by Zulhazmi Shariff |
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama. Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Hak terhadap harta. (a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. (b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi. Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta. Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut. Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuchin g untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan. Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain. |
Monday, February 28, 2011
SAMAN EKOR....Ketahui Hak Anda..
Kisah seorang daripada 6 00 000 orang diterima hajinya
Abdullah bin Mubarak menceritakan sewaktu beliau tertidur di Masjidil Haram, beliau ternampak dua malaikat turun dari langit.
Berkata salah seorang darinya, “Berapa ramai bilangan yang menunaikan haji tahun ini?” Jawab yang disebelahnya, “600,000 orang.”
“Di antara mereka berapakah yang diterima hajinya?” Jawab malaikat kedua,
“Di antara mereka, hanya seorang saja. Namanya Muwaffaq, dia tinggal di Damsyik, pekerjaannya sebagai tukang kasut, dia tidak dapat berhaji, tetapi hajinya diterima oleh Allah,”
Bila tersedar dari tidur, Abdullah segera berangkat ke Damsyik untuk mencari lelaki ini.

Setelah bertemu, Abdullah pun bertanya, “Terangkan padaku, apakah amalanmu sehingga mencapai darjat yang tinggi?” Jawab Muwaffaq,
“Dengan rahmat Allah, aku telah mengumpulkan wang sebanyak 300 dirham yang aku simpankannya untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
Waktu itu, isteriku sedang hamil dan dia telah tercium sesuatu dari rumah jiran dan dia menyuruhku memintanya sedikit kerana mengidam.
Aku pun mendapatkan jiranku itu. Berkata jiranku kepadaku,
“Aku terpaksa memberitahumu satu perkara, anak-anakku sudah tiga hari tidak makan.”
Sewaktu aku keluar mencari makanan, aku terjumpa bangkai himar lalu aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini halal bagi kami tetapi haram bagimu.
Mendengarkan kata-kata wanita ini, aku segera pulang ke rumah dan mengambil wang 300 dirham itu lalu aku berikan padanya.
Aku berkata kepada diriku, “hajiku hanya di pintu rumah jiranku.” Hanya itulah saja amalanku.
Demikianlah besarnya rahmat Allah kepada hambanya, sesungguhnya Allah tidak memandang pada harga yang kita ada tetapi niat yang ikhlas lagi suci.
Sunday, February 27, 2011
Jangan Biarkan Kita Terus Di Bohongi
Bismillahirahmannirahim......
Wah Wah Wah...
Hari Tu Dipuji Sebagai Penyelamat Bangsa(Pejuang Ketuanan) Dikatakan Jika Tiada Mustafa Kamal Artatuk Maka Islam Di Turki Pun Akan Hilang...
Kah Kah Kah... Auta Yang Difaktakan...
Lepas Tu Keluar Dalam Paper Puji Melambung2 Laknatulah Ini ??
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp
Lepas Tu (Terbaru) ...Dapat Kalungan Bunga Pula???
Kah Kah Kah.....
Daripada Pi Pusara Laknatulah....Baik Pi Makam Salehuddin Al-Ayubbi........
Takpun Pun Makam Khaled Islamboli
Kat malaysia dah kata haram letak bunga kat makam pahlawan. Letak kat peruntuh khilafah Islamiyyah Turki, kamal Attaturk takpe ke? Mana ulama UMNO ni??? |
Harap Tan Sri Harussani beri fatwa nih??? |
Fatwa Mengatakan Ia Adalah Bercanggah Dengan Ajaran Islam Dan Boleh Membawa Kepada Syirik...
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/istiadat-meletakkan-kalungan-bunga-di-tugu-negara-sempena-hari-pahlawan
Nauzibillah Min Zalik.......
Aku Akur Dengan Kehendak Agama.....
InsyaAllah......
Jangan Membazirkan Duit Ataupun Masa Untuk Memastikan Rakyat Juga (Macam Aku ) Untuk Menaikkan Laknatulah Ini Ke Makam Tertinggi....
Dan Kepada Orang2 Islam Diluar Sana...
Pastikan...
Fakta Ini Dikhetahui Oleh Adik,Anak,Cucu Dan Cicit...
Sultan Abdul Hamid Berkata Ketika Yahudi Meminta Tanah Palestin
“Beritahu orang-orang Yahudi yang tidak beradab itu bahawa hutang-hutang kerajaan Uthmaniyah bukanlah sesuatu yang nak dimalukan, Perancis juga mempunyai hutang-hutangnya dan itu tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Baitul Maqdis menjadi sebahagian dari Bumi Islam ketika Umar al-Khattab mengambil kota itu dan aku tidak akan sekali-kali menghina diriku dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada Yahudi dan aku tidak akan menodai tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh ummah ini kepadaku. Biarlah Yahudi-yahudi itu menyimpan wang mereka, umat Islam Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam kota-kota yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam”.
Dan Lagi
“Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah Palestin ini kerana ia bukan milikku, ia adalah milik umat Islam seluruhnya. Umat Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan jutaan wang mereka.
Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin pecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini (penjualan Palestin) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup”.
=Sejarah juga mencatatkan hutang Kerajaan Islam Uthmaniyah adalah pada kadar 2.528 juta lira emas Uthmaniyah. Ketika Sultan Abdul Hamid dijatuhkan hutang tersebut hanya tinggal 106 juta lira. Beliau berjaya menurunkan hutang sehingga 1/20 daripada jumlah asalnya. Namun Turki Muda yang berkuasa selepas itu kembali menaikkan hutang Turki sebanyak 300%.
Lagi Kehebatan Khalifah Islam Terdahulu....
Pernah suatu ketika Perancis merancang mengadakan pementasan drama teater yang diambil dari hasil karya Voltaire (seorang pemikir Eropah) yang menghina Rasulullah saw, ia juga menghina Zaid dan Zainad.
Sebaik sahaja mengetahui berita pementasan itu, Sultan Abdul Hamid telah memberi amaran kepada pemerintah Perancis melalui dutanya di Paris supaya memberhentikan pementasan drama itu dan mengingatkan akan kesan politik yang bakal dihadapi Perancis jika ia meneruskan pementasan itu. Perancis dengan serta merta membatalkannya. Kumpulan teater itu datang ke England untuk merancang melakukan pementasan yang serupa dan sekali lagi Sultan Abdul Hamid memberi amaran kepada England.
England menolak amaran itu dengan alasan tiket2 telah pun dijual dan pembatalan drama itu adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan rakyatnya. Setelah mendengar jawapan itu, Sultan Abdul Hamid sekali lagi memberi amaran: Saya akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengisytiharkan bahawa England sedang menyerang dan menghina Rasulullah kami! Saya akan isytiharkan Jihad al-Akbar. Britain dengan serta merta melupakan dakwaannya mengamalkan kebebasan bersuara dan pementasan drama itu dibatalkan.
Lihatlah walaupun Khilafah Uthmaniyah berada dalam keadaan tenat namun ia masih lagi dihormati di arena antarabangsa dan perkataan Jihad sudah cukup menggerunkan kuasa-kuasa Besar Barat. Sultan Abdul Hamid masih mampu campurtangan untuk melindungi kepentingan umat Islam dalam urusan dunia yang global.
AKU MERINDUI KHALIFAH ISLAM!!!!
Cerita Selanjutnya Boleh Dibaca Di
http://manaratulhuda.blogspot.com/2010/0
Dan Kepada Orang2 Islam Diluar Sana...Terutamanya Yang Mempunyai Pengikut2 Nya Yang Tersendiri..
Ingatlah!!!!!
Jika Hendak Menceritakan Kehebatan Kerajaan Turki..
Sebutkanlah Dan Ceritakanlah Tentang Sultan Abdul Hamid II
Bukannya Menipu Masyrakat Dan Kanak2 Dengan Mengatakan Bahawa Mustafa Kamal Adalah Manusia Mulia Pembela Wanita Dan Islam...
Ingatlah...Di Akhirat Kelak Akan Dituntut Segala Perbuataan Anda Di Atas Muka Bumi Allah Ini...
Mengatakan KAMAL Arttatuk Adalah Pejuang Islam Sama Seperti Mengatakan Ayah Pin Adalah Pembawa Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah....
WaAllahualam.....
kredit: laksamanabukitbintang.blogspot.com
Thursday, February 24, 2011
Sah, Daphne Iking Sudah Peluk Islam & Berkahwin!
H
ampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunyaDahlia Eleanor Iking.
Menurut KakInaKL.com, semalam dia berkesempatan menemui Daphne Iking di Actor Art Studio bertempat di Lot 10 sempena pementasan teater. Kehadiran Daphne Iking bersama seorang jejaka Melayu yang hensem menimbulkan pelbagai persoalan.
Kesempatan ini diambil oleh KakIna untuk bertanya mengenai status agama Daphne Iking.
Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.
Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.
Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua! -ohbulan.com

Libya: Gadis-Gadis Cun Turut Berjuang
Gadis-gadis cun ini turut berjuang! |
Saya petik:
[Kosmo] BENGHAZI - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam.
"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.
Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.
Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.
Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.
Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.
Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyenSky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.
Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters
Regim2 U Sedang Bermain Api Dengan Budak2 U
Pentadbir2 U seolah2 Regim yang di restui oleh KERAjaa, bermacam2 peraturan di kenakan keatas mana2 calon yang tidak sehaluan dengan KERAjaan, U cuba hendak mengajar pelajar2 menjilat pemimpin2 negara.
Sudah melampau peraturan2 di malaysia ini, seusia muda pelajar2 U sudah di tanam perangai yahudi, penuh dengan segala penipuan. [lihat sini].[sini]
Hanya segelintir saja pelajar yang bengap mengikut apa saja pentadbiran U buat dan arah, yang celik dan pintar dan tahu akan masa depan negara lebih ramai, itu lah sebenar nya yang di takuti oleh regim U dan KERAjaan nasionalis umno.
pelajar bukan mudah untuk di tipu seperti melayu umno felda, mereka semua sudah tahu apa saja penyelewengan KERAjaan, dengan RASUAH nya, berjoli dengan harta rakyat, serta mengagih kekayaan negara sesama kroni dan sebagai nya.
Akhir2 ini apa saja jentera KERAjaan penuh dengan TIPU dan UGUT untuk KERAjaan umno kekal kuasa menjelang PRU13 nanti, itu jah yang mereka ada, tapi mereka lupa, mereka sedang bermain API dengan budak2 U sebenar nya.
Monday, February 21, 2011
Entry Pertama "boblokman.blogspot.com"
DEMI ALLAH
Assalamualaikum.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG.
Maha Suci Engkau, tiadalah kami berilmu, melainkan dengan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha mengetahui dan Maha Bijaksana. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan kehendak ALLAH yang Maha Berkuasa.
ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus.
Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.
Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.
Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".
Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH". Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara. Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.
Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.
Sekian dulu sebagai introduction untuk blog ini, hingga bertemu lagi dalam tulisan selepas ini, Assalamualaikum, Takbir- ALLAHUAKBAR.

Sunday, February 20, 2011
Bob Lokman -Cucu Tok Kenali Masuk Pas
PAS popular di kalangan 'rockers'
Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.
Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.
Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.
"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.
Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.
"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.
Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.
Insomnia - Bila Anda Bermasalah Untuk Tidur
Kebanyakan orang pernah sekali-sekala mengalami masalah sukar untuk tidur. Ia merupakan satu perkara biasa dan mungkin tidak di anggap sebagai satu masalah kesihatan. Janganlah berasa risau sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur pada ketika tertentu dalam kehidupan anda.
Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari.
Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya. Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.
Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.
Wednesday, February 16, 2011
P Ramlee - Nostradamus Politik Negara
artikel ini telah disiarkan di akhbar Suara Keadilan 2 keluaran 8 februari 2011.
Dekad terakhir abad 20 sehingga hari ini, awal dekad di abad ke 21
adalah dekad reformasi. Tiada siapa boleh nafikan. Api reformasi
menggelembung, memecah, meletup dan laharnya muntah di
mana-mana. Ia meletup di Myanmar, Nepal, Thailand, Indonesia
juga di Malaysia. Mutakhir ini menyaksikan kebangkitan rakyat
di Tunisia, Yaman dan Mesir. bagai mata air di bawah tanah, ia
telah menjalar ke sana Reformasi mengubah segala yang bersifat
arus perdana (mainstream) menjadi tidak relevan. Siaran televisyen,
drama tv dan filem, majalah dan buku, industri muzik dan hiburan,
komik dan kartun yang tidak mendengar keluh-kesah marhaen
dikuburkan oleh rakyat. Di Malaysia, kita dapat lihat apa yang
disebutkan tadi berlaku. Rakyat membunuh media yang tidak
merakam suara mereka. Jika masih hidup, ia tawar, hambar
dan tinggal nyawa-nyawa ikan. Satu-satunya yang masih relevan
sejak zaman merdeka sehingga ke hari ini di era reformasi ialah
filem P.Ramlee. Ini kerana P.Ramlee berani melawan arus.
Bukan tiada pengarah Melayu ketika itu tetapi P.Ramlee
telah mengambil langkah berani dalam berkarya. Mendengar
rintihan rakyat lalu mengadunkannya mengikut selera penonton.
"Bukanlah saya gemar menghasilkan filem komedi tetapi kehendak
"Bukanlah saya gemar menghasilkan filem komedi tetapi kehendak
pasaran. Namun begitu saya tidaklah membuatnya main-main."
Begitulah ungkapan yang pernah beliau nyatakan. Benar,
P.Ramlee menjadi pengkritik sosial, menyindir dalam sinis sejak
filem pertama arahan beliau "Penarik Beca" sehinggalah yang
terakhir beliau mewasiatkan filem "Laksamana Do Re Mi" untuk
tatapan generasi selepasnya. Penarik beca cerita cinta tak
kesampaian jejaka marhaen Melayu kasta pariah (boleh gunakah
perkataan ini?) dihalang oleh bapa sang dara yang merasakan
keturunannya terlalu mulia untuk digandingkan dengan sang
penarik beca yang miskin papa kedana itu. Cerita ini cerita sedih
tetapi yang menjadi lucunya di era reformasi lagu "Azizah" dan
"Engkau laksana bulan" di dalam filem tersebut telah diharamkan
oleh kerajaan kerana Azizah adalah nama presiden Parti Keadilan
Rakyat manakala bulan adalah lambang bendera Parti Islam
seMalaysia (Pas). Filem terakhir beliau pula, Laksamana Do Re Mi
menyaksikan bagaimana sebuah kerajaan Pasir Dua Butir telah
dirampas oleh menteri Fasola persis Barisan Nasional merampas
negeri Perak dari kerajaan Pakatan Rakyat. Deria seniman P.Ramlee
seolah-olah kasyaf (juga diharap istilah ini tidak menakutkan) dan
dapat melihat apa yang akan berlaku di tanahairnya sendiri. Bahkan,
P.Ramlee juga pernah tak dibenarkan masuk ke negeri Perak
kerana 'hal keluarga dengan istana'. P.Ramlee seperti Nostradamus
yang bisa meramal masa akan datang. Nostradamus yang hidup
kurun ke 15 terkenal dengan ramalan-ramalan dunianya dalam
bentuk pantun empat kerat.
Sudah diketahui umum dan menjadi gurau senda di internet dialog
Sudah diketahui umum dan menjadi gurau senda di internet dialog
Sudin dalam Pendekar Bujang Lapok, "Alif mim nun wau, Alif
tendang wau - sarkis!". Entah kebetulan atau memang P.Ramlee
berpendirian yang alif, mim, nun, wau (Umno) memang sarkis
penjajah tidaklah diketahui tetapi semangat patriotik dan bencikan
penjajah telah dibuktikan P.Ramlee dengan menghasilkan "Sarjan Hassan".
Ketika hari ini Perdana Menteri sibuk dengan konsep 1Malaysia yang
cuma retorik walhal Umno sarat dengan semangat perkauman, P.Ramlee
sudah lama menerima kaum lain sebahagian dari Malaysia.
Tontonlah filem Ali Baba Bujang Lapok babak sarjan penyamun
(lakonan Ibrahim Pendek) berbual dengan apek tukang kasut untuk
menyiasat di mana rumah Kassim Baba. Setelah diberitahu di mana
rumah Kassim Baba, sarjan penyamun tergesa-gesa meninggalkan
apek yang bersungguh-sungguh mahu membawanya ke rumah tersebut.
Ketika itu apek itu terhalang kerana diserbu pelanggan yang ramai datang
hendak membaiki kasut. Apek tukang kasut telah mengucapkan dialog
yang sinis," Tak usah gaduh-gaduh, gua pun local citizenship."
Apa maknanya itu?
Konflik cinta terhalang akibat berbeza darjat memang popular sehingga
Konflik cinta terhalang akibat berbeza darjat memang popular sehingga
hari ini tidak kiralah filem Melayu atau Hindustan sampailah ke filem
Yusof Haslam dan Razak Mohideen. Banyak filem sebegitu telah
dihasilkan tetapi P.Ramlee berjaya menyelitkan unsur-unsur lain
di dalamnya. Filem Antara Dua Darjat, Ibu Mertuaku di antaranya.
Sultan yang ego telah dibuli oleh nujum Pak Belalang agar masuk
merangkak di dalam gua seperti menyindir meminta Sultan 'turun padang'
dan jangan asyik megah di singgahsana sahaja. Tidak hanya cinta,
P.Ramlee membongkar keluh golongan pekerja yang ditindas majikan
melalui filem Labu dan Labi. Kemudahan tempat tinggal dan gaji pekerja
bawahan si Labu dan Labi telah diabaikan oleh majikannya Haji
Bakhil yang gemar membuli. Labu dan Labi takut memprotes
sebaliknya hanya berani melawan dan membuli Haji Bakhil di
dalam angan-angan dan mimpi sahaja. Kaum majikan sebenarnya
bukanlah berani sangat jika golongan pekerja berani memprotes.
Sebagaimana Labu yang terus melawan kerana menyangkakan
dia masih bermimpi, sang majikan tiba-tiba berubah menjadi takut.
Ia seperti mengajar kita bersatu dan berani menyuarakan hak kita.
Sebagai muslim, P.Ramlee bereksperimen dalam filem Semerah
Sebagai muslim, P.Ramlee bereksperimen dalam filem Semerah
Padi bagaimana sebuah negara ditadbir mengikut undang-undang yang
termaktub di dalam kitab Al Quran. Tidak seperti filem 'agama' yang
pernah dihasilkan di Malaysia yang seperti kuliah dan ceramah,
P.Ramlee menggambarkan indahnya menjalankan syariat Allah.
Semerah Padi menunjukkan bagaimana Islam dijadikan panduan
hidup yang memelihara keamanan dan menegakkan keadilan
dengan penuh hikmah. Menyingkap filem "Musang Berjanggut" pula,
ulama pengampu kerajaan dibidas kerana sibuk menyuruh orang
berbuat baik sedangkan dirinya seperti bapa ketam yang berjalan
mengereng. Ungkapan "Ini undang-undang kanda yang bikin, itu
semua boleh padam" oleh Menteri Nikah Kahwin sangat pedas
kerana dalam sesuatu hal, undang-undang boleh dipinda mengikut
selera mereka yang berkuasa. Rakyat biasa buat akan dihukum
tetapi orang atas tidak mengapa.
Tulisan ini sekadar memetik sepintas lalu sahaja beberapa filem
Tulisan ini sekadar memetik sepintas lalu sahaja beberapa filem
P.Ramlee untuk mengajak kita berfikir bahawa cabang reformasi
amat luas dan perlu digunakan sebaiknya oleh penggiat seni
dengan penuh kebijaksanaan. Kezaliman harus ditentang dan
untuk meruntuhkannya, ia perlu dikepung dari semua sudut sama
ada melalui partai politik, NGO mahu pun kegiatan seni. Mahu
bikin sesuatu bikinlah agar dapat difikirkan oleh anak cucu, jangan
tinggalkan sampah untuk dibebani sebagaimana setiap kepala
generasi hari ini dan esok menanggung hutang negara yang amat besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)