Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, March 13, 2011

Sebelum & Selepas Bencana Tsunami Di Jepun

Kuasa dan kehebatan Allah mengatasi segalanya. Apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan teknologi tinggi jika .................... 

Gambar dari jauh menunjukkan gelombang tsunami merempuh tebing pantai dan menenggelamkan semua yang ada. Ketika air laut melalui daratan ia mula bercampur dengan tanah dan berubah warna menjadi warna coklat.

Tidak berdaya: Sebuah kapal, sangat kecil dibandingkan dengan saiz pusaran air ditarik semakin dekat ke arah mata pusaran di perairan berdekatan pelabuhan Oarai, Ibaraki.

Terancam: Kepala ombak tsunami yang sudah melanda pantai dan yang bakal melanda kelihatan di dalam gambar.

Dengan kebakaran dan kehancuran di sekelilingnya seorang lelaki berhati-hati melalui sisa runtuhan sementara (kanan) berlaku kesesakan jalan raya di kedua-dua arah di Sendai ketika orang ramai cuba untuk melarikan diri dari bandar pantai.

Gambar yang luar biasa menunjukkan bagaimana gempa bumi membelah sebuah jalan di Satte, pulau Honshu.

Dua wanita di kota Urayasu, Chiba, berebut melintas sebuah jalan yang pecah kerana gempa bumi. Kanan, seorang wanita sugul dan bersandar pada bahu temannya ketika mendengar pengumuman bencana ini telah meragut beratus-ratus nyawa.

Runtuh: Tiga pekerja terkejut melihat apa yang telah terjadi pada sebuah kilang di bandar Sukagawa, Fukushima, di mana beberapa saat sebelum itu mereka bekerja di dalamnya.

Ombak yang marah: Tsunami mengalir melalui pokok-pokok dan rumah-rumah di pantai Natori, Miyagi, selepas gempa melanda.

Beberapa saat kemudian menunjukkan bagaimana seluruh kawasan dengan puluhan rumah dihapuskan oleh ombak air dan menyapu apa saja yang berada dalam laluannya. Kelihatan sisa runtuhan terapung-apung di permukaan air.

Merebak: Aliran air keruh bersama sisa runtuhan melalui landasan parkir di lapangan terbang Sendai di Utara Jepun.

Musnah: Gelombang Tsunami kelihatan di sepanjang sungai Naka di bandar Hitachinaka, Ibaraki beberapa jam selepas gempa berkekuatan 8.9 melanda pagi semalam.

Terkejut: Sepasang pemuda yang berada di sebuah kedai buku di Sendai, Utara Jepun, berpelukan apabila siling dan dinding bangunan runtuh kerana gempa bumi, sementara di Tokyo, kanan, asap hitam naik akibat kebakaran yang berlaku disebabkan oleh gempa.

Selepas: Awanan asap berkepul-kepul keluar dari kilang minyak, dan kebakaran mula melanda di Chiba setelah terjadinya gempa bumi.

Prihatin: Dua pekerja pejabat di Tokyo melihat kesan bencana gempa bumi yang menggegarkan bangunan dan asap kelihatan naik dari sebuah gedung pencakar langit luar.

Kesan: Seorang ibu dan anak perempuannya gugup apabila melihat limpahan air dari sebuah paip air yang pecah di trotoar di Tokyo sementara itu, kanan, paramedik mengeluarkan korban dari sebuah bangunan yang digoncang gempa bumi.

Amaran Merah: Kebakaran mula menelan rumah-rumah yang dilanda tsunami di wilayah Miyagi, Jepun.

Sisa: Sebuah pemandangan yang menakutkan di sebalik runtuhan rumah yang hancur dan kenderaan yang terperangkap di perairan Kesennuma di Miyagi, Utara Jepun.

Ledakan: Api yang mencapai ratusan kaki ke langit selepas gas semulajadi di Chiba berdekatan Tokyo meletup selepas gempa bumi, sementara kanan, api terus marak ke kawasan perumahan di Yamada, Utara Jepun.

Terkandas: Pembeli-belah duduk di lantai sebuah pasaraya apabila perkhidmatan kereta api dan bas yang dihentikan disebabkan gempa bumi.

Sejuk: Wanita tua yang mungkin telah mengalami beberapa kali gempa bumi dalam hayat mereka terduduk selepas melalui bencana paling mutakhir dan paling teruk dalam sejarah.

Tersangkut: Penumpanag komuter terkandas di stesen kereta api Tokyo menanti dengan sabar. Infrastruktur ini direka bentuk khas untuk bertahan apabila ditimpa malapetaka dari gempa bumi.

Selepas Kejutan: Seorang lelaki tua lemah bersandar dengan sehelai selimut selepas di sekeliling negara dicengkam oleh gempa bumi, kanan, orang Jepun muda dipindahkan daripada bangunan-bangunan berisiko sambil berselimut melindungi diri mereka.

Risiko: Kebingungan di antara penumpang yang berlepas dari pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di bandar naita, pinggiran bandar Tokyo.

Timbunan: Kereta-kereta baru siap untuk dihantar adalah disusun berdekatan antara satu sama lain selepas air melalui bandar raya Hitachinaka di Ibaraki.

Kekuatan gempa bumi nampak jelas dalam gambar ini di sebuah jalan di Fukushima yang telah terbalik, melengkung dan patah.

Kesan: Sisa-sisa rumah yang dikelilingi oleh kayu dan konkrit yang rosak selepas banjir melanda kota Iwaki, Fukushima.

Bola api raksasa menjulang dari sebuah kilang minyak di Ichihara, yang terletak di pantai timur Jepun, setelah tergoncang oleh gempa bumi.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails