Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, March 6, 2011

Misteri kehidupan umat di zaman Nabi Nuh

 



Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu 
(Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam 
yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid 
ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji 
tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh
 tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid 
ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.
 Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang 
dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga 
adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.






Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan 
dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat.
 Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah 
bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? 
Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat 
dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang
 Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke
 Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul 
Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa 
sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah 
bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material 
adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya 
banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat 
canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta 
pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap 
rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet 
kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar 
melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan 
kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis 
tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' 
Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains 
zoologi yang handal.



Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut 
yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang
 wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh 
teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada 
orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina 
kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan
 dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji 
malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina 
oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan 
Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir
 Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang
 besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem 
perkomputeran yang termaju.



Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, 
kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa 
dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 
Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana 
kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah
 jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman 
Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga 
Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan 
manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah 
seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-
pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear 
seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala 
bencana?
 Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang
 mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan 
material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu 
semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. 
Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali
 diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan 
seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan 
sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh 
dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana 
anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan 
mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan 
misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang 
penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan 
filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa 
(sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW 
atau sebagainya) di China.

Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
http://www.ancientmysteries.eu/gallery%20pictures%20UK.html
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang
 percaya kitalah masyarakat paling moden.


Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 
2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi 
sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh 
menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia
 banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand 
seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk 
mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa 
yang kita dapat bayangkan.


Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka
 bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih
 mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,
 bercucuk tanam dan mengail ikan.


Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah 
Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan
 kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami 
berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami
 jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami 
binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah 
mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil 
mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan 
moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan 
komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang p
ernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan
 tinggi dan komputer.




Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya 
masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam
 bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang 
diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil 
setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera 
Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

credit: http://zharifalimin.blogspot.com/2011/03/misteri-teknologi-zaman-nabi-nuh-yang.html

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails