Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Wednesday, June 2, 2010

Kenapa Singapore yang tiada sumber alam boleh kaya....???




Subsidi Rakyat Dihapuskan, Subsidi Seperti PKFZ, Stadium Runtuh Akan Ditambah

Oleh ramziredang 

"Tak payahlah Idris Jalal bersyarah pasal KDNK, defisit atau pun belanjawan negara yang orang kampung susah nak faham. Bagi orang kampung, baik Idris Jalal jawab soalan, kenapa Singapura yang negerinya kecil dan tiada sumber hasil bumi boleh jadi negara kaya? Kenapa pula Malaysia yang penuh dengan hasil minyak, gas, minyak sawit, getah dan macam macam hasil lagi, boleh jadi bangkrap? Orang kampung yang sekolah tidak lulus tinggi boleh bagi jawapan kepada Idris Jalal, negara bangkrap bukan sebab sudsidi, tetapi pemimpin negara telah mengikis dan membolot segala hasil pendapatan negara.

Janganlah duk sibuk kira subsidi kepada rakyat, baik Idris Jalal atau sesiapa sahaja pakar ekonomi negara hitung berapakah jumlah subsidi yang telah kerajaan belanja kepada projek seperti PKFZ. Berapa pula subsidi kepada projek meruntuhkan stadium. Berapa subsidi menggelapkan PERWAJA. Berapa subsidi untuk tolak menolak antara TNB dan YTL. Berapa subsidi kepada Bakun. Subsidi bailout FELDA, subsidi BMF, Risda, MAS, Telekom dan macam macam bentuk kerugian yang ditanggung oleh kerajaan. Yang terbaru subsidi SIME DARBY sebanyak RM1.019 billion. Sebutkan juga kerugian(subsidi) projek Qatar Petroleum (QP), Maersk Oil Qatar (MQP) Kelautan dan Empangan Bakun - berjumlah RM1.3 bilion.

Idris Jalal boleh juga menyebut kenapa Syarikat Penerbangan Malaysia, selama ini boleh rugi beratus juta sedangkan pesaingnya (AIR ASIA) boleh muncul menjadi di antara orang yang terkaya di Malaysia? Tidakkah itu menghairankan Idris Jalal? Padahal rakyat tahu jawapannya. Jawapannya adalah kerana projek kerajaan adalah sumber subsidi untuk kroni.

Rakyat juga boleh beri jawapan kepada Idris Jalal kenapa duit minyak petronas telah kering.

Rakyat juga lebih faham dari Idris Jalal, seandainya subsidi untuk rakyat dihapuskan, negara tetap akan menjadi bangkrap seperti Greece. Idris Jalal kena belajar memahami apa erti bangkrap. Kenapa menjadi bangkrap. Kalau di dalam sesuatu perniagaan, perniagaan akan jadi bangkrap kerana pendapatan yang kecil sedangkan perbelanjaan besar. Ringkasnya duit takda tetapi belanja besar. Jadi rumusan pertama yang berkait dari kebangkrapan adalah pendapatan. Sekalipun kita berbelanja mewah tidak menjadi masalah asalkan gaji kita tinggi.

Kerajaan boleh naikkan harga gula kepada RM10 sekilo asalkan pendapatan rakyat paling rendah RM10ribu sebulan. Juallah beras harga RM300 sekampit asalkan rakyat bergaji RM20ribu sebulan.

Jadi pokok persoalan negara akan bangkrap, adakah 'perbelanjaan' atau 'pendapatan'? Jawabnya adalah pendapatan. Pendapatan negara telah dibazirkan dengan sewenang wenangnya. Sedangkan pendapatan baru tidak dijana. Ketirisan yang ketara dalam pengurusan ekonomi menyebabkan berlaku kepincangan di sana sini.

Orang kampung yang bodohpun boleh faham, jika kita ada duit sejuta ringgit, berapa lama ianya boleh bertahan kalau kita berbelanja seratus ribu ringgit sehari. Bermakna sepuluh hari duit kita akan kering. Ini sistem ekonomi orang kampung yang bodoh tetapi nampaknya pakar ekonomi negara lagi bodoh dari orang bodoh untuk mengira seperti ini.

Lebih baik Idris Jalal mengumumkan sahaja bahawa BN sudah tidak mampu lagi mengurus negara. Mengaku sahajalah yang akhirnya duit negara telah habis dibaham oleh jerung jerung yang bebas berenang ke sana ke mari.

Pokoknya Idris Jalal atau sesiapa sahaja, pakar ekonomi dari manapun sudah tidak mampu menyelamatkan negara dari muflis. Yang hanya mampu menyelamatkan negara hanyalah rakyat. Rakyat mampu menyelamatkan negara dengan mengubah tampuk pemerintahan kepada PR.

Hanya Pakatan Rakyat yang akan mampu memulihkan negara ke arah ekonomi yang bermaruah. Di kala itu tidak timbul berapakah subsidi untuk rakyat perlu ditanggung. Kerana duit subsidi itu sendiri sebenarnya adalah duit yang dicukai dari rakyat.

Segera jatuhkan BN

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails