Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Wednesday, March 2, 2011

Inilah akibatnya bila kaki tidur diangkat jadi Perdana Menteri







PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy,
semalam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu
mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berhubung projek Zon
Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya
jika sabit kesalahan.
Difahamkan, Tan Sri Chan, yang berada di luar negara, pulang beberapa hari lalu
selepas diminta oleh pihak berkuasa.
Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Tan Sri Chan diikat
jamin RM1 juta ($417,134) dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac bagi sebutan semula kes.
Tan Sri Chan adalah bekas Menteri Pengangkutan yang kedua, yang didakwa
berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.
Pada 29 Julai, 2010, Dr Ling tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen yang
sama terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal PKFZ
melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan
tahun lalu.

Dr Ling, 67 tahun, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan
alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam
pembelian tanah itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan
Perdana Putra, di Putrajaya antara 25 September 2002 dengan 6 November 2002.
Dalam laporan yang diumumkan pada November 2009, Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai PKFZ mengesyorkan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat Tan Sri Chan dan
bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C Phang,
membabitkan isu pecah amanah.
Menurut laporan PAC itu, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga
surat sokongan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Chan dan tiga surat aku janji
yang dikeluarkan oleh Datin Paduka Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.
PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek
itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.
Berikutan itu, pada 10 Disember 2009, Datin Paduka Phang didakwa, sebagai
pengurus besar yang diamanahkan atas dana dalam sebuah akaun di RHB
Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 antara
1 Oktober 2004 dengan 5 September 2005. -- Bernama.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails