Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, June 20, 2010

Penjara PUDU Akhirnya Runtuh

Walaupun banyak pihak terutama pencinta bangunan warisan sejarah berusaha untuk mempastikan bangunan Perjara Pudu terus utuh berdiri, namun nampaknya usaha mereka tidak berjaya.

eBel News melaporkan:
Anda tidak akan melihat lagi tembok penjara pudu Selasa ini kerana pada detik 10 malam esok, tembok setinggi 4.5 meter yang menghadap Jalan Pudu itu akan dirobohkan.- eBel News
Sekali lagi atas mana pembangunan, bangunan yang penuh dengan sejarah ni tak mampu dipertahankan dan terpaksa dikorbankan untuk memberi laluan kepada "pembangunan."

Tambahan pula keujudan bangunan bersejarah itu di dalam "segitiga semas" memang dicemburui oleh kapitalis yang melihat pembaziran dari segi guna tanah. Yang melihat betapa ruginya tanah bernilai tinggi itu hanya berdiri bangunan usang.

Puak-puak pelobi kepada pemodal kapitalis memang sejak dari dulu lagi cuba melobi untuk mendapat peluang membangunkan tanah tapak bangunan Penjara Pudu yang bernilai berjuta-juta ringgit tu.

Akhirnya atas alasan "bagi memberi laluan kepada kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu" perjara pudu terpaksa dirobohkan.

Sedikit maklumat berkenaan Penjara Pudu:
  • Terletak di Jalan Hang Tuah
  • Dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal
  • Dibina secara berperingkat dari tahun 1891 dan siap pada tahun 1895
  • Tembok penjara dibina daripada batu bata yg dilepa dengan simen yg diimport dari negeri koloni British
  • Penempatan utama penghuni mempunyai 240 bilik (1892)
  • Ttambahan 54 bilik penghuni (1895)
  • 180 pesalah telah menerima hukuman gantung sampai mati (rekod 1960-1993)
  • Muatan asal hanya mampu menampung 600 org penghuni
  • Dari semasa ke semasa dengan pertambahan blok, penjara ini mampu menampung 2000 orang penghuni dengan kadar muatan selesa
  • Jumlah penghuni yg tertinggi dicatatkan pada tahun 1985 iaitu seramai 6550 org. kesesakan ini memaksa penghuni tidur bergilir-gilir
  • Mural pada temboknya yg menghadap jalan pudu dan jalan hang tuah merupakan mural terpanjang di dunia dan telah dilukis sendiri oleh banduan -nurulhumaira89
Cenangau Daunkari


View Larger Map

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails