Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Thursday, April 22, 2010

Tazkirah: Pembentukan Insan Muslim Yang Mukmin


Salam Kedamaian,

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi daripada kuliah Maghrib malam tadi yg diadakan disebuah madrasah ditempat saya.
Ustaz memulakan kuliah dengan membincangkan persoalan berkaitan dengan tanggung jawab seseorang untuk menjadi muslim yang terbaik. Tajuk ini ingin amat penting untuk dibincangkan kerana, jika sesorang muslim itu faham dan menjalankan tanggungjawabnya berpandukan kepada ajaran Islam , maka InsyaAllah, banyak perkara akan menjadi baik.
Ustaz mengatakan bahawa gejala-gejala sosial yang berlaku pada hari ini adalah kerana kesedaran mengenai tanggung jawab sesorang muslim, samada terhadap anak-anak, jiran-jiranya, masyarakatnya bahkan terhadap dirinya.
Ustz juga mengaitkan kejadian-kejadian yang berlaku diseluruh dunia hari ini seperti peperangan, gempa bumi, kebakaran yang besar adalah untuk mengigatkan kita betapa kejadian hari kiamat adalah begitu hampir belaku. Cumanya kita, tarikhnya dirahsiakan daripada pengetahuan manusia. Seperti yang kita tahu bahawa kerahsiaan ini juga mengandungi hikmah-hikmah yang tersendiri.

Berbalik kepada tajuk kuliah iaitu Konsep Tanggung jawab penting yang ingin dikongsikan pada sesi ini ialah mengenai Panduan/Wasilah untuk Mendidik Anak-Anak yang telah gariskan oleh ulamak-ulamak dahulu di dalam sebuah kitab lama (Maaf, kurang pasti nama kitab tersebut). Ustaz mengatakan bahawa ulama-alamak dari dulu lagi telah besepakat bahawa perkara-perkara dibawah seharusnya menjadi penduan bagi setiap ibu bapa dan keluarga muslim bagi melahirkan insan mukmin, iaitu:

1. Qudwah- iaitu contoh tauladan yang baik daripada ibu bapa.
Ustaz memberikan analogi yang cukup menarik bagi membincangkan hal ini. Contohnya yang merupakan suatu kisah benar. Ada pasangan ibu bapa yang datang dari jauh negeri di Utara Malaysia untuk mengahar anaknya belajar di sekolah agama yang terkenal di Kelantan.....Malangnya awal-lagi masa menghantar sianak kesekolah tersebut, ada sesuatu yang amat tidak kena pada pasangan tersebut. Sejak dari mula turun kereta, bukan main bergaya lagi si ibu berfesyen dengan tidak menutup aurat dan sewaktu dengannya......
Dipendekkan cerita, sianak setelah 2 bulan bersekolah disini, mula menjadi keliru kerana ustaz yang mengajar mengatakan menutup aurat itu wajib dan berdosa. Lantas sambil2 menelefon ibunya bertanya khabar, memberitahu bahawa menutup aurat itu berdosa. .....Bagaimana jawapan siibu??? WAH, KAMU BARU 2 BULAN BELAJAR DISEKOLAH AGAMA DAH PANDAI MENEGUR ORANG TUA? Jadi, menikuslah sianak ini dan makinlah pening kepalanya, mana satu yang betul ni. Ustaznya atau ibu bapanya.
Moralnya disini ialah, ibu bapa merupakan role model yang terbaik dan banyak mendatangkan kesan kepada pembentukan anak-anak.

2. Bentuk persekitaran yang baik- rumah/ keluarga, masayarakat dll

3. Prihatin - saling bertanya khabar, prihatin

4. Tarbiah- sistem hukuman masa anak-anak masih kecil

5. Perkenalkan konsep dosa/pahala dan surga/neraka.


Kuliah disampaikan oleh Ust. Alias Ahmad (Ketua Eksekutif HEP, KIAS)

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails