Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Wednesday, May 16, 2012

'DAKWAH UMNO'


Inilah agaknya cara 'dakwah' yang diajar United Malay National Organisation!

Jangan Marah Mereka.. Mereka Sekolah Darjah 6 Saje...

..kesian kerana dihujung usia mereka diperalatkan sebegini hina..

Perangai beberapa orang ahli Persatuan Veteran Tentera Malayu yang membuat demonstrasi ‘biadap’ di hadapan rumah Ambiga pada hakikatnya tidak langsung menghasilkan apa-apa makna positif dan baik, malah sebaliknya ia jelas menggambar, sudahlah veteran, tidak sedar diri pula!

Berdemonstrasi di hadapan pintu pagar rumah Ambiga mungkin tidak salah tetapi yang menggambarkan betapa mereka itu veteran yang tidak sedar diri ialah pelakuan ‘biadap’ menayang buntot itu!

Apa faedahnya menunggeng buntot ke arah rumah Ambiga melainkan perbuatan bodoh dan keanak-anakan dalam melayan emosi yang tidak terkawal. Sebagai veteran tentera sewajarnya mereka terlatih dalam mengawal emosi bukan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan memalukan diri mereka sendiri. 

Sebenarnya Ambiga tidak akan malu dengan perbuatan veteran tentera itu malah tidak menjatuhkan maruah dia langsung, veteran tentera itulah yang sepatutnya berasa malu jika mereka ada akhlaq dan moral kerana pada pandangan umum kini betapa pandir dan tidak ada maruahnya mereka! Lainlah kalau mereka memang sudah tidak berakhlaq dan bermoral.

Bagaimana tidak bersetuju sekali pun mereka dengan Ambiga bukan  dengan cara  menjatuhkan maruah ke tahap kera, sampai menayang buntut ke arah orang lain! Apakah ini sebenarnya akhlaq Islam? Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar akhlaq seperti ini. 

Apakah si veteran yang tidak sedar diri ini suka kalau dikatakan perbuatan mereka itu sebagai akhlaq orang Melayu? Sungguh menjatuhkan maruah bangsa sebenarnya kerana bangsa Melayu hakikatnya ialah bangsa yang sangat berani kerana benar namun cukup bersopan!

Inilah padah 54 tahun mendapat didikan dan asuhan United Malay National Organisation yang begitu asabiyyah dan sangat perkauman. Rupa-rupanya asabiyyah dan perkauman yang diajar oleh United Malay National Organisation amat jauh dari panduan Islam, ia bukan menghasilkan natijah yang baik, sebaliknya melahirkan akhlaq kalau seorang Perdana Menteri, Perdana Menteri yang suka memaki haramjadah rakyat dan kalau veteran tentera, veteran tentera yang hanya tahu menonggeng buntot pada orang lain! Nak ajak berdebat dan berwacana ilmiah, kepala otak dan tingkah-laku bodoh macam lembu, tidak langsung menyumbang kepada dakwah Islamiah!

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails