Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Monday, February 28, 2011

SAMAN EKOR....Ketahui Hak Anda..


 

by Zulhazmi Shariff
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai
rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah
undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan
menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam,
kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara
dijamin hak yang sama.
Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan
 ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13
Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta.
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali
 mengikut undang-undang.
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan
bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa
dengan tiada pampasan yang mencukupi.
Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan
tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya
Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih
seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan.
Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen
memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga
sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat
terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu
dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan
mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh
 digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya
terhadap harta.
Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka
menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan
yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka
Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah
diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang
memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan
tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar
pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim 
Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan 
Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun
 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard
Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh
JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau.
Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuchin
g untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai
 hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan
adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ
 di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta
tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh
menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang
 belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai
 hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara
13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar
gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan
beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga
terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-
pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan
hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu,
 bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan.
Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan
 hak anda.
Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun
pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin
dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya
ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300
atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah,
ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR 
MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA 
SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?
Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan
sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak
berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang.
 Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka
 ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah.
Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman
dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap
saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan
memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar
maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman
diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah,
maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya
OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan
berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau
meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya
bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu.
Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan.
Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah
selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda.
Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga
samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya
 pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke
Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu
sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan
saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan
meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu
melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun
 jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.
Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan
Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika
pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak
perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika
pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik
disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan
memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah
yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman
 itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila
 pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar
kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun
bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan
dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ.
Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak
berkuasa.
Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka
bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya
ada pada Mahkamah.
Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda,
 jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan.
Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA
ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK
LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987
(Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa
transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah
JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara
yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan)
 2010 JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang
membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan
 siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai.
Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan,
 JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat
adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu
 betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak.
Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah
 maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan)
2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah
JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan,
 di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis
dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan
 halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah
dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa
alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda
 dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika
alasan
bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda
boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi
kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan
 anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.


Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen 
Anti Saman Ekor (KASE)

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails