976, Hari Isnin 25/10/1976 Dan 10/11/1976 . Sila baca di sini atau di sini
Walau apa pun, saya ingin mengajak korang sama-sama mengikuti satu kupasan tentang Syair diatas:
Pada baris pertama syair itu ada perkataan atau kalimah “Daulat Tuanku”, kalaulah ini merupakan kalimah syirik seperti yang pernah didakwa oleh sesetengah pihak, takkan Tok Kenali masukkan kedalam syairnya pula, takkan beliau tidak faham akan maksudnya atau tidak tahu akan hakikat kalimah itu!Siapakah golongan bendera merah puteh itu? Golongan Merah ialah golongan para mujahiddin yang menjaga agama dan berjuang menegakkan agama Allah dengan diri dan darah mereka!Contoh mereka yang berjuang dengan cara ini ialah Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Dol Said dan ramai lagi… Golongan Puteh pula ialah puak pondok, puak yang menjaga agama islam dengan kitab, mereka belajar dan mengajar ilmu. Golongan Kuning ialah puak Raja – Raja Melayu, puak yang menjaga agama dalam kesulthanan.Mereka juga memikul amanah untuk memastikan Melayu-Islam akan kekal sehingga ke akhir zaman. Golongan Hijau ialah ialah puak Al-Khaidir a.s, puak yang menjaga agama dengan kesaktian.Contoh mereka yang berada dalam puak ini ialah Tok Ku Paloh , semua Jundullah atau pendekar sufi. Nabi Khaidir a.s dikatakan pernah sembahyang sebanyak dua kali bersama Tok Ku Paloh, kali pertama Tok Ku Paloh berimamkan Nabi Khaidir a.s , kali kedua Nabi Khaidir a.s hadir sembahyang subuh berimamkan Tok Ku Paloh pula.Kelabu pula ada 2 tafsiran iaitu merujuk kepada fahaman Ibnu Taimiyyah dan satu lagi merujuk kepada Syiah.Hitam pula merujuk kepada fahaman golongan wahabi. Kelabu dan hitam ini dicela pegangan dan fahaman mereka oleh Ahli Sunnah Waljamaah.Ramai diantara pengikut sebuah parti pembangkang sekarang ini yang berfahaman syiah dan wahabi.Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh satu komponen beberapa parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini.Mengikut Firasat dan Kasyaf Tok Kenali kesemua golongan kelabu,hitam dan golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!!Lihat dan renunglah sendiri wahai sahabatku sekalian, mutu dan keunggulan semua parti atau golongan diatas sudah semakin merosot kini , malah telah mengalami zaman kejatuhannya.Para pemimpin mereka asyik mengejar harta dunia, pangkat, malah sudah ada yang sanggup bersekongkol dengan kafir demi kelansungan kuasa mereka.Atas sebab itulah marilah kita bersatu agar kita termasuk kedalam 3 golongan iaitu golongan Merah atau Puteh atau Hijau manakala golongan Kuning berada dalam kategori nya yang tersendiri dan akan bangkit dengan sendirinya atas sokongan dari 3 golongan lain iaitu; [merah-puteh-hijau] InsyaAllah!!!Ketepikan soal politik sempit yang menyebabkan perpecahan ummah ! Melayu -islam harus bersatu ! Melayu- islam harus kuat!
Bila tengok seruan akhir kalamnya, 'Melayu Islam harus bersatu' aku dah boleh agak fahaman politik mamat nih!
Tapi aku tak mahu pula nak ulas mengenai pentafsirannya di atas itu. Cumanya aku agak tertarik dengan konklusi diakhir yang menyeru :
“marilah kita bersatu agar kita termasuk kedalam 3 golongan iaitu golongan Merah atau Puteh atau Hijau manakala golongan Kuning berada dalam kategori nya yang tersendiri dan akan bangkit dengan sendirinya atas sokongan dari 3 golongan lain iaitu; [merah-puteh-hijau] InsyaAllah!!!"
Korang kena perhati dengan teliti katanya , Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh satu komponen beberapa parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini.
Lebih baik cepat-cepat korang caww dari Umno/BN tu! Kerana dia bagi tau,"golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!!"Subhanallah!
Korang nak tunggu dan fikir apa lagi? Korang tengoklah sendiri ~ Merah,Puteh, Hijau itu ada pada bendera PAS! Korang kena ikut seruan mamat nih! Ayuh apa lagi!
Merah, Puteh, Hijau itu ada pada bendera PAS !Allahu akbar!
No comments:
Post a Comment